CvK 13 - Hormon Norepinefrin

120 18 9
                                    

Blues hari isnin.. Adoi yai..boring sungguhla hari ni..Waheeda masih dikampung menguruskan hal kematian neneknya. Tinggallah aku seorang didalam pejabat ni.. Kalau ada dia, ada juga teman nak membawang...
Aku duduk dikerusiku sambil memutar-mutarkan pen dijari.. Nak keluar uruskan penggantian mykad dan lesen pun tak boleh.. Tiada sapa yang nak ganti tempatku. Mekanik semua ada job nak kena setel. Nanti kalau ada pelanggan nak buat. bayaran susah pulak.. Haaih...boringnya..

Tok! Tok! Tok! Bunyi ketukan dipintu mematikan lamunanku.
"Masuk!" Laungku. Pintu pejabat dibuka Pak Long masuk diikuti seorang lelaki cina.

"Zed.. Bos ni nak bayar bil.. tadi dia tukar timing belt.. barang semua dia bawak sendiri...Ambil upah labour work jela" Terang Pak Long.

"Ok boleh.. no problem.. Saya nak tau kereta jenis apa dan siapa punya job ni." Tanya aku kepada Pak Long

"Kereta model Perdana V6.. mekanik Rashid."

Aku sedikit terkejut bila Pak Long beritahu Rashid yang jadi mekanik menukar timing belt kereta pelanggan itu. Akan tetapi aku tidak menunjukkan reaksi yang nyata bimbang dikesan oleh pelanggan yang turut berada disitu. Aku terus menaip butiran bil di dalam komputer sebelum aku print keluar bil itu.

"Sir...Price for changing Perdana V6 timming belts is RM250.00. You want pay cash or by credit card?" Tanya aku kepada pelanggan itu.

"Cash..I pay cash." Jawabnya sambil mengeluarkan wang dari dompetnya lantas dihulurkan kepadaku. Aku mengira wang yang diterima. Ada lima keping not RM50...ok ngam-ngam.. aku menghulurkan bil yang aku print tadi kepadanya.

"Thanks Sir..We hope you are pleased with our service and price.. If you car has any problem in three days time regarding with our work..please bring your car here again.. we will fix it...FOC"

"Is that true..? So i can bring back my car if anything wrong.."

"Affirmative Sir..its our policy..but we must check first..because you bring your own spare part..so that we cannot give our guarantee for the spare part..we just fix it FOC.. if the problem come from our faulty work." Terang aku berkenaan polisi syarikat. Hal ini perlu diterangkan kerana banyak kes terjadi bila pelanggan tidak berpuas hati akibat kerosakan yang berulang padahal ia terjadi akibat tidak menggunakan alat ganti tulen.. ye la alat ganti tulen biasanya mahal. Mentaliti rakyat Malaysia pulak biar tak tulen asalkan murah.

" Ok i understand...Thanks so much."

"Welcome sir..please come again."

"Of course i will.. You beautiful.. i like to see your face often.." Kata lelaki cina tu.. Amboi dan lagi jual minyak.. Sory la apek..Lu kalau nak try gua.. pergi potong dulu la.. hehehehe.

"Pak Long.. betul ke si Rashid yang repair kereta customer tadi tu.?" Tanya aku kepada Pak Long sebaik pelanggan cina itu keluar dari pejabat.

"Betul la.. apa pulak yang tak betulnya. Kenapa?" Tanya dia

"Duduk dulu Pak Long." Aku mempelawa Pak Long duduk di kerusi hadapanku. Dia terus melabuhkan punggungnya di kerusi itu.

"Takdela..V6 tu kot...macam tak percaya pulak dia yang setel." Sambungku

"Ish Zed ni.. Rashid tu dah makin cekapla.. bukan macam Rashid yang masa mula-mula kerja dulu.." Kata Pak Long membuatkan aku teringat masa mula-mula aku mengambil Rashid kerja di Cahaya Emas Auto.
Muhammad Rashid bin Abdullah nama sebenarnya. Pemuda mualaf berketurunan iban berasal dari Sarawak. Merantau ke Kuala Lumpur akibat dibuang keluarga kerana memeluk agama islam. Dia merantau ke Kuala Lumpur ini sehelai sepinggang hanya berbekalkan sedikit wang. Pernah juga bergelar gelandangan sehingga aku berjumpa dengannya tidur didepan worksyopku. Kerana kasihan dengan nasibnya aku menawarkan pekerjaan kepadanya walaupun tiada kemahiran. Namun berkat usaha untuk mengubah nasib dia kini mampu menyewa sebuah bilik bujang dan memiliki motosikal sendiri. Dia seorang yang pendiam tetapi rajin berkerja.

Cinta Versi KitaWhere stories live. Discover now