8

214 21 3
                                    

<Jin's P.O.V>

"Korang berdua ni jaga diri baik-baik tau. Kitorang ni pergi sekejap je," ujar omma kepada aku dan Hyera. Kami hanya mengangguk mengiyakan semua pesanan yang dia tinggalkan.

Mak Hyera dan omma akan pergi ke Perancis bersama-sama, meninggalkan kami berdua di rumah masing-masing berseorangan. Tapi disebabkan mak Hyera risau akan keselamatan Hyera semasa ketiadaannya, omma mencadangkan agar Hyera tinggal bersamaku sepanjang ketiadaan mereka.

"Tolong jagakan Hyera ni Seokjin. Dia ni dah besar panjang pun kuat mengigau ni," kata mak Hyera a.k.a Puan Min sambil jeling mengusik ke arah Hyera. Hyera hanya mampu tersenyum mendengar kata-kata ibunya.

Sebelum bertolak, Puan Min mengambil sedikit masa untuk memberikan pesanan terakhir kepada Hyera. Aku pula tolong omma angkatkan beg. Masa tu lah omma ambil kesempatan nak berbisik dekat aku.

"Jangan nakal-nakal eh dengan anak dara orang." Aku faham apa yang cuba disampaikan oleh omma. Sebab tu muka aku terus panas.

"Omma! Seokjin takkan buat apa-apa la kat Hyera!" Tawa omma terletus apabila aku memberikan reaksi spontan itu. Entah dari mana datang, tiba-tiba Puan Min dengan Hyera dah ada sebelah aku.

"Kemain gelaknya. Apa yang lawak sangat?" Puan Min mencelah tiba-tiba membuatkan aku terkejut.

"Takde apalah. Seokjin ni haa buat lawak," omma berkata sambil menepuk belakangku.

Eh eh dia yang mengusik aku tak tentu pasal, aku pulak yang dipersalahkan.

"Semua dah ready eh, Yun?" Omma bertanya kepada Puan Min. Puan Min hanya mengangguk sebagai jawapan.

Setelah segala persiapan telah dibuat, omma dan Puan Min pun bergerak menuju ke lapangan terbang. Aku dan Hyera pula berdiri di hadapan rumah sambil melambai mereka.

Terasa macam laki bini la pulak buat camni.

Selepas taxi yang membawa mereka hilang daripada pandangan kami, aku mengambil beg Hyera dan berpaling kepadanya. "Jom masuk. Dah la sejuk kat luar ni," aku mengajaknya dan dia hanya mengikut tanpa membantah.

Sebaik sahaja aku menutup pintu rumah, perasaan berdebar aku muncul semula.

Hyera dalam rumah aku Hyera dalam rumah aku DAN KITORANG JE YANG ADA DALAM RUMAH NI oh my god aku takleh duduk dengan senang kalau macam ni.

"Jinnie?" Panggilan daripada Hyera membuatkan aku tersentak daripada lamunanku. Aku memandang tepat ke arah matanya yang bersinar itu dan jantung aku semakin berdegup laju.

"Nak apa?" Aku sempat mengawal riak mukaku sebelum aku meletup dek panahan mata Hyera.

"Hyera duduk kat bilik mana?" Mukanya masih se-innocent tadi.

Jangan. Buat. Muka. Cute.

"Ikut aku." Ringkas aku menjawab sebelum aku menunjukkan biliknya. "Kau tidur kat bilik tetamu ni. Dalam dia ada bilik air jadi jangan risau. Omma dah letakkan semua yang patut dalam bilik tu. Kau tinggal nak cari je." Panjang lebar aku menerangkan hal bilik tidur untuk Hyera.

Hyera menjengukkan kepalanya ke dalam bilik sebelum berpaling semula kepadaku. "Terima kasih Jinnie. Hyera masuk dulu eh," Hyera berkata sebelum mengheret begnya masuk ke dalam bilik dan menutup pintu. Aku pula dibiarkan tercengang di hadapan pintu biliknya. Debar di dada aku masih berada di situ tanpa menunjukkan tanda-tanda debar itu mahu berhenti.

Tabahkanlah hati aku untuk tinggal seorang dengan Hyera ni. Sebulan je ni sebulan je ni...

Fanboy: Fanfiction Writer [Malay Ver]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora