CvK 07 - Macam Pelesit

126 23 5
                                    

Porsche Panamera Turbo S

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Porsche Panamera Turbo S...Enjin berkapasiti 4.8liter Twin Turbo.. berkuasa kuda 542hp.. mampu memecut dari 0 - 100km/j dalam masa kurang dari 3.5 saat.. Transmisi semi automatik.. Aisin Tiptronic 8 kelajuan.

Ini merupakan kereta paling 'berkuasa' yang pernah ku pandu..
Pada kelajuan 180km/j aku kerling cermin pandang belakang.. Pak Long yang memandu Lexus NX Putih dan Bachok yang memandu Toyota Vios hijau miliknya..hilang dari pandangan.
Dihadapan ku tidak banyak kereta yang menghalang laluan kanan.. Aku menekan lagi pedal minyak.. sekejap sahaja kelajuan meningkat kepada 210km/j... Telefon ku tiba tiba berdering.. minta di sambungkan panggilan.. Aku yang sememangnya memakai handsfree headset menjawab panggilan tu..

"Hello" Aku menjawab. Kedua-dua tanganku masih kejap memegang roda stereng

"Zed.. sudah la tu.. laju sangat ni...slow skit..bahaya la speeding.." Suara Pak Long kedengaran bimbang.

"Rilek..Pak Long..Zed ok..Everything is under control.. kereta ni sangat stabil." Jawab aku

"Stabil pun stabil la.. tapi jangan lupa speedtrap."

"Takpa... Zed buat Zed tanggung.. Kalo kena saman Zed bayar...Pak Long terus drive macam biasa.. jangan ikut Zed.. kereta Pak Long tu tak mampu... nanti Pak Long yang bahaya.."

"Memang Pak Long tak ikut pun.. Gila nak ikut Zed yang macam pelesit..Pak Long pandu berhemah je ni.. Rasa sayang nak hulur duit kat kerajaan kalau kena saman..kita dah penat-penat kerja..senang-senang nak bagi duit... memang tak la cerita dianya." Aku dengar Pak Long membebel... dengar macam perli aku je...ehh kisah pulak aku... Aku kurangkan sedikit kelajuan.. bukan kerana nasihat Pak Long tetapi di hadapan ku sebuah lori sedang memotong lori yang lain...spoil betul la...baru nak tekan rapat sampai lantai tadi..hehehe

"OK la kalau begitu.. kita jumpa di SPRM je..ok.."

"Ok...hati-hati Zed..Bye" Pak Long menamatkan panggilannya..

"Bye.." Aku lihat dihadapanku lori yang memotong tadi perlahan-lahan masuk ke bahagian kiri lorong.

Aku terus memecut sebaik sahaja laluan ku lapang.. Aku suka kepada kelajuan..kelajuan seperti ini tidak menakutkanku.. Setiap kali aku memecut jenteraku di jalan raya ini..aku merasakan seolah-olah segala masalah ku tertinggal di belakang..Segala rasa serabut..rasa tidak tenteram hilang sepantas pecutan jenteraku.

*********************************
Aku memberhentikan Panamera itu di Lobi pejabat itu...Aku lihat beberapa orang yang lalu lalang menjeling padaku..Mungkin mereka rasa kagum, atau iri hati melihat aku memandu kereta 'super' mahal itu.. Ku lihat cermin padang belakang.. Pak Long dan Lexusnya masih tidak kelihatan... Jauh sangat aku tinggalkan dia. Pagi ini Aku dan Pak Long ke SPRM untuk menghantar kereta-kereta yang sudah dibaiki.

Aku mengambil telefon. Aku mendail nombor Bachok.

"Hello" Bachok menjawab panggilanku.

"Bachok ada mana.?"

Cinta Versi KitaWhere stories live. Discover now