CVK 24 - Sherlock Holmes

113 17 20
                                    

MALAM ITU.....

Rumah Taman Sri Endah, Sri Petaling,

"Hazard..Shot!....Shot!...Shot!..Arrghhh.!!! Apasal kau pasing lagi dah depan gol tu..shot je la terus...Bodo punya Hazard! Tau tak masa dah nak habis ni" Jerit Ann di depan TV.

"Takkan gol punya.. Angah dah jampi pintu gol MU (Manchester Utd.) bagi kebal..Chelsea takkan boleh score.." Balas Aina kepada abangnya

"Woi..!! Mana aci main jampi-jampi.."

"Tak kira..Disaat genting macam ni..Apa cara saja perlu digunakan..Asal MU menang...Hahaha" Aina ketawa jahat.

Aku..Ibu..dan Sara saling berpandangan sambil masing-masing mulut ternganga .Kami bertiga sedang melihat perangai sengal dua beradik Nasrulhaq menonton perlawanan bola English Premier League antara Chelsea menentang Manchester United. Kedudukan semasa Chelsea- 1 Manchester Utd. - 2... Kedua-kedua beradik itu masih melepak disini selepas makan malam untuk menonton perlawanan bola.

Rupanya Ann penyokong tegar Chelsea dan Aina pula penyokong palsu Manchester United..Kenapa palsu..? Sebab budak ni sokong semua team yang lawan dengan Chelsea semata-mata hanyalah untuk sakitkan hati abang dia je...Tengok tak betapa sengal perangai si Aina ni..

Kisahnya Ann dan Aina sampai dirumah selepas Maghrib tadi..Seperti yang dijanjikan mereka dijamu dengan spaghetti istimewa hasil air tangan chef NurZarin Abdullah..Seperti biasa kedua beradik itu makan bertambah. Dan macam biasa juga lah kami makan sambil bersembang, bergosip, membawang dan membahan sesama sendiri. Yang terselamat dari kena bahan tentulah Puan Rafida Ayob.. Gila nak bahan orang tua..Kena panah petir nanti..

Lepas makan seperti biasa jugak kaum wanita muda akan tinggal didapur mengemas apa yang patut. Ibu apalagi.. heaven la dia ada anak-anak muda seperti aku dan Aina yang sanggup mengemas dan mencuci pinggan mangkuk.

Ann pula minta diri untuk bersolat isyak yang kebetulan sudah masuk waktunya. Ibu lalu menyuruh aku menunjukkannya tempat solat di bilik tetamu. Dia juga menyuruh aku menyediakan kain pelikat dan kopiah peninggalan arwah Appa untuk digunakan Ann.

"Hawaku...Saya nak minta izin ni..boleh tak?" Tegurnya sewaktu keluar dari bilik air setelah selesai mengambil wudhuk. Aku lihat dia sudah lengkap berkain pelikat yang aku beri.

"Nak minta izin apa?." Tanya aku sambil membentangkan sejadah untuknya.

"Nak minta izin jadi suami awak boleh.?" Katanya selamba. Aku terus membulatkan biji mataku.

"Banyaklah awak suami...Awak tu nak solat..Jangan berangan bukan-bukan ye. Nanti tak kusyuk sia-sia sahaja bersolat." Tegur aku separuh berbisik. Maklum lah takut didengari oleh ibu. Dia hanya gelak sahaja.

"Yela.. Tiba-tiba..Saya rasa seperti kita ni suami isteri..Tadi awak masakkan untuk saya..jamu saya makan...Tengok sekarang ni awak tolong sediakan tempat solat untuk saya..sediakan pakaian..walaupun sekadar kain pelikat dengan kopiah..tetapi saya rasa...hmm macam mana nak cakap ye....saya rasa..complete...yup that the word...i feel complete" Sambil berkata-kata Ann menyisir-nyisir rambut basahnya sebelum mengenakan kopiah. Entah kenapa, ketika ini aku melihat dia, seorang lelaki yang begitu seksi di mataku...errk!..

Baru aku tersedar aku dan Ann berdua sahaja didalam bilik ni. Baik aku belah cepat sebelum setan menghasutku dengan lebih parah.

"Err..Saya..Saya keluar dulu ye. Awak solatlah. "

"Hawaku sekejap." Ann menahan aku dari keluar.

"Ye apa lagi? Saya nak keluar.." Aku berpaling bertentang dengannya

"Lepas solat ni karang saya nak minta izin lepak kat rumah awak ni sampai pukul 10.30 boleh?"

"Dah kenapa? Tak reti nak balikke?" Aku ketawa kecil mendengar permintaannya.

Cinta Versi KitaWhere stories live. Discover now