CvK 03 - Harimau Sembunyi Kuku

171 21 4
                                    


" Ok..ok. Don't snap mister... I will tell you...My name is....." PINNNNN !!!!! Bunyi kuat hon mengejutkan aku dan dia..
Kami saling berpandangan.... masa sekali lagi seakan terhenti.....

********************************

Sebuah tow truck berwarna merah berhenti dihadapan keretaku

" Yes... towing dah sampai.." kataku sambil menepuk tangan gembira. Dia hanya merenggus semacam tidak puas hati. Dia berjalan kearah operator towing yang keluar dari towing car itu... Dengan rambut style mohawknya..dengan silver bangle besar kat tangan..berbaju singlet hitam menayangkan otot otot kekar, aku kenal sangat operator tu dan melemparkan senyum kepadanya
.
" La ekau ko yang breakdown.." Dia menyapa aku. namanya Joe Labu.. aku kenal sebab dia selalu berurusan di workshop aku. Orang letak nama Labu sebab dia orang Labu, nogori sembilan. Dia ni selain kerja operator tow truck dia juga kerja sambilan sebagai bouncer dekat disko Modesto. Memang dia kaki pukul tapi sepanjang mengenalinya aku tahu dia orang yang baik dan sangat menghormati orang lain.Cuma.. jangan cari pasal la dengan dia ni kalo tak mau makan nasi dengan straw.

" Kau kenal minah ni Joe..?" Lelaki yang kenalkan dirinya sebagai Ann itu bertanya pada Joe sambil menunding jarinya padaku.

" Apo pulak tak konal.. Dio ni Kak Long kawasan ni.. Jangan buek hal.. makan tak habih nanti kono dengan dio ni" aku lihat Ann menarik muka serius bila dengar Joe berkata begitu.

Hehehe... nampak cam takut je brader? Cuak ke?.... ye la Bila kaki pukul bagi pengiktarafan kat aku ni kak long kawasan... mau tak cuak. Ye tak...? hehehe.

Joe terus datang hampir padaku.
"Ni den polik ni.... apohal keto mekanik boleh tosadai kat topi jalan.. buek malu mekanik yo ekau ni..." katanya kepadaku. Selamba dia je memangkah aku tanpa simpati.

"Dah rosak bang.. nak buat camne.. " aku mengeluh. Aku memang panggil dia abang sebab hormatkan dia yang tua dariku.

" Dah tu kenapo ekau tak setel sendiri... yang panggil towing buek apo..?"

" Bang.. aku ni baru balik dari meeting kat Putrajaya kot..jumpa pegawai pegawai .. kau tengok la pakaian aku ni.. takkan aku nak menyusup bawah kereta dengan pakaian macam ni" Aku beralasan
Joe dan Ann sama- sama melihat aku dari atas ke bawah..

" Ha aa la... Baru den perasan...ekau hari ni pakai baju kurung... nampak ayu sekali... selalu den nampak ekau pakai overall bengkel je dah macam jantan...hari ni baru nampak ekau macam pompuan.. nampak feminin... bergotar tulang koring den..." Komen sengal dari Joe Labu yang sengal tu...hiks hiks...

" Tulang kering hangguk kau la bang... sekarang jangan cakap banyak.. pergi buat kerja kau.. tarik kereta aku ke Cahaya Emas." Aku berpura pura marah.. Ann hanya diam melihat komunikasi kami berdua.. Mungkin dia terkejut aku seberani itu memarahi seorang kaki pukul.

" Yo la... yola... tak buleh den nak bergurau sikit pun... Tak boleh gurau poie duk surau la.." Joe Labu membebel sambil mula membuat kerjanya. Di menarik rantai dan memasang pada winch tow truck itu.

"Awak meating apa kat Putrajaya?"
Ann yang tadi diam sahaja mula bertanya pada ku... eleh nak korek rahsia kite la teww...

" Tak da apa apa... hal kerja je"

" Kebetulan saya pun ada di Putrajaya pagi tadi.. hal kerrjaa juga." Dia sengaja menekan perkataan kerja tersebut untuk menyindirku yang tidak berterus terang...eh kisah pulak aku... Dah la dia yang sailang parkir aku pagi tadi.

"So...you also a mechanic huh? " Tanya dia.

" Yup... Im mechanic..kenapa.. tak percaya ke?"

" Its hard to believe... but im trying.. and
You must be the most beautiful mechanic i have seen in my life"

Cinta Versi KitaWhere stories live. Discover now