14

160 18 1
                                    

<Hyera's P.O.V>

"Dan aku suka kau, Min Hyera."

Buat seketika, lidahku kelu mendengarkan luahan hati Seokjin. Jujur aku kata aku sangat gembira yang dia sukakan aku. Tetapi dia sebagai penulis fanfic yang paling aku minat, aku tak boleh terima. Hati aku berkecai. Selama ini bila aku bercerita tentang semua benda dan dia melayan aku seolah dia tidak berminat dengan apa yang aku kata. Padahal dia tahu aku tengah bercakap tentang diri dia. Sukakah dia mempermainkan aku sebegini rupa?

"Sampai hati Jinnie rahsiakan ni daripada Hyera..." suaraku kedengaran sayu dan aku dapat lihat air muka Seokjin berubah. Jika tadi dia kelihatan terlalu tenang, sekarang mungkin perasaan itu sudah mahu menghilang.

Aku tak dapat menahan diriku lagi. Air mata aku bergenang di tubir mataku dan mula jatuh. Aku rasa seperti ditipu dan digelakkan olehnya. "Mesti suka kan tengok Hyera camni?" Aku mengetap bibirku tatkala aku cuba sedaya upaya untuk tidak menangis dengan lebih teruk. "Hyera benci Jinnie." Akhirnya, kata-kata itu terpacul daripada bibirku sendiri. Seokjin kelihatan sangat terkejut. Dia seolah-olah sedang buntu dengan apa yang patut dia lakukan.

"H-hyera..." dia menyentuh lenganku tetapi aku merentapnya dan terus berlari keluar daripada biliknya. Aku hayunkan langkahku keluar daripada rumah itu. Entah kenapa aku rasa sangat tertipu dengan perkara sekecil itu.

Semua salah aku! Aku tak patut masuk bilik dia camtu je! Tengok sape yang tengah menangis sekarang? Aku!!!

Sedar tak sedar, aku telah membawa diri aku jauh daripada rumah Seokjin dan kini aku berada di sebuah taman permainan. Tak ramai orang yang ada di sini. Akhirnya, aku mengheret langkahku yang lemah ke sebuah bangku di taman itu. Tanpa aku sedari, air mata aku laju mengalir membasahi pipiku.

Kenapa Jinnie buat camtu? Suka sangat ke tengok aku macam orang bodoh pergi citer kat dia macam-macam?

Aku memejamkan mataku dan membiarkan air mata jatuh begitu sahaja. Aku dapat rasakan badanku menggigil dek kerana kesejukan malam itu namun aku biarkan sahaja sejuk membaluti diriku.

Aku tak tahu nak percaya apa sekarang. Benda ni remeh je tapi aku terasa sangat dan aku tak tahu nak citerkan pasal ni kat sape. Jinnie je dari dulu yang selalu dengar aku nak kata apa.

Tiba-tiba, aku dapat merasakan sesuatu dibalutkan di leherku. Apabila aku membuka mataku, aku ternampak satu susuk tubuh berdiri di hadapan. Aku tak dapat melihat mukanya kerana aku terkaku dengan perbuatannya. Aku dapat mengenal pasti siapa orangnya apabila dia akhirnya bersuara.

"Kenapa kau menangis tengah-tengah sejuk ni? Tak elok la." Lembut sahaja suara itu berbicara, tidak seperti selalu. Aku sangat mengenali suara itu. Masakan tidak, dialah satu-satunya manusia yang tak pernah serik menyakiti aku.

Kim.

Tae.

Hyung.

Fanboy: Fanfiction Writer [Malay Ver]Where stories live. Discover now