4

270 29 21
                                    

<Hyera's P.O.V>

"Kita rehat dulu. Hyera, minum air secukupnya. Hari ni kita akan berlatih sampai awak dapat nada yang saya nak," arah guru vocal aku sebelum dia melangkah keluar dari bilik latihan kami. Aku terus berjalan ke arah beg aku dan mengambil botol air dalamnya. Belum sempat aku mahu meneguk air, pintu bilik latihan dirempuh kuat dari luar. Aku terus bergegas ke pintu dan bila aku jenguk ke luar, aku nampak Ae menggosok dahinya.

Alahai kesiannya Ae. Mesti dia tak nampak pintu lagi ni.

Ae ni trainee kat sini gak. Cuma dengar khabar dia akan jadi idol berkumpulan. Aku pula setahu aku hanya solo je.

Sebaik sahaja aku membuka pintu, hilang kesakitan yang terpapar di muka Ae sebentar tadi.

"Hyeraaaaaa ada-"

"Gosip baru kan?"

"Bukan lah! Ish Hyera ni, saya tahu la saya kaki gosip tapi bukan selalu," Ae membantah tanggapan awal aku.

Yeke tak selalu ni hahahahah

"Dah tu apa pulak kali ni?" Aku bertanya terus memandang aku lebih suka straight to the point.

"Ni haa, fanfic writer yang kita minat tu update part baru fanfic dia! Saya dah baca tauu bergetar tulang rusuk kiri saya dekat Jinseok tuu!" Beriya-riya Ae memberitahu aku.

Laa ingatkan apa lah tadi! Fanfic fave aku dah update rupanya... eh jap.

"Baca tak tunggu punnn!" Ae hanya tersengih apabila mendengar aku merengek.

"Hehe maaflah. Tadi tak sabar sangat dah," jawab Ae. "Btw tu je saya nak bagitahu. Hyera baca la fanfic tu sementara rehat ni. Serious chapter ni wowerz~!" Sempat lagi Ae berfangirling sebelum keluar. Aku hanya menggeleng kepala tatkala melihatnya menghilang daripada pandanganku.

Agaknya macam mana sambungan chapter lepas eh?

Tanpa membuang masa, aku mengambil fon aku dan membuka Wattpad. Aku terlihat ada satu notification masuk di bahagian bawah.

Omg...sah dah update!

Aku cepat-cepat menekan butang notification itu untuk membaca fanfic yang baru di update itu.

[Fanfic]

"Kau melampau! Tak cukup ke kau sakitkan hati dia, kau bunuh pulak bapak dia!?" Jinseok mencengkam kolar baju Hyungtae dan menolaknya ke dinding bilik itu.

"Bapak dia yang kena bunuh, kenapa kau panas?" Hyungtae tersengih jahat apabila melihat reaksi Jinseok.

Jinseok tidak membalas semula. Sebaliknya dia terus keluar daripada bilik itu tanpa menghiraukan polis yang ditugaskan untuk menyoal Hyungtae. Matlamatnya hanya satu sekarang. Hyera.

Puas dia mencari di seluruh bangunan, akhirnya dia jumpa Hyera di sebelah keretanya di tempat letak kereta. Dia terus bergegas ke Hyera dan memeluknya.

Aku mula berfangirl di situ. Adengan ini terlalu menyayat hati untuk aku teruskan memandangkan aku meletakkan diriku di tempat heroin (walaupun aku tahu aku heroinnya but still).

Indahnya dunia kalau aku dapat Jinseok yang selalu ada dengan aku. Aku boleh sandar kat dada dia dan dia pulak peluk aku bila aku tengah down.

Aku membayangkan macam-macam scene bersama lelaki yang diberi nama Jinseok itu. Bertuahnya aku kalau dapat dia!

Esok aku nak citer kat Seokjin la pasal fanfic ni. Dia kan sekepala dengan aku kalau bab-bab benda romantik ni hehe

Aku menarik nafas yang dalam sebelum menyambung bacaanku. Bab kali ini cukup membuatkan hatiku berbunga-bunga.

Fanboy: Fanfiction Writer [Malay Ver]Where stories live. Discover now