18

159 18 5
                                    

<Jin's P.O.V>

"Ingat dah?" Taehyung memberikan aku satu senyuman sinis. Aku rasa geram sangat dengan dia tapi wajah Hyera yang sayu membuatkan aku terdiam tak mampu berbuat apa-apa.

Hyera melangkah mendekati Taehyung, belakangnya menghadapku. Aku nampak dia menyeka air matanya dengan menggunakan hujung lengan bajunya dan aku nampak juga senyuman sinis Taehyung memudar apabila melihat Hyera menangis. Aku tahu, kami berdua sakit melihat orang sebaik Hyera menitiskan air matanya.

"Hyera, tunggu!" Aku memanggilnya kembali, membuatkan langkahnya terhenti. "Aku tahu aku salah sebab mulakan semua tu tapi aku dah berubah! Aku berubah sebab kau!" Agaknya aku tersilap memilih kata-kata sebab Hyera terus melepaskan segala kesedihan yang terbuku dihatinya. Aku mengetap bibir apabila aku sedar aku telah membuat dia makin sedih.

Pada masa itulah Taehyung membuat keputusan untuk menarik Hyera supaya berdiri di belakangnya. "Ya kau memang dah berubah. Banyak sangat kau berubah sampai aku tak kenal dah siapa kau." Kata-kata Taehyung membuatkan aku kembali marah.

"Kau tahu apa!? Aku dah suruh kau berhenti kacau dia kan? Apahal kau teruskan gak?" Aku menyuarakan rasa tidak puas hati aku kepadanya apabila dia seolah-olah sengaja mahu memerangkapku dan meletakkan semua kesalahan atasku.

Apa yang Taehyung buat seterusnya adalah sesuatu yang sangat mengejutkan bagiku. Buat pertama kalinya, dia tersenyum lebar. Bukan senyuman yang mengejek tetapi satu senyuman yang aku tidak dapat gambarkan apa dia. Yang aku tahu, itu bukan senyuman yang memberi makna negatif. "Dalam apa-apa hal, kau tetap takleh terima kalau kau dipersalahkan teruk-teruk, kan?"

Aku keliru dengan kata-katanya. "Apa maksud kau?"

Senyuman yang dipamerkan oleh Taehyung itu seolah-olah satu senyuman yang pasrah. "Pernah tak kau tanya apa aku rasa bila kau layan aku macam musuh kau?"

Aku tersentak dengan pertanyaan dia. Aku sendiri tahu aku tidak ada jawapan untuk soalan itu.

"Aku tahu kau tak kesah pun. Tapi biar aku bagitahu kau apa yang aku bagitahu Hyera beberapa hari yang lepas." Dia berhenti untuk melihat sama ada Hyera masih lagi menangis atau tidak. Melihat Hyera hanya menunduk tanpa air mata mengalir di pipinya, dia menyambung kata-katanya. "Aku rindu kita yang dulu."

Entah kenapa, hati aku rasa sakit sangat dengan kata-kata itu. Terasa sangat sayu mendengar kata-kata itu daripada mulut Taehyung sendiri.

"Kau tahu tak kenapa aku kacau Hyera selama ni?" Apabila aku memandang anak matanya, aku tahu dia tahu apa jawapannya. "Aku nak kau jadi macam dulu. Usik-usik orang, bukannya pendiam. Sikit pun jadilah janji kita boleh geng balik. Aku nak kita bercakap balik macam dulu-dulu. Bukannya bermusuhan macam sekarang."

Suaranya kedengaran sangat sedih. Aku tahu dia tidak menipu. Yang menipu selama ni aku. Aku yang menipu diri sendiri. Ego aku terlalu tinggi. Bukan terhadap Hyera je, malah terhadap Taehyung pun.

"Aku boleh je lepaskan Hyera. Aku boleh je layan dia dengan baik. Aku boleh je tak kacau dia dah," Taehyung berkata sambil wajahku. "Tapi satu je aku mintak daripada kau," Taehyung berhenti seketika sambil merenung ke dalam anak mataku sedalam-dalam yang boleh.

"Aku mintak kau pulangkan balik kawan baik aku yang lama."

Fanboy: Fanfiction Writer [Malay Ver]Where stories live. Discover now