16

157 18 2
                                    

<Jin's P.O.V>

Dah seminggu dah Hyera tak cakap dengan aku. Kalau ada pun, sepatah dua kata je cakap. Aku tanya sikit, jawab sepatah. Aku tanya panjang-panjang pun sepatah jugak dia jawab. Haihh....

Hari dia dapat tahu pasal aku tu, dalam setengah jam jugak la aku tunggu termenung sorang-sorang kat depan tv. Entah kenapa la aku ni waras sangat pergi biarkan dia pergi macam tu je. Patutnya aku la kejar dia. Sengal betul.

Hyera balik gak rumah aku sebab mak dia dah suruh tinggal sebulan dengan aku dan aku tahu dia takkan buat mak dia risau dengan berita dia tak nak tinggal dengan aku.

"Hyera tunggu!" Aku sempat mencapai tangannya sebelum dia melangkah keluar dari kelas ini. Aku dah tak tahan dengan semua ni. Aku duduk satu rumah dengan dia pun dia tak nak pandang aku.

Dia memberikan aku satu senyuman tapi aku tahu itu senyuman terpaksa. "Kenapa?" Dia cuba berkelakuan seperti biasa tapi aku tahu dia sakit hati dengan aku.

Kenapa jadi camni? Aku tak sangka boleh jadi teruk camni. Aku tulis fanfic dia je kut! Dan aku minat dia gak! Salah besar ke tu?

"Kenapa kau tak nak cakap dengan aku dah? Besar sangat ke salah aku buat fanfic kau tu? Kalau teruk sangat, aku boleh delete-" belum sempat aku menghabiskan ayatku, dia telah memotongnya.

"Hyera tak kesah pun pasal fanfic tu. Sambung jela. Hyera nak baca sampai habis gak." Walaupun aku tahu dia tak perli aku pun, tapi aku tetap gak gatal-gatal fikir yang dia perli aku. Masalah kan?

"Dah tu kenapa kau buat aku camni? Aku tak suka kau jauh dari aku," aku sudah separuh merintih kepadanya. Lantaklah hilang macho ke cool ke apa ke, aku cuma mintak satu je; kitorang rapat macam dulu balik.

Hyera menunjukkan satu riak seolah dia sedang pasrah. Dia mengeluh kecil. "Jinnie ada rahsiakan apa lagi daripada Hyera?"

Dahiku berkerut mendengar pertanyaannya. "Rahsia? Mana ada apa-apa."

Hyera tersenyum lemah. "Dah agak dah." Dia mengeluh kecil lagi. "Hyera pergi dulu kalau camtu," dia berkata dan terus berpaling daripadaku namun aku berlari ke hadapannya untuk menghalang jalannya.

"Apa maksud kau ni? Apa yang rahsia ni?" Aku masih tak faham apa yang diperkatakan oleh Hyera.

"Manalah Hyera tahu. Nama pun rahsia. Kalau Hyera tahu buat apa Hyera tanya?" Hyera menyoal semula, membuatkan aku semakin tak keruan.

"Siapa bagitahu kau yang aku ada rahsia? Siapa? Aku takde dah rahsia lain selain aku penulis fanfic yang kau minat sangat tu dan aku suka kau." Hyera mendiamkan diri seketika sebelum dia menjawab soalanku.

"Taehyung bagitahu Hyera." Mendengar nama Taehyung, aku terus menyirap.

"Dan kau percaya dia lebih dari aku? Aku ni kawan baik kau kan? Taehyung pulak selalu buli kau. Kenapa kau percaya pulak apa yang dia kata?"

"Sebab aku kata kalau kau betul-betul suka dan mungkin, sayang dia, kau takkan rahsiakan apa-apa daripada dia." Aku tersentak mendengar suara Taehyung dari muka pintu. Keinginan aku untuk menumbuk mukanya semakin membuak tetapi belum sempat aku mahu menerkamnya, dia telah menyambung kata-katanya. "Tell her, Kim Seokjin...

...siapa yang hasut orang buli dia dulu?"

Fanboy: Fanfiction Writer [Malay Ver]Where stories live. Discover now