13

165 19 4
                                    

<Jin's P.O.V>

Hari ni Hyera ada latihan vokal lepas sekolah. Jadi boleh la aku update fanfic dia masa dia takde kat rumah. Kalau tak, rasa seriau je nak sambung. Manalah tahu dia tiba-tiba terjah masuk bilik aku pastu nampak aku tengah buat fanfic dia. Kang kantoi kang habislah aku.

"Jaga diri," aku berpesan kepadanya sebelum dia masuk ke dalam bilik latihannya. Dia memberikan aku satu senyuman yang cukup menawan diikuti dengan anggukan kecil sebelum dia berpaling ke arah pintu. Belum sempat dia membuka pintu, aku memanggilnya sekali lagi, membuatkan dia berpaling semula. "Kalau balik nanti kau kena balik sorang-sorang, call aku. Nanti aku datang jemput kau."

"Ok!" Dia menyahut dengan ceria sekali sebelum dia masuk ke dalam bilik itu. Sejurus sahaja dia masuk ke dalam, aku meletakkan tangan kananku didadaku. Terasa bagai nak meletup jantungku sebab nervous sangat.

Gila kau, aku rasa lain macam gila dengan dia sekarang.

Aku berpaling dari situ dan meneruskan perjalananku ke rumah sambil memplotkan bab seterusnya untuk fanfic aku.

Aku nak buat drama sedih sikit kali ni. Nanti Jinseok dengan Hyungtae tu gaduh pastu bla bla bla bla.

Sedar tak sedar, aku sudah tiba di rumah aku. Aku bergegas masuk dan pergi ke bilikku. Setelah siap membersihkan diri, aku menghadap laptop di meja belajarku. Aku pasang headphone aku pada laptop dan buka lagu TWICE kuat-kuat. Saja nak cari ilham camni.

[Fanfic]

"Ma-macam mana kau boleh terlepas!?" Jinseok menjerit ke arah Hyungtae. Geram rasanya melihat pesalah itu bebas berkeliaran.

"'Kabel'. Life's easy Jinseok. Kau je yang gatal nak menyusahkan diri sendiri," Hyungtae berkata sambil tersenyum sendiri. "And look what you did to yourself. Digari oleh manusia yang paling kau benci." Hyungtae merapati Jinseok lalu menarik dagunya supaya dia memandang mukanya. "Akulah manusia yang paling kau benci tu," kata Hyungtae lagi sebelum melepaskan dagu Jinseok.

"Kau boleh sentuh aku. Tapi aku takkan benarkan kau sentuh Hyera," Jinseok membalas semula, membuatkan Hyungtae tergelak besar.

"Kau? Dalam banyak-banyak orang? Hah! Kau buat lawak apa ni? Aku dah sentuh dah pun dia!" Hyungtae merentap langsir di tepinya, mendedahkan Hyera yang tidak sedarkan diri diikat di atas kerusi dan mulutnya disumbat dengan kain.

Ahhhhh letihnya haihh. Dah berapa lama dah la aku menghadap benda ni. Ngantuk pulak haihh..

Sedar tak sedar, aku terlelap di hadapan meja belajar itu. Aku tak tahu berapa lama aku tidur, tetapi aku dikejutkan dengan suara seseorang. Apabila aku membuka mataku perlahan-lahan, aku ternampak Hyera. Pada mulanya, aku membiarkan sahaja tetapi apabila aku teringat pasal fanfic aku, aku tersentak dan terus terjaga. Laptop di hadapan aku masih menyala dan fanfic itu terpampang megah di situ.

Oh sh*t aku lupa set screen time out bendalah ni.

"Apa ni Jinnie?" Suara Hyera menunjukkan yang dia sangat terkejut dengan apa yang telah dia lihat.

Aku mengetap bibirku. Rahsiaku sudah terbongkar akhirnya. Aku bangun daripada kerusiku dan berpaling menghadapnya. Dia mendongak memandang mukaku, mencari maksud di sebalik semua ini. Aku mengeluh kecil sebelum merenung jauh ke dalam anak matanya.

Man up Kim Seokjin. Takde gunanya kau tipu dia dah.

"Aku fanfic writer kau yang kau suka sangat tu." Aku nampak riak mukanya berubah lagi. Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum menyambung lagi.

"Dan aku suka kau, Min Hyera."

Fanboy: Fanfiction Writer [Malay Ver]Where stories live. Discover now