6

227 31 13
                                    

<Hyera's P.O.V>

"Jadi girlfriend aku." Pelawaannya tak selembut yang disangka. In fact, sangat kasar.

Macam mana nak terima kalau ganas macam ni?

"T-taehyung...lepaskan saya," aku merintih apabila badanku ditolak ke dinding. Aku nampak dia tersengih sebelum dia merapatkan diri dengan aku.

"Takkan. Selagi kau tak terima aku, aku akan kacau kau macam ni." Nada suaranya menakutkan dan aku terasa seperti mahu menangis.

Kenapa la aku biarkan je dia tarik aku ke sini?

Tempat ini agak tertutup dan tak ramai orang lalu-lalang sebab blok ni blok sekolah yang lama jadi tak banyak orang guna blok ni. Tempat ni la tempat couple nak dating berdua je dan tempat ni la tempat yang paling aku tak suka.

"Saya takkan terima awak. Lepaskan saya la." Aku cuba melepaskan diri daripada genggamannya namun apakan daya, aku sangat kecil kalau nak dibandingkan dengan dia.

Taehyung ialah kingka sekolah ni. Sebenarnya, dari sekolah rendah dulu. Dia juga orang yang selalu buli aku masa tadika sebab aku ni tembam.

"Takkan terima?" Taehyung nampak agak marah dengan kata-kataku. "Kalau aku buat kau aku punya?" Sengihnya membuatkan aku rasa sangat tak selamat. Tambahan lagi, dia mula menindih aku dengan badannya dan merapatkan mukanya ke mukaku.

Tolonglah lepaskan aku. Sesiapa pun tolong lalu dekat sini.

Aku meronta namun tiada gunanya. Akhirnya aku hanya terfikir satu perkara sahaja.

Jinnie, tolong Hyera...

Bagaikan memang panggilanku disahut, Seokjin menumbuk Taehyung dari belakang, membuatkan Taehyung jatuh tersembam di lantai.

"Melampau." Seperti biasa, kata-kata yang keluar dari mulutnya ringkas namun terasa keras. Walaupun nadanya mendatar, perasaan marahnya tetap jelas kelihatan. Tanpa berkata apa-apa, dia terus menarikku jauh dari tempat itu. Kami pergi ke bumbung sekolah, tempat kesukaan kami memandangkan orang lain tidak suka ke sana kerana perlu menaiki tangga.

"Apa dia buat dekat kau?" Nada yang dia gunakan sangat lembut seperti selalu apabila Taehyung menggangguku. "Kau sakit kat mana-mana ke?" Aku hanya tunduk dan mendiamkan diri kerana masih terkejut dengan apa yang telah terjadi. Memang Taehyung selalu mengganggu aku tapi inilah yang paling teruk.

Seokjin menarik tanganku dengan perlahan. Dia mendengus geram apabila melihat kesan merah pada pergelangan tanganku. Jari-jemarinya yang kasar mengurut lembut tanganku.

Jinnie mesti tengah marah ni.

Setiap kali Taehyung kacau aku, Seokjin la yang akan backup aku. Aku selalu menyorok di belakangnya waktu kecil dulu setiap kali ada orang cuba ganggu aku.

"Jinnie marah Hyera ke?" Aku bertanya dan dia mengangkat mukanya untuk memandang aku. Aku nampak dalam matanya sesuatu yang tidak dapat aku tafsirkan dengan tepat.

"Tak. Tapi lain kali kalau dia tarik kau macam tu lagi, tolong jerit nama aku. Aku risau kau hilang tiba-tiba," Seokjin meluahkan rasa bimbangnya.

Seokjin sentiasa begini. Dia tidak mempunyai ramai kawan kerana terlalu dingin tapi sebenarnya dia sangat baik.








Sebenarnya....










Aku suka Seokjin.

Kalaulah Jinnie tahu apa yang aku rasa, mesti dia tak endahkan aku macam dia buat dekat fans dia yang lain.

Ya, aku takut nak beritahu dia. Aku tahu dia hanya pandang aku sebagai kawan. Paling lebih pun, mungkin sebagai adik yang menyusahkan kerana aku selalu perlukan bantuan dia bila aku dikacau.

Fanboy: Fanfiction Writer [Malay Ver]Where stories live. Discover now