15

149 18 4
                                    

<Hyera's P.O.V>

Kim Taehyung? Apa dia buat kat sini? Kenapa...

Fikiranku sendiri terlalu bercelaru untuk semua ini. Mula-mula, pasal Seokjin punya rahsia. Sekarang ni, Taehyung tiba-tiba layan aku baik-baik pulak? Apakah?

"Kenapa awak..." aku kehilangan kata-kata untuk menyoalkan apa yang aku mahu tahu. Tetapi, bagaikan dapat membaca isi hatiku, Taehyung memintas kata-kataku.

"Aku memang suka kacau kau sebab kau tak pernah nak tunjuk sisi ni." Dia memusingkan jari telunjuknya ke arahku. "Aku rasa lain macam bila tengok kau nangis. Aku tak suka." Ada nada kesal dalam suaranya. "Sorry. Aku yang buat kan?" Taehyung membuat konklusi awal.

Aku menggeleng lemah. "Tak. Bukan sebab awak," aku menjawab dan ternyata jawapanku membuatkan dia terkejut sekaligus lebih berminat untuk mendengar ceritaku.

"Jap, um...boleh aku duduk sebelah kau?" Sopan sahaja pertanyaannya, membuatkan aku keliru sangat-sangat.

Biar betul ni Taehyung yang selalu kacau aku?

"Du-duduk la," aku mengizinkannya dan dia mengambil tempat di sebelah aku.

"Sape buat kau nangis ni?" Soalan itu terus terpacul keluar daripada mulutnya sejurus sahaja dia menyelesakan diri di atas bangku sejuk itu. Aku sendiri agak terkejut apabila dia bertanya sebegitu.

Apahal dia cakap macam kitorang ni rapat? Apa semua ni?

"Umm..." aku teragak-agak mahu menjawab soalan itu memandangkan aku pun tak berapa percaya dengannya. Namun, sekali lagi, seolah dia dapat membaca fikiranku, dia telah menjawab persoalan dalam fikiranku itu.

"Ya ya, aku tahu aku ni selalu buli kau. Tapi aku pun manusia lagi. Mana boleh aku tengok kau nangis. Lagi-lagi orang yang aku buli," dia berhenti untuk merenung mataku sebelum dia sambung. "Rasa tak betul tau? Aku je yang boleh usik kau. Orang lain kalau aku dapat tahu, aku tibai dia sampai dia nazak," dia berkata sambil mempamerkan satu senyuman yang tak pernah aku lihat sebelum ini.

Mendengar kata-katanya, aku rasa sedikit tenang. Akhirnya, aku membuka cerita. "Jinnie macam sengaja je kenakan saya," aku memulakan bicara. Sedar tak sedar, aku telah menceritakan kesemuanya kepada lelaki yang bernama Kim Taehyung ini. "Jadi sekarang, saya rasa tertipu. Tapi saya tahu benda tu remeh tapi entahlah. Macam...kalau benda remeh pun dia boleh rahsiakan, entah apa lagi la yang dia rahsiakan," Taehyung kelihatan tersentak dengan kata-kataku namun kubiarkan sahaja.

Setelah seketika Taehyung mendiamkan diri, akhirnya dia bangun daripada bangku itu dan berdiri menghadap ke depan. "Bila aku dengar nama mamat tu, aku ingatkan pasal yang lagi satu tu."

Pasal lagi satu? Sah memang dia kuat berahsia dengan aku.

"Pasal apa?" Aku menjadi curiga dengan kata-kata Taehyung namun aku hanya dapat satu gelengan dan senyuman kecil daripada dia sebagai jawapan.

"Kalau dia nak bagitahu kau, dia akan bagitahu," Taehyung berkata sebelum memalingkan badannya menghadapku. "Aku balik dulu. Dan aku takkan buli kau dah sebab aku dah nampak kau menangis." Kata-katanya membuatkan mukaku panas menahan malu. Dia berpaling daripada aku dan terus melangkah pergi tetapi pada langkahnya yang keenam, dia pusing semula. "By the way, Hyera," dia memanggil namaku sampailah aku memandangnya semula. Kemudian, dia memberikan aku satu senyuman. "Aku memang betul-betul suka kau dari tadika dulu." Belum sempat aku mahu membalas kata-katanya, dia telah sambung terlebih dahulu.

"Dan kalau betul Seokjin sukakan kau, dia takkan rahsiakan apa-apa."

Fanboy: Fanfiction Writer [Malay Ver]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora