CvK 12 - Kenangan Masa Lalu Mengusik Jiwa

142 19 16
                                    

Aku memasuki bilik lebih awal dari biasa. Aku terus berbaring menghadap siling. Makan malam juga aku ambil ala kadar kerana aku betul-betul tiada mood. Malah keletah Sara juga aku layan lebih kurang.
Dapat aku kesan mendung diwajahnya akibat layananku. Bagaimanapun Sara anak yang hebat. Kebolehannya memahami situasi dan menyesuaikan diri suatu yang mengagumkan bagi anak seusia dengannya.
Aku mengeluh..Hebat betul dugaan yang aku terima dalam tempoh 24 jam ni. Semalam aku hampir dirogol. Petang tadi pula bertembung dengan lelaki yang paling aku benci didalam hidupku.

Pertemuan dengan Tengku Iskandar petang tadi di The Mines Shopping Mall, bagai menoreh luka lama dihatiku..

Throwback

Tahun 2003
Di Pejabat Pendaftaran Negara, Seputeh Kuala Lumpur

Semalam genap usiaku 12 tahun jadi hari ini Aku, appa dan ibu berada disini untuk mendaftarkan mykad bagi diriku.
Aku berasa teruja hari ini kerana bakal memiliki kad pengenalan. Aku rasa aku sudah masuk ke alam dewasa jika memiliki mykad. Senyuman tak putus dari bibirku.
Berbanding denganku. Aku dapat rasa kedua ibu bapaku seolah-olah keresahan. Tetapi aku tidak ambil pusing hal itu.

"Appa tengok Zed senyum je dari tadi." Alamak kantoi pulak dengan bapak aku ni.

"Takde apa...Zed seronok nak dapat mykad.lepas ni boleh la blagak dengan kawan-kawan." Jawabku

"Ish ada pulak macam tu..Ingat mykad benda main-main ke? Kalau takda boleh kena tangkap dengan polis tau. Lagipun sapa ajar Zed nak berlagak- lagak ni?"Ibu menyampuk. Aku diam hanya sengih. Padan muka aku kena sound dengan ibu. Aku melihat appa mengelengkan kepalanya.

"Appa lepas ni, kita nak kemana?" Tanya aku

" Balikla.. Mana lagi..?Appa nak kena masuk bengkel balik.. Kita pun dah tinggalkan adik lama kat jiran sebelah rumah.. janji tinggalkan kejap je tadi" Ibu menjawab bagi pihak Appa. Aku mencebik.

"Ala... Zed teringin nak makan piza.. jomla..ibu..jom la appa."Aku memujuk ibu dan bapaku.

"Ok..lepas siap daftar ni kita pergi Piza. ok?" Appa memberi janjinya.

"Yeay!! Thank you appa." Aku bertepuk tangan gembira. Bapaku hanya sengih melihat karenahku

"Abang ni..suka sangatla turut kemahuan budak ni." Kata ibu tak puas hati

" Ala biarkan la.. bukan selalu .. lagipun kita tak celebrate lagi harijadi Zed."

"Ikut abangla." Akhirnya ibu mengalah.

"1-9-9-6 !! Kaunter 3!!" Kami mendengar nombor angka giliran dipanggil dari pembesar suara pejabat itu. Appa melihat sejenak kertas angka giliran yang dipegangnya.

"Nombor kita ni.. Jom kita ke kaunter 3."
Ajak Appa. Kami bangun dari kerusi menuju kaunter 3.

"Assalamualaikum Cik.. Saya nak daftar mykad untuk anak saya ni." Kata Appa kepada kerani pendaftaran wanita di kaunter 3 itu. Aku melihat tag namanya Norhayati

"Boleh takda masalah..Minta saya sijil lahir adik ni dan juga kad pengenalan ibu atau bapa." Pinta kerani perempuan itu kepada appa. Appa menyerahkan sijil kelahiranku dan kad pengenalannya. Aku hanya memerhati proses itu. Aku lihat dia membaca sijil kelahiranku.

"Maaf Encik..Mengikut Sijil kelahiran ni.. NurZarin Binti Abdullah...Encik ni bapa kepada adik ni ke? Nama Encik Abdullah Mahayudeen Bin Kadir Bacha betul?" Tanya kerani itu sambil membanding-bandingkan sijil kelahiranku dengan kad pengenalan Appa. Aku melihat appa dan ibu serba salah. Aku juga keliru. Kat mana yang salahnya..selama ni pun aku memang berbintikan Abdullah sama dengan nama Appa..Abdullah dengan Abdullah Mahayudeen tak sama eh...

Cinta Versi KitaWhere stories live. Discover now