11

191 20 3
                                    

<Jin's P.O.V>

Seperti pagi-pagi yang sebelum ini, aku dan Hyera berjalan bersama-sama ke sekolah. Tangan Hyera aku genggam erat dalam poket baju sejukku. Memang sudah biasa kami buat begini sebab aku tahu Hyera memang tak tahan sejuk. Tapi, walaupun kami sudah biasa berpegangan tangan sebegini, jantung aku masih tak dapat membiasakan diri. Debar di dada terasa seperti mahu membuatkan aku pitam di situ.

Sabar Seokjin sabar. Dah nak sampai sekolah dah ni.

Sampai sahaja sekolah, aku melepaskan tangan Hyera. Namun, aku masih mengekorinya dari belakang sehingga dia pelik dengan tabiat aku.

"Locker Jinnie kat sana," kata Hyera sambil menjuihkan bibirnya ke arah lockerku. Aku hanya membuat muka cool aku sambil memandang tepat ke dalam matanya.

"Tahu." Sepatah aku jawab sebelum aku sambung ayatku. "Aku ikut kau pergi locker kau dulu pastu kau ikut aku pergi locker aku." Nadaku masih mendatar seperti tiada apa-apa yang ganjil berlaku. Padahal dalam hati macam nak meletup dah.

"Hyera tak faham. Kenapa kena buat camtu?" Hyera memandang aku dengan pandangan pelik yang membuatkan aku tak dapat menahan diri daripada memberitahu perkara yang sebenar.

Aku mengeluh kecil sebelum menjawab pertanyaannya. "Hyera," aku memanggilnya sambil merenung anak matanya dalam-dalam. "Aku tak nak Taehyung kacau kau macam haritu. Aku nak kau sentiasa ada depan mata aku," aku berkata kepadanya. Sungguh, memang aku tak mahu kejadian seperti hari itu berlaku lagi. Lagi-lagi yang buat hal tu Taehyung. Aku cukup angin sikit kalau bab dia ni.

Hyera kelihatan seperti sedang tergamam setelah mendengar luahan aku. Perlahan-lahan dia mengalihkan pandangannya ke tempat lain sambil mengangguk kecil. "Hyera faham," ringkas dia menjawab. Dia kelihatan sangat comel apabila berkelakuan begini. Entah apa yang merasuk aku, aku tiba-tiba mengusap kepalanya lembut.

"Aku cuma risau pasal kau. Tu je." Kata-kataku membuatkan Hyera tertunduk malu. Sekali lagi, dia mengangguk kepalanya perlahan. Perlahan-lahan aku mengalihkan tangan aku daripada kepalanya dan dia terus bergerak ke lockernya tanpa berkata apa-apa. Aku hanya mengekorinya dari belakang. Seperti biasa, ada sahaja peminatnya yang lalu-lalang tegur dia. Aku hanya memandang mereka dengan pandangan dingin yang membuatkan mereka tidak berani mendekati Hyera. Bagus juga begini sebenarnya. Tak adalah sibuk menggatal dengan Hyera aku.

Haa jalan cepat-cepat la lepas tegur tu. Kau nak pandang Hyera aku lama-lama pahal?

Setelah Hyera siap mengambil bukunya, kami bergerak ke locker aku pula. Aku ambil semua yang patut dan cepat-cepat menutup locker aku sebab aku tak nak buat Hyera tunggu lama-lama. Kemudian kami bergerak ke kelas. Apabila melepasi kelas aku, Hyera tiba-tiba berhenti.

"Kenapa?" Aku menyoalnya. Dia berpaling kepadaku dengan satu riak muka yang aku tak dapat baca.

"Kelas..." Hyera teragak-agak mahu menyambung ayatnya tetapi aku faham apa yang dia mahu katakan.

"Aku hantar kau sampai kelas kau. Nanti aku pergi kelas aku," aku jawab dan dia hanya mengangguk.

Selepas aku menghantarnya ke kelas, aku berpusing semula untuk pergi ke kelas aku. Belum sempat aku sampai pintu kelas aku, lengan aku ditarik kasar oleh seseorang. Aku ditolak ke dinding dengan kuat. Mujur beg aku menyelamatkan belakang aku. Terpinga-pinga, aku memandang si pelaku dan dahiku mula berkerut.

Taehyung?

Fanboy: Fanfiction Writer [Malay Ver]Where stories live. Discover now