Special

222 21 3
                                    

Hadiah birthday kau, _souljinism. Juga untuk menghilangkan segala kesedihan yang kau tengah rasa.

Please be happy, love ♡





...

Malam itu, Seokjin tidak dapat melelapkan matanya. Dia membuat keputusan untuk turun ke bawah. Dia berjalan melepasi bilik Hyera untuk ke dapur. Dia mengambil gelas untuk minum air. Setelah habis meneguk segelas air, dia pun menutup lampu dapur dan berjalan kembali ke biliknya.

Sekali lagi, dia lalu depan bilik Hyera. Tapi kali ini dia berhenti di hadapan pintunya. Entah kenapa terdetik hatinya mahu menjenguk ke dalam bilik Hyera. Setelah berfikir sejenak, dia akhirnya membuat keputusan untuk masuk ke dalam bilik itu.

Apabila dia melangkah masuk ke dalam, dia nampak Hyera sedang berselubung di bawah selimut. Hyera kelihatan seperti sedang menggigil. Dia merapati Hyera untuk melihat keadaannya. Apabila wajah Hyera muncul dipenglihatannya, dia berasa gusar. Hyera kelihatan seperti sedang bersedih dan ketakutan. Seolah-olah dia sedang mengalami mimpi ngeri.

"Hyera?" Seokjin menggoncang bahu Hyera perlahan untuk mengejutnya daripada mimpi ngeri itu. Lama juga dia mengambil masa untuk mengejutkan Hyera. Akhirnya, apabila Hyera sedar, dia memandang Hyera dengan penuh kerisauan. "Kau ok tak ni?" Seokjin bertanya. Selepas sahaja mendengar pertanyaan Seokjin, air mata Hyera mengalir membasahi pipi mulusnya.

"Jinnie..." suara Hyera kedengaran sayu sekali. Serak dalam suaranya menambahkan kerisauan Seokjin. "Hyera takut..." Hyera berkata perlahan. Seokjin yang sedang cemas dalam dirinya cuba sedaya upaya untuk kelihatan tenang. Dia mengusap rambut Hyera dengan lembut.

Seokjin tahu apa yang dia patut buat sebenarnya. Setelah berkawan dengan Hyera sejak kecil, dia tahu Hyera hanya perlukan teman di sebelahnya untuk tidur.

Dia memanjat naik ke atas katil Hyera dan baring di sebelahnya. Badan Hyera pula ditarik perlahan merapatinya tetapi tidak terlalu rapat takut-takut Hyera berasa tidak selesa. Kemudian, dia memeluk lembut bahu Hyera. "Tidurlah. Hyera ada Jinnie kat sini," Seokjin memujuk Hyera dengan lembut. Sekuramg-kurangnya, inilah yang dia mampu buat untuk menenangkan hati Hyera.

Niat asalnya, dia hanya mahu menemani Hyera sehingga Hyera tertidur. Namun, disebabkan dia terlalu mengantuk, dia juga telah terlelap bersama Hyera pada malam yang sunyi itu.

Fanboy: Fanfiction Writer [Malay Ver]Where stories live. Discover now