17

141 17 1
                                    

<Jin's P.O.V>

"...siapa yang hasut orang buli dia dulu?"

Kata-kata Taehyung membuatkan aku berdebar. Aku dapat rasakan darah turun daripada mukaku dan membuatkannya nampak pucat. Untuk seketika, nafasku seakan-akan tersekat. Sudah lama aku larikan diri daripada kebenaran ini dan akhirnya hari ini aku terpaksa mengakui kebenarannya di hadapan mereka berdua. Memori 11 tahun lalu mula menerjah benak fikiranku.

Memori semasa aku 6 tahun itu masih segar dalam ingatan. Ada seorang budak perempuan yang selalu disisihkan oleh semua orang. Dialah Hyera. Dia baru masuk tadika itu beberapa hari yang lalu. Secara fizikalnya, dia seorang yang tembam dan tak berapa nak menarik perhatian sebab dia pendiam. Pada waktu itulah aku terfikirkan sesuatu.

"Weh korang! Jum jum sini dengar aku nak kata apa," aku memanggil rakan-rakan sekelasku supaya berdiri mengelilingiku. "Tahu tak apa benda best yang kita boleh buat?" Semua memandang aku dengan penuh khusyuk.

"Apa dia?" Jimin menyoalku dengan rasa ingin tahu.

"Apa kata kita sakat budak baru tu sampai dia bercakap dengan kita?" Kelihatan semua seperti sedang memikirkan sesuatu.

"Takpe ke? Macam salah je," kata Jungkook pula.

"Takde la. Kita usik je, bukan buli," aku cuba meyakinkan mereka sekali lagi. Mereka semua nampak macam sudah termakan hasutan aku. Ya, memang betul...

...akulah yang hasut semua orang untuk buli Hyera dulu.

Start hari tu, semua orang mula kacau Hyera. Aku tak ikut sekali, tapi aku pandang je. Paling teruk pun aku gelak belakang dia. Aku tahu dia tak tahu yang aku jadi dalang semua ni. Tapi aku masih tak puas hati sebab dia tak nak bercakap jugak. Jadi, satu hari tu aku buat keputusan untuk ikut dia balik rumah. Kejadian pada hari tu la yang membuatkan aku lindung Hyera sampai sekarang.

Pada hari aku ikut dia senyap-senyap sampai rumah dia, dia dikejutkan dengan berita tentang kematian kucing kesayangannya. Barulah aku tahu dia ni sebenarnya anak tunggal dan satu-satunya tempat dia nak luahkan perasaan dia ialah dekat kucing dia. Mak dengan ayah dia selalu takde kat rumah jadi dia selalu berseorangan.

Aku ingat lagi pada hari itu dia menangis depan pintu pagar rumah sambil memegang patung kesukaan kucing dia. Ayah dia kata ayah dia terlanggar kucing dia sebab kucing tu duduk bawah tayar dan ayah dia pun dah tanam bangkai kucing tu.

Tangisan dia pada hari itu sungguh menyayat hati. Ayah dia pulak macam tak faham anak sendiri. "Nanti kita ganti je dengan kucing baru yang lagi comel." Itulah antara kata-kata ayah dia yang paling aku ingat. Walaupun yang mati tu kucing je, aku faham apa rasanya kehilangan benda yang paling kita sayang kat dunia ni.

Sejak hari itu, aku mula membantah perbuatan budak-budak yang lain kat Hyera. Lama-lama aku sendiri makin mendiamkan diri dan makin rapat dengan Hyera.

Kau nak tahu sape yang paling memprotes perubahan aku?

Dialah orang yang sentiasa ada dengan aku.

Orang yang selalu buat hal dengan aku.

Orang yang tak pernah aku terfikir nak berenggang dengan dia.

Orang yang janji dengan aku akan jadi kawan aku walaupun lepas mati.

Kawan baik aku.

Yang terbaik aku boleh mintak.


Kim Taehyung.

Fanboy: Fanfiction Writer [Malay Ver]Where stories live. Discover now