CvK 02 - EK 9 versus BMW

220 22 8
                                    


Seorang lelaki kulihat keluar dari perut kereta BMW  itu..lantas berjalan dengan penuh gaya mutu dan keunggulan.. menghampiriku... Bumi seolah perlahan berputar.. Semua pergerakan menjadi slow motion.. butir-butir pasir berterbangan  dikibas angin bila kaki lelaki itu melangkah... Hati ku berdebar kuat menunggu butir bicara darinya.... Siapa pulak mamat  ni..?  Jodoh aku ke???

  ********************************

" Rosak ke? " Tegurnya sambil menjenguk ke ruang enjin yang terbuka itu... Bagai tersentak, aku kembali ke alam realiti.. Suasana menjadi normal semula..

" Kenapa kereta ni Cik.. Rosak ke ? "
Tanyanya lagi selepas aku diam tidak membalas. Dia menoleh kepadaku.

Hek eleh mamat ni... nampak macam educated.. dengan baju kemeja tight in.. seluar slack..kasut kulit berkilat..dengan kaca mata hitam Ray Bannya lagi.. memang nampak handsome....eh silap..cerdik... tapi... kenapa soalan tu macam kurang cerdik je kedengarannya..?

“ Takla.. memang hobi saya suka buka hood enjin ditengah- tengah panas di tepi jalan raya ni.” Hambik kau..ayat sarcastik aku beri. Aku lihat dia ketawa kecil mendengar jawapan ku.

“Sory la cik.. Saya salah tanya soalan... Saya bukan Ah Long...saya cuma nak tolong” Jawabnya cuba berhumor denganku. Bagaimanapun entah kenapa ketika matahari sedang betul- betul terpacak di atas kepala kini, aku rasakan punchlinenya itu tidak sampai.

“ Awak mekanik ke?” Tanya aku pulak...erk yang aku pulak tanya soalan tak cerdik dah kenapa... dengan penampilan macam tu takkan la mamat ni mekanik.

“ Saya bukan mekanik tapi saya tau jugak la sikit sikit pasal enjin... “ Katanya sambil mengodek- godek kabel enjin. Ehh...Sesuka hati dan limpa dia je sentuh sentuh enjin kereta aku ni.

“ Eh awak ni.. don't touch my engine."                               
"Kenapa pulak ?" Dia segera menarik tangannya dari ruang enjin itu.

" Saya risau..nanti jadi macam tikus repair labu pulak...rosak yang ada ni tak dibaiki, rosak tang lain pulak yang jadi"

“Tikus awak panggil saya... takde binatang yang comel lagi ke” Katanya sambil tersenyum.. adoi berdebar ati i uolls...lihat senyuman itu...hiks..hiks.. Erk.... apa kena aku ni..

" Kalau awak tak jadi tikus pun saya risau tangan awak jadi daging goreng.. tau tak enjin tu tengah panas..? Kalau jadi apa apa saya tak sudi nak jadi anggota PBSM nak tolong rawat awak." Bebel aku.

“Aww so sweet of you.. risaukan saya cedera ya ?"

" Takde maknanye bro..nak sweet sweet  time macam ni..saya tengah panas ni tau tak...jangan tambah lagi suhu boleh tak ? Kot ada yang makan heels ni kang "  Marah aku sambil menunjukkan kasut tumit tinggi yang aku pakai..

“ Ok..ok calm down..calm down.. Im so sory...Jangan marah..Awak ni pun..Garang sangat... saya betul nak tolong ni..Ikhlas ” Katanya sepatah- sepatah..Aku hanya memeluk tubuh.

" Baik.Apa yang awak boleh tolong ? " Tanya ku

" Ermm nanti kita fikirkan bersama... but at least saya memang dah tolong awak pun.."

" Macam mana tu? Bila masanya awak tolong? "

" Ni saya tolong teman... kira tolong jugak tu kan? "

" Ni bukan tolong teman.. ni tolong menyibuk " Ujarku sambil menjegilkan mata. Dia hanya ketawa melihat ekpresi wajahku.
Entah kenapa aku senang melihat tawanya, ada rasa damai yang menyelinap di jiwa hawaku.

" Err awak berapa lama dah tersadai kat sini" Dia bertanya setelah tawanya reda. Sepontan aku lihat jam di tangan ku.

" Lama tak lama la... dah dekat sej.." Tak sempat aku habiskan ayatku..tiba-tiba teringatkan sesuatu...

Cinta Versi KitaWhere stories live. Discover now