CvK 09 - Ombak Lautan

124 18 30
                                    

Pukul 7.50 malam
dihadapan workshop Cahaya Emas Auto.

Aku bersendirian di dalam kereta. Enjin tidak ku matikan. Lagu-lagu dari sistem audio kereta ku tidak dapat mententeramkanku. Aku mengeluh untuk kesekelian kalinya. Aku mengambil telefon Samsung Galaxy S Edge milikku. Aplikasi whatsapp aku buka. Aku meneliti semula perbualanku dengan Waheeda pada pukul 7 tadi

Waheeda CEA
A'kum Bos.Saya nk inform
Nenek saya baru meninggal kejap tadi.

Allah. Kesiannya Waheeda. Baru tadi bergurau-gurau denganku sebelum balik kerja tadi.

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.
Takziah Waheed.

Waheeda CEA
Tq Bos.
Sy odw blk kmpng ni.
Sori xdpt teman Bos mlm ni.

Takpa Waheed. Kau setel la
Hal famil kau tu.
Kmpung kau kt ne.?

Waheeda CEA
Kt Lanchang.Pahang.

Hati2 drive kereta.
Kem slm kat smua famili kau.
Kalo ada apa2 roger aku

Waheeda CEA
Ok.Bos..tq..and take care.

Aku menutup kembali aplikasi itu. Tidak lama kemudian sebuah kereta parkir disebelah keretaku.. oo sampai dah Tuan Zamri ni. Aku lantas keluar dari kereta ku dan masuk ke dalam kereta Toyota Altis Tuan Zamri.

"Assalamualaikum." Aku beri salam.

"Waalaikumsalam...Lama you tunggu?" Tanya dia.

"Tak lama..baru je lagi.. jom la gerak.. I dah lapar ni" Sebenarnya aku mahu selesai dengan cepat. Padaku, cepat kami makan malam cepat kami pulang dan aku memang tidak mahu berlama-lama dengannya.

"Nak gerak dah ke? Kawan you mana? Tak nak tunggu dia dulu ke?" Tanya dia.

"Tak de. Kite-kite je malam ni.. Kawan I ada emergency. Tak boleh datang." Terang aku.

"Emergency ke? Atau you sengaja tidak mengajak kerana nak spend time berdua je dengan I?"

"Oh please Tuan Zamri.. jangan perasan boleh.. Kawan I memang tak boleh datang. Nenek dia meninggal. Dia baru inform I. Dah terlewat untuk cari orang lain buat teman." Balas aku. Cukupku meluat mamat perasan ni.

"Ye la tu.."

"Ye la tu apanya.. kita ni jadi ke tak nak pergi makan.. kalau tak jadi i nak turun la" Aku sudah membuka pintu untuk dan bersedia untuk keluar

"Jadi..jadi..jom gerak.. tutup pintu tu.. you ni pun.. nak joke sikit pun tak boleh.."

Aku mendengus dan menutup pintu kembali. Dan dia terus memulakan perjalanan. Barangkali dia takut aku mengambil tindakan drastik untuk keluar dari kereta itu jika masih tidak bergerak.

"Zed.." Aku hanya diam bila dia memanggil namaku. Kenderaan yang aku naiki sudah masuk ke jalan utama.

" Zed..!" Dia memanggil lagi namaku kali ini nada yang lebih kuat.

"Ape?" Aku menyahut.

"You look beautiful tonight."

Cinta Versi KitaWhere stories live. Discover now