7

233 30 4
                                    

<Jin's P.O.V>

Senyapnya Hyera. Dia sedih ke?

Aku risau melihat keadaan Hyera hari ini. Semenjak dikacau teruk oleh Taehyung pagi tadi, dia jadi sangat diam. Senyuman dia tak seceria selalu dan dia tak gelak sekalipun hari ni. Aku tak suka melihat dia begini.

"Hyera?" Aku memanggilnya namun dia tak jawab apa-apa. Dia terlalu asyik merenung ke luar tingkap kafe yang kami singgah sebelum pulang ke rumah.

Hyera janganlah camni. Aku susah hati tengok kau sedih.

Entah kenapa tiba-tiba jari aku tergerak mahu mencuit hidungnya. Dengan riak terkejut terpapar dimukanya, dia terus memalingkan mukanya ke arah aku. "A-apa tu Jinnie?" Anak matanya was-was mahu memandang aku.

Alahai baru tadi aku susah hati, terus aku cair balik.

"Tolong bagi perhatian kat aku." Aku memandang tepat ke anak matanya dengan muka yang serius walaupun dalam hati aku tengah berdebar.

Apasal aku cakap macam tu aduuu...lain macam bunyi tu.

"Jinnie panggil Hyera ke? Maaf tak perasan." Hyera memberikan aku satu riak muka yang aku cukup tak selesa kerana aku tahu aku telah buat dia sedih. Setiap kali apabila dia rasa yang aku tengah marah dia, dia akan mengalihkan pandangannya ke bawah dan senyum yang tak berapa nampak macam senyum pun.

"Jinnie tak marah Hyera la," aku berkata dengan nada yang agak kekok sambil memandang ke tempat lain. Aku memang tak biasa menggunakan panggilan nama dengan Hyera tapi aku tahu Hyera suka bila aku buat macam tu. At least, tu jelah yang aku mampu buat.

Aku melirikkan ekor mataku ke arah Hyera. Dia nampak lebih ok daripada sebelum ni.

Syukur dia ni senang dipujuk. Kalau tak habislah aku.

"Kau nak makan apa-apa tak? Dari tadi tak order pape pun kita ni." Aku kembali menggunakan panggilan biasa sambil meneliti kad menu yang sudah sedia ada diletakkan atas meja. Sebenarnya, aku rasa sangat kekok sekarang.

Sekali lagi, aku melirikkan mataku ke wajahnya dan hati aku terus berdebar semula. Aku nampak kesedihan dia sudah terlindung di sebalik senyuman dia yang ceria itu. Itulah senyuman yang tak pernah gagal menyempurnakan hari aku.

"Hyera tunggu Jinnie tanya sebenarnya." Dia tertawa kecil sambil membaca menu di hadapannya. Aku pula, bagaikan dijampi, perlahan-lahan meletakkan semula kad menu itu ke atas meja dan memerhatikan dia memilih makanannya.

Senang je dia berubah mood. Baik betul Hyera aku ni. Makin sayang aku dibuatnya. Peluk kang baru tau.

"Jinnie nak ni." Hyera menunjuk ke nama hidangan itu lantas memandang aku. Tindakannya yang pantas itu membuatkan aku terlupa yang aku tengah merenung wajahnya. Aku nampak pipinya bertukar sedikit kemerah-merahan apabila mata kami bertentang. "Ke-kenapa Jinnie pandang macam tu?" Riak muka Hyera yang cemas membuatkan aku turut cemas.

Alamak alamak kantoi usha crush depan-depan.

"T-tak, aku termenung je. Kau nak apa tadi?" Ekspresi Hyera berubah seperti biasa apabila mendengar kata-kataku.

"Tolong orderkan ni untuk Hyera. Pastu..." aku tak dengar apa yang dia katakan semuanya kerana Hyera nampak terlalu natural. Walaupun dia sudah bercakap seperti biasa..






...hati aku masih berdegup kencang kerananya.

Fanboy: Fanfiction Writer [Malay Ver]Where stories live. Discover now