2

417 36 4
                                    

<Jin's P.O.V>

Aku tersengguk-sengguk di mejaku tatkala aku menahan mata untuk terbuka. Sekarang masa terakhir sebelum sekolah tamat.

Pahal la dalam banyak-banyak subjek, Maths jugak jadi subjek last?

Tepat sahaja cikgu matematik aku habis menerangkan jalan kerja soalan susah itu, loceng sekolah berbunyi, menandakan sudah tamat waktu sekolah. Cikgu memberi sedikit kerja rumah sebelum kami mengucapkan terima kasih dan beredar keluar dari kelas.

Sementara yang lain berjalan ke arah pintu keluar, aku berjalan ke arah bertentangan. Kenapa? Sudah tentu untuk berjumpa dengan Hyera dan balik bersama. Aku dengan Hyera mana boleh jauh lama-lama sangat. Nanti rindu :3

"Jinnie!" Aku terdengar suara Hyera namun aku tidak dapat melihatnya di mana-mana.

Eh teruk sangat ke angau aku ni sampai aku terbayang-bayang suara dia pulak?

"Jinnie." Aku terasa seperti seseorang menarik lengan bajuku. Apabila aku berpaling, aku nampak Hyera cuba berpaut pada lenganku supaya tidak dibawa arus manusia yang tidak sabar mahu keluar daripada sekolah ini.

Lupa lak kau ni kecik comel je Hyera. Patutlah aku dongak pandang jauh-jauh tak nampak kau.

Aku memeluk bahu Hyera supaya dia tidak terjatuh akibat ditolak oleh manusia-manusia yang tak sabar nak cuti ni. Memanglah, cuti christmas kan?

Setelah orang ramai mula reda, aku melepaskan bahu Hyera. Terasa dada aku berdegup kencang apabila berdiri serapat itu dengannya.

Aku harap dia tak dengar jantung aku. Dah la laju macam nak tercabut! Buat malu je haihh..

"Boleh kita pergi sekarang? Pintu keluar pun mesti tak sesak dah." Hyera berkata dan aku hanya mengangguk seperti biasa. Kami singgah di locker masing-masing untuk meletakkan buku-buku kami. Satu kotak terjatuh apabila aku membuka locker aku dan aku melihat kad padanya.

'Selamat hari christmas'? Aku ingat masa valentine je diorang buat benda merepek camni.

Sedikit terganggu dengan pemberian ini, aku terus menutup locker aku dan berpaling ke arah Hyera. "Hyera, jom lah-" lidah aku kelu melihat kotak hadiah berteraburan di sekeliling Hyera. Hyera mengangkat kedua-dua belah tangannya sambil memandang aku, seolah-olah dia telah melakukan kesalahan.

"Hyera tak buat! Semua ni jatuh dari locker!"

Aku baru je nak panas dengan peminat-peminat dia tapi dia dah buat muka innocent dia yang cute tu. Terus sejuk hati aku. Nasib baik Hyera aku kiyut miyut kalau tak dah lama aku ganyang peminat dia sekor sekor.

"Tunggu jap Jinnie. Hyera sumbat ni dalam beg dulu." Setelah berkata demikian, Hyera cepat-cepat menyusun hadiah-hadiah tersebut dalam begnya. Aku mengeluh kecil dan membuka semula lockerku untuk memasukkan buku-buku aku. Apabila aku menutup semula locker aku, Hyera telah berdiri di tepiku.

"Jom." Ringkas sekali ajakan aku namun dia tetap mengekori aku dari belakang. Aku perasan di luar salji sedang turun jadi aku menghulurkan tangan aku kepada Hyera. "Pegang. Nanti lagi panas."

Walaupun nada aku agak keras, aku sebenarnya agak berdebar apabila Hyera menurut tanpa membantah arahanku. Aku memasukkan tangan aku dan tangannya ke dalam poket baju aku dan meneruskan perjalanan kami ke rumah.

Mintak-mintaklah Hyera tak tahu aku tengah berdebar ni. Aku harap muka aku tak merah sebab dia buat jantung aku macam ni >~<

Fanboy: Fanfiction Writer [Malay Ver]Where stories live. Discover now