19

165 18 0
                                    

<Jin's P.O.V>

Kata-kata Taehyung membuatkan aku berfikir panjang. Wajah Hyera aku tatap dengan rasa sayu. Aku telah banyak buat salah kepada mereka berdua.

"Hey, mungkin ni bunyi macam lain macam, tapi aku sayang kau, kawan," Taehyung berkata sambil menggaru belakang tengkuknya. "Aku tak kesah pasal apa-apa tapi tolong, jadi kawan aku balik. Aku rindu sangat-sangat waktu kita dulu-dulu," Taehyung meluahkan isi hatinya lagi. "Mintak maaf dekat Hyera. Aku sure Hyera takkan marah kalau kau mintak maaf dengan ikhlas."

Aku merenung anak mata Taehyung dalam-dalam. Kata-katanya benar-benar menyentuh hati lelaki aku. Perlahan-lahan pandanganku beralih semula kepada Hyera. Aku menelan air liur.

Betul ke dia takkan marah? Cuba jelah.

"Hye-Hyera...aku..aku minfak maaf. Aku tahu salah aku macam mustahil untuk dimaafkan tapi itu dah lepas. Memang aku yang menyebabkan kau kena buli, kena ejek. Tapi tu semua dah tak penting. Aku rasa bersalah kat kau sebab tu aku cuba protect kau daripada kesalahan aku. Aku suka kau. Aku sayang kau. Kau dah macam sebahagian besar diri aku dan aku tak nak hilang kau dah. Tolonglah. Aku merayu sangat-sangat ni. Maafkanlah aku. Aku nak kita macam dulu. Kalau kau tak suka aku tulis fanfic pasal kau semua tu, aku takkan buat dah. Maafkan aku Hyera."

There! I say it!

Aku kehabisan nafasku dihujung kataku. Dadaku naik turun menanggung debaran menunggu jawapan daripada Hyera. Riak muka yang dia berikan kepada aku membuatkan aku sangat-sangat keliru. Sungguh, aku tak tahu apa yang sedang difikirkan oleh Hyera dan aku tak mampu nak agak pun apa yang dia fikir.

Hyera masih mendiamkan diri. Dia masih menyorok di belakang Taehyung tanpa berkata apa-apa.

Please cakap something. Jangan buat aku macam ni. Aku tak sanggup dah nak hadapi yang lagi teruk.

Melihat Hyera masih mendiamkan diri, aku cuba mendekatinya. "Hyera-" baru setapak aku melangkah, dia sudah semakin tersorok di belakang Taehyung. Taehyung hanya berdiri kaku tanpa berkata apa-apa. Keluhan kecil keluar dari mulutnya apabila melihat perlakuan Hyera.

"Hyera." Suara Taehyung lembut menyebut namanya, membuatkan aku sedikit sebanyak terganggu dan cemburu. Mana boleh tak cemburu, buah hati aku tu kut!

"Hyera, apa yang Seokjin buat tu memang tak boleh dimaafkan. Tapi dia gak yang selalu ada dengan kau bila kau kena kacau kan? Ingat tak bila aku tarik kau jauh-jauh dan ugut kau, dia sanggup cari kau dan tumbuk aku sebab aku kacau kau?"

"Dia yang buat kau dibuli tapi dia gak yang protect kau kan?" Taehyung masih tidak berhenti memujuknya. Seketika, hati aku bagai direntap seribu kali apabila melihat perlakuan Taehyung.

Bodohnya aku. Aku tak pernah layak terima orang sebaik diorang berdua dalam hidup aku.

Akhirnya, Hyera memunculkan diri dari belakang Taehyung. Wajahnya masih sedih, membuatkan aku sedih juga melihatnya. "Entahlah Jinnie. Hyera tak tahu nak bagi reaksi macam mana. Hyera rasa macam tak boleh maafkan Jinnie."

Kata-katanya meluluhkan jantungku. Sungguh, aku tak mahu dengar apa yang aku paling tak nak dia kata tapi dia kata juga akhirnya.

"Bagi Hyera masa dulu."

Fanboy: Fanfiction Writer [Malay Ver]Where stories live. Discover now