Saje2 Ni Nombor 2

94 10 7
                                    

Assalamualaikum semua. Ni bukan update saje nak bebel.

Aku tak sangka diam tak diam dah 10chap dah CVK ni aku tulis. Aku tak sangka yang aku mampu karang crita ni sampai macam ni punya panjang.
Err... bagi aku panjang la.. pasal dulu time sekolah.. aku ingat lagi Cikgu BM aku, Cikgu Ramlah binti Saidin suruh aku mengarang 150 patah perkataan pun aku failed...hahahaha.. sekarang baru aku sedar manusia ni tak tahu potensi sebenarnya selagi tak mencuba...
samala cam aku.. walau pun citer ni merapu meraban tapi aku berani potong ayam la.. kalo aku tunjuk kat Cikgu Ramlah criter aku ni.. mesti dia bangga gile aku sebagai anak muridnya..hahaha..ye la bangga.. silap2 haribulan kena penerajang lagi..

Hari ni jugak aku dapat tahu ada senior aku yang stori dia hilang dari list..kesian.. aku paham.. bukan senang nak karang criter.. penat minda penat fizikal.. dah berchapter-chapter dok mengarang tetiba hilang mau tak meroyan..kalau kena kat aku.. tobat aku pencen menulis serta merta. Walaubagai manapun aku harap ini hanya masalah yang sementara.. aku berdoa semoga crita tu tidak betul2 hilang... tau je la.. wattpad ni ada jugak bengongnya kekadang.

Tu la ujian yang Allah bagi kat kita.. kita ni dok olah pelbagai jalan cerita berkenaan konsep ujian tuhan.. so sekarang ni Allah test la kita sebagai penulis plak.. sama ada kita praktik apa yg kita sarankan..hai entahla.. aku ni pun spesis tau cakap je.. tak kena kat btg idung sendiri boleh la sembang ye tak..

Owh 1 more thing..aku perasan ada 2-3orang yg setia follow crite merapu aku ni..Aku nak ucapkan BERJUTA-JUTA terima kasih sebab sudi follow dan vote..walaupun korang sikit..berbanding author lain yg punyai beribu pembaca.. believe me korang amat bermakna bagi diriku..tak tergambar perasaan bila ada orang sudi baca crite ni.

Okla that all for now folks. Jumpa lagi bila aku update.

@zedd1996ida...... chalo bettey... Assalamualaikum.

Cinta Versi KitaWhere stories live. Discover now