5

259 26 5
                                    

<Jin's P.O.V>

Seperti pagi sekolah yang biasa, aku berjalan kaki ke sekolah bersama-sama Hyera. Walaupun aku hanya memandang lurus ke depan, aku masih dapat tahu yang Hyera kelihatan sangat ceria hari ini.

"Jinnie Jinnie, tau tak semalam writer fave saya dah update tauu fanfic pasal saya tu!" Dengan bersemangat Hyera cuba bercerita. Aku pula sedaya upaya mengawal riak mukaku agar dia tidak perasan apa-apa yang ganjil.

Patutlah, dah baca fanfic aku rupanya. Alahai comelnya dia ni. Happy je selalu.

"Fanfic pasal diri sendiri pun nak baca ke? Bukannya betul sangat pun fanfic tu." Sengaja aku berkata demikian untuk melihat reaksi Hyera.

"Jangan la cakap camtu. Fanfic tu best tau." Sayu sahaja bunyinya apabila dia berkata. Aku berpaling untuk melihat riak wajahnya dan aku nampak dia sedang memuncungkan bibirnya. Dia nampak tak gembira bila aku berkata begitu.

Alamak kesayangan aku dah muncung. Alahai sayang jangan buat muka comel tu aku dah lemah sangat dah ni.

Walaupun aku ni seorang lelaki yang agak kekok dalam menunjukkan perasaan aku, aku tetap tak mahu melihat Hyera sedih. Mungkin sebab aku dah terbiasa dengan senyumannya yang sentiasa ceria dan bersemangat.

"Aku gurau jela," kataku sebelum memeluk bahu Hyera. Namun, muncung dibibirnya tetap kekal di situ.

Alahai merajuk pulak buah hati aku ni. Merajuk pun comel, macam mana aku tak geram? Kalau aku dapat dia dah lama aku kiss pipi dia bertubi-tubi.

"Jangan la muncung sangat. Buruk la." Sebaik sahaja aku berkata begitu, Hyera terus mengalihkan pandangannya ke tempat lain.

Alamak makin merajuk pulak. Sayangku Hyera jangan la camni (*whines*)

"Kau tak nak citer ke apa jadi dalam fanfic tu?" Sejurus aku mengajukan soalan itu kepada Hyera, dia terus memandangku. Matanya bersinar-sinar menandakan dia sangat teruja.

Tanpa membuang masa, dia terus bercerita tanpa henti tentang fanfic kesukaannya itu. "Jinnie tau tak..."

Tak sayang. Jinnie tak tahu sebab Jinnie tengah sibuk pandang sayang.

Dengan keterujaannya yang melangit, dia bercerita tentang fanfic itu sehingga kami tiba di sekolah. Walaupun aku tak berapa fokus sangat dengan apa yang dia cakap, aku masih suka melihat dia begini. Bersemangat dan ceria macam budak-budak. Orang lain mungkin ingat dia adik aku kerana perwatakan dan ketinggian kami yang berbeza. Maklumlah, Hyera aku kan pendek orangnya.

"Hyera, berhenti dulu. Kita dah sampai sekolah dah ni. Pergi amik buku dalam locker pastu datang kat aku balik. Barulah kau boleh sambung citer," kataku. Hyera mengangguk dengan satu senyuman yang menawan terukir dibibirnya sebelum berjalan laju ke arah lockernya. Aku hanya mampu tersenyum kecil sambil melihatnya pergi dari belakang.

Comel comel je dia ni.

Aku mengemas buku seperti biasa sebelum aku mengunci semula lockerku. Aku hairan kerana Hyera tiada di tepiku apabila aku menutup locker.

Kenapa lambat tetiba ni? Selalunya laju.

Apabila berpaling ke locker Hyera, aku tidak nampak kelibatnya di mana-mana.

Takkan la dia tinggalkan aku? Tadi kemain beriya nak bercerita.

Aku pergi ke locker Hyera dan aku perasan yang dia tak sempat nak kunci locker dia. Aku dah tahu dah apa jadi.

Ni mesti kerja budak tak guna tu.

Fanboy: Fanfiction Writer [Malay Ver]Where stories live. Discover now