3

332 34 21
                                    

<Jin's P.O.V>

"Aik, tak study dengan Hyera ke hari ni?" Omma bertanya apabila kelibat Hyera tidak kelihatan.

"Tak, Hyera ada latihan vokal hari ni," aku menjawab dengan nada biasa walaupun dalam hati aku kecewa kerana tidak dapat meluangkan masa dengannya.

"La yeke? Kenapa tak teman dia?"

Aish omma ni, mula la tu nak usik aku. Tau la dia tahu aku suka Hyera -,-

"Jin pun ada kerja lain gak. Nanti-nanti jela," aku membalas walaupun aku rasa muka aku dah merah macam tomato.

Sebaik sahaja aku masuk ke dalam bilik, aku terus mengunci pintu dan bergegas ke meja belajarku. Laptop aku masih terletak cantik di situ, menandakan omma tidak menyelongkar bilik aku hari ini.

Yes yessss bagus bagus aku nak sambung fanfic Hyera hari ni!

Aku buka Wattpad dan buka fanfic ongoing Hyera. Aku baca bab sebelumnya dan sedikit sebanyak aku ber-fanboying macam biasa.

Jantan tak guna apahal kau buat Hyera aku macamtu!?

Eh Hyera c'mon la dia lagi baik kut asal tak gi je kat dia adumakk!

YESSSSS TUMBUK DIA DEMI HYERA!!!

Macam tu lah aku biasa ber-fanboying. Dekat fanfic sendiri pulak tu -,- Dasar memuji diri sendiri HAHAHAHHAH.

Ok now baby, let's continue this fanfic!

Bab sebelumnya menceritakan adengan Hyera dilayan dengan teruk sekali oleh teman lelakinya (macam fanfic biasa) dan hero telah menawarkan hati dia kepada Hyera namun direject kerana Hyera masih mempercayai boyfriendnya. Tup tap tengok-tengok bf dia tu pergi bunuh ayah Hyera dan buat Hyera menangis. Sebab tulah hero marah sangat.

Nak tau satu benda yang paling best tak pasal fanfic ni?

Nak tak?

Taknak?

Aloooo (*whines*)

Eh nak ke?

Hehe

Dalam fanfic ni kan...

Ada kan...

Hero tu kan...

(Dey berapa banyak kau punya kan tu - authornim)

Hehe

Ok la, nak tahu ya?

Dalam fanfic yang aku tulis pasal Hyera ni, aku guna nama aku sebagai heronya! MUAHHAHAHA aku memang genius! Cuma aku tukar surname dan terbalikkan nama aku jadi Jinseok. Takde la obvious sangat nanti kan? :3

Setelah satu jam aku menghadap laptop ni, akhirnya bab terkini sudah siap. Sekejap je? Memanglah, ni kan kuasa cinta <3

Aku meneliti skrin laptopku untuk pastikan tiada typo dalam bab ini. Setelah selesai meneliti sebanyak 20 kali, aku copy bab ini sebelum aku publishkannya. Banyak masa habis untuk teliti satu bab je? Hey hey aku kan peminat ultra-extra Hyera! Setakat 20 kali tu kacang jela *muka riak*

Sebenarnya, fanfic Hyera ni agak mendapat perhatian ramai walaupun Hyera bukannya bintang besar lagi. Mungkin kerana aku menulis fanfic tentang group lain. Contohnya group senior seperti SNSD dan 2NE1. Kalau group latest sekarang aku minat Red Velvet dengan Blackpink. Jadi peminat group ni bila tengok aku update fanfic baru mesti baca punya. Maklumlah fanfic aku kan best *muka riak lagi*

"Seokjinnnnn! Turun bawah makan, omma dah masakkan makanan favourite Jin nii!" Omma teriak dari tingkat bawah.

Patutlah bau mengancam semacam. Hehehe meleleh air liur aku kalau camni.

"Kejap omma! Jin nak siapkan sikit je lagi ni!" Aku menyahut balik sebelum aku kembali menghadap laptop aku.

Tadi aku copy bab latest fanfic Hyera tu kan? Ha nak tau kenapa aku copy?

Nak tau tak?

Tak dengar la. Nak tau tak?

Tak dengar pape pun. Tak nak tau ke?

(Ish kau ni menyakat readers je kerjanya)

Hehe

Aku copy sebab aku nak post kat tempat lain gak. Kau ingat aku ni tulis fanfic kat Wattpad je ke? Kalau macam tu, tak dapat la nama fanboy ultra-extra tu~

Fanboy: Fanfiction Writer [Malay Ver]Where stories live. Discover now