20

230 20 5
                                    

10 tahun kemudian...

"Ready semuaaaaaaaa!!??" Suara bintang besar itu bergema di seluruh kawasan itu. Kedengaran jeritan peminat dari seluruh negara menyahut pertanyaan si idola.

Lagu yang dinyanyikan penuh bersemangat membuatkan peminat melompat mengikut rentak lagu. Konsert pada malam itu diakhiri dengan kata-kata terakhir daripada Min Hyera.

"Seronok tak konsert malam ni?" Soalan yang diajukan itu disambut dengan jawapan yang mengujakan daripada peminat-peminat disusuli jeritan liar.

"Korang tahu kan ni konsert single saya yang terakhir?" Sekali lagi, peminat memberikan respon yang baik dengan menggunakan nada mereka yang agak sedih, membuatkan Hyera ketawa kecil.

"Janganlah sedih. Happy untuk Hye please~?" Hyera melakukan aegyo sekaligus melemahkan jiwa kelelakian peminat-peminat lelakinya yang hadir pada malam itu. Peminat-peminatnya bersorak apabila melihat aegyo Hyera yang comel.

Hye ialah nama pentas untuk Hyera. Sudah 8 tahun berlalu sejak Hyera debut. Walaupun dia debut pada usia yang agak muda, dia telah mendapat sambutan yang hangat seterusnya menjadi idol yang sangat terkenal dalam masa yang singkat. Dan sekarang, keputusan hidupnya akan mengubah jalan ceritanya sebagai seorang idol. Mungkin selepas ini namanya akan mula menurun tetapi dia tidak kisah. Apa yang dia perlukan hanyalah peminat-peminat yang benar sukakannya.

"Terima kasih kerana hadir pada malam ini!! Hye sayang koranggg!!!!" Laungan Hyera disahut dengan jeritan yang boleh menggegarkan seluruh negeri. Hyera melambai peminatnya buat kali terakhir sebelum turun dari pentas. Kedengaran tangisan kecil daripada peminatnya. Tangisan itu cukup membuatkan dia terharu dan sedih namun dia tetap meneruskan langkahnya.

Sampai sahaja di belakang pentas, dia disambut oleh kakitangan-kakitangan dan managernya. "Ada orang dah tunggu kat belakang. Cepat tukar baju tu," manager Hyera, En. Myun, berkata kepadanya. Hyera membalas dengan satu anggukan kecil dan terus berjalan ke bilik persalinannya. Siap sahaja dia menukar pakaiannya, dia pergi ke tempat yang disebut oleh En. Kim.

Susuk tubuh seorang lelaki dari pandangan belakang menjengah penglihatannya. Tubuh tinggi lampai itu sedang menyandarkan bahunya pada dinding. Hyera memanggil namanya. "Taehyung?"

Lelaki itu terus menoleh. Benar, itu Taehyung. Senyuman dibibirnya lebar seperti selalu. "Lamanya bersiap," Taehyung sengaja mengusik Hyera. Hyera hanya mencebik kecil sebelum membalas balik senyumannya.

"Um...mana Jinnie?" Soalan itu terus terpacul keluar daripada mulut Hyera apabila kelibat kesayangannya itu tidak langsung kelihatan di mana-mana sudut. Baru sahaja Taehyung ingin membuka mulut, sepasang tangan sasa memeluknya erat dari belakang.

"Rindu saya dah ke sayang?" Seokjin bertanya sebelum satu kucupan singgah di pipi Hyera. Hyera tertunduk malu dengan perbuatan Seokjin terhadapnya, apatah lagi Taehyung masih berada di situ dan sedang memerhatikan mereka berdua.

"Oi oi. Tunggu kawin please. Tak kuasa aku tengok drama korea live depan mata aku ni," Taehyung berkata sambil memandang mereka berdua.

"Biarlah. Sape suruh kau cakap dengan Hyera aku?" Seokjin membalas semula.

Taehyung merespon dengan memberikan satu muka meluat kepada Seokjin. "Eee takyah la jeles sangat. Aku takkan amik la kesayangan kau tu," kata Taehyung sebelum dia menjelir lidahnya kepada Seokjin.

Seokjin tergelak kecil dan kemudian diikuti Taehyung. Seokjin melepaskan Hyera dan mendekati Taehyung. Taehyung berbisik sesuatu kepada Seokjin sebelum berlalu pergi manakala Hyera dibiarkan terpinga-pinga di belakang.

"Taehyung kata apa?" Hyera menyoal sejurus Seokjin kembali kepadanya.

"Dia bagi masa kita berdua dan dia tunggu dalam kereta dulu. Jadi apa kata kita gunakan masa tu sehabis baik wahai bakal isteriku?"

-T.A.M.A.T-

Trimas semua yang menyokong fanfic ni dari awal sampai akhir! Votes dan comments anda sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat dihargai~

Geng, pasni lama sikit la baru ada fanfic baru (u olls know why) :') Gerak lu sayang-sayang semua pape roger ♡

Fanboy: Fanfiction Writer [Malay Ver]Where stories live. Discover now