10

179 19 2
                                    

<Jin's P.O.V>

"Jinnie tak pernah gitau pun Jinnie ada wattpad!" Kata-kata Hyera membuatkan aku membuntangkan mataku. Aku terus berpaling ke arahnya dengan cemas. Nasib baik Hyera jenis yang tak akan sentuh barang orang sesuka hati kecuali kalau diizinkan.

"Ada wattpad pun nak gitau ke?" Aku cuba berlagak tenang dan mula berjalan laju ke arah Hyera.

Aduh susah betul bilik luas ni. Kan dah susah bila jadi benda-benda camni!

Sewaktu aku melangkah, aku berharap Hyera takkan pegang mouse dan buka profile aku.

Kalau dia tahu, mampus aku! Terus lari rumah dibuatnya nanti.

Belum sempat aku sampai ke meja belajarku, aku sudah tersadung dan jatuh tersungkur kerana langkahku yang kelam kabut. Aku mengeluh dalam kesakitan apabila kereta mainanku yang entah dari mana datang itu terkena tulang pinggangku bila aku jatuh.

Adoiiii sakitnyaaa. Dah la jatuh depan crush, kena pulak dengan kereta mainan ni! Aduuuu hilang macho aku!

Aku mengeluh panjang dalam hati namun keluhanku terhenti apabila Hyera menjerit namaku. "Jinnie!" Dia segera mendapatkan aku yang masih terbaring di atas lantai yang sejuk itu.

Haih dia ni. Hilang terus sakit aku bila dia risaukan aku camni.

"Jinnie ok tak? Sakit kat mana?" Dia meletakkan tangannya di atas tanganku yang berada di pinggangku. Secara automatik, aku terus jadi lemah longlai bila dia buat begitu.

"Sakit sini..." aku menepuk pinggangku. Entah kenapa aku tiba-tiba boleh nak merengek depan Hyera macam budak-budak.

Makin hilang macho camni. Alah kesah apa janji Hyera risau pasal aku.

Hyera mengalihkan tanganku dan menggosok bahagian yang sakit itu dengan menggunakan ibu jarinya. Sentuhan dia yang lembut itu membuatkan aku semakin lemah apabila berhadapan dengannya. "Sakit lagi ke?" Hyera bertanya sambil merenung wajahku. Aku yang dapat merasakan bahang dimukaku terus bangun tetapi dengan perlahan-lahan.

Aku tak sanggup nak hadap muka comel tu. Kesian jantung aku bila macam nak meletup.

"Dah. Aku ok." Aku kembali berkata seperti biasa walaupun aku rasa sangat kekok. "Thanks." Setelah beberapa ketika kami mendiamkan diri, aku mengucapkan terima kasih meskipun aku masih rasa kekok.

Hyera tersenyum manis kepada aku. Sekali lagi, jantungku dipanah oleh senyuman menawan itu.

Aku takleh la camni. Satu hari je berapa kali jantung aku macam nak tercabut bila dengan kau. Please la, be mine dan aku akan lepaskan semua geram aku dekat pipi kau yang tembam tu.

"Hyera sebenarnya nak ajak Jinnie turun makan. Hyera dah masak untuk kita." Hyera berkata setelah melihat aku berdiam diri agak lama.

Mak aih sungguh rasa macam laki bini aduhhh hati oh hati tabahlah ya.

"Jinnie tak sakit sangat kan? Boleh jalan kan?" Hyera bertanya sambil memandang tangan kiriku yang masih menggosok pinggangku. Aku hanya mengangguk kecil sebelum berdiri perlahan-lahan.

Kena macho depan Hyera.

Setelah aku berupaya berdiri dengan betul, aku berjalan perlahan-lahan menuju ke pintu bilik diikuti Hyera dari belakang.

Fanboy: Fanfiction Writer [Malay Ver]Where stories live. Discover now