9

187 21 4
                                    

<Hyera's P.O.V>

Walaupun hari ni hari Sabtu, aku tak rasa macam nak keluar gi mana-mana. Tapi aku bosan. Aku nak keluar bersenam tapi omma dah pesan jangan keluar kalau takde orang teman.

Seokjin? Hm...aku tak nampak batang hidung dia pun hari ni. Walaupun kitorang tinggal serumah buat sementara waktu, dia jarang sangat keluar dari bilik. Aku pulak memang malas nak kacau dia. Takut-takut dia tengah busy.

Aku mengambil masa beberapa minit untuk menyusun barangku di dalam bilik ini. Sebenarnya, aku tak perlu mengemas bilik ini kerana semuanya telah tersusun rapi.

Haih..susah-susah je kemaskan awal-awal. Aku boleh je kemas sendiri.

Selesai sahaja mengemas, aku terus pergi membersihkan diri. Kebetulan pulak lepas mandi je terus lapar. Walaupun aku rasa mengantuk juga, rasa lapar tetap mengatasi rasa mengantuk. Jadi aku membuat keputusan untuk jenguk dapur. Memang rasa segan aku kurang sebab dari kecil lagi aku selalu pergi ke rumah Seokjin sampaikan seluruh keluarganya mengenali aku.

Dari jauh, aku lihat ada nota ditampal pada jag air atas meja makan. Aku tertarik dengan warna terangnya jadi kaki aku pantas melangkah ke meja makan.

"Lapar lah tu. Pergi masak. Tak nak masak, panggil aku dalam bilik. Aku orderkan ayam goreng nanti". Apakah?

Aku tertawa kecil membaca nota daripada Seokjin ini. Macam mana aku tahu Seokjin yang tulis? Alahai, takkan tak cam tulisan crush sendiri hihi~

Tapi nanti kacau dia pulak suh panggil order makanan la apa la. Baik aku masak sendiri. Nanti aku boleh ajak dia makan sekali dengan aku.

Setelah berfikir sejenak, aku memutuskan untuk masak sendiri. Hidangan yang aku pilih untuk buat bukannya hidangan berat pun. Hanya sekadar nasi goreng kimchi yang biasa aku buat ketika aku lapar sahaja.

Mujur aku selalu pergi ke rumah Seokjin. Jadi aku tak perlu panggil dia untuk tahu di mana dia meletakkan semua peralatan dapur dan bahan masak.

Selesai sahaja memasak, aku menghidangkannya cantik-cantik di atas pinggan. Aku meletakkannya di atas meja dan menyusun pinggan dan cawan untuk kami berdua. Selesai semua tugas aku, aku memanggil Seokjin.

"Jinnie!" Tiada sahutan daripada dia. "Jinnieee!" Panggilan kali kedua pun tiada sahutan. Akhirnya aku membuat keputusan untuk memanggil Seokjin dalam biliknya.

"Jinnie?" Aku mengetuk pintunya dan dari luar aku dengar dia kelam kabut mengemas sesuatu. "Jinnie, boleh Hyera masuk tak?"

"Ke-kejap! Tunggu jap!" Aku mendengar suaranya samar-samar menyahut panggilanku.

Apa benda dia buat dalam bilik dia sampai kena kemas bagai tu?

"Masuklah." Aku dengar suaranya memanggilku dengan nada mendatar. Perlahan-lahan aku memulas tombol pintu dan menjengukkan kepalaku ke dalam bilik. Aku nampak dia sedang membetulkan cadar pada katilnya. "Bilik aku bersepah tadi. Aku tau kau rimas jadi aku alih-alihkan sikit barang aku."

Bersepah apanya? Elok je.

Tiba-tiba, mata aku tertumpu atas skrin laptop Seokjin yang masih menyala di atas mejanya. Seokjin yang masih sibuk mengemas cadarnya membiarkan sahaja aku berjalan ke sana ke mari. Aku mendekati laptopnya dan apa yang aku lihat seterusnya membuatkan aku terkejut.

Jinnie layan wattpad?

Fanboy: Fanfiction Writer [Malay Ver]Where stories live. Discover now