CvK 16 - Wajah Rahsia Hati

135 21 7
                                    

"Ehem...! Assalamualaikum.! "

Aku dengar orang berdehem dan memberi salam. Perlahan aku dan Ann menoleh kearah suara itu.
Dihadapan kami dua pasang mata sedang memerhatikan tingkah kami.
Cepat-cepat Ann melepaskan tanganku dan kami terus berdiri.
Aku meneguk air liurku.
Alamak!!! Kantoi!!!

************************************

"Eh ..ib... ibu... Bila sampai?"
Tergagap-gagap aku bertanya. Ibu dan Sara masih berdiri didepanku. Ann kelihatan cemas walaupun cuba bereaksi biasa.

"Lama tak lama la.. Sempat la jugak tengok drama tampar menampar tadi...kan Sara kan..? " Ibu memegang bahu Sara. Sara hanya menanggukkan kepalanya.
"Siapa dia ni? " Ibu bertanyakan Ann

"Oh.. Dia ni kawan Zed.. Nama dia Ann.. "

"Er betul Mak Cik.. Nama saya Ann.. Saya kawan Zed.."

"Kawan? Hmm..Semua kawan-kawan Zed ni makcik kenal..Dia ni pun bukan jenis berkawan sangat.Sejak bila kamu ni berkawan dengan Zed.? " Tanya Ibu kepada Ann.

"Baru lagi... Kami baru berkawan.." Jawab Ann.

"Betul ke baru lagi..? Tak nampak macam baru pun.. Nampak mesra je.. Siap pegang-pegang tangan lagi." Balas ibuku sinis. Ann yang sudah sedia gelabah menjadi lebih tak keruan. Aku..? Lagilah.. Rasa nak hantuk kepala kat dinding je..

"Ma.. Maafkan saya makcik.. " Itu sahaja balasan dari Ann. Dia menundukkan kepala. Tidak mampu melawan pandangan tajam Ibu.

"Makcik boleh maafkan tapi kamu kena juga minta ampun dari Allah.. Kerana perbuatan kamu ini tidak molek...Menyentuh yang bukan hak kamu.. Kamu berdua ni tiada ikatan. "

"Saya faham makcik.. Saya kesal atas perbuatan saya." Ann menyatakan kekesalannya.

"Bagusla begitu. Jangan buat lagi.. Kita diberi akal fikiran.. Fikirlah dengan teliti sebelum berbuat apa-apa.. Jangan diturutkan hati.. Jangan diturutkan nafsu.. Ingatlah Allah sentiasa. " Ibu memberi tazkirahnya kepada aku dan Ann.

"Baiklah makcik. Saya ingat nasihat makcik ni" Kata Ann. Dia masih menundukkan kepalanya.

"Kalau takda apa-apa lagi makcik nak minta diri masuk kedalam.. Jom Sara kita masuk rumah. " Ibu mengajak Sara masuk kedalam rumah.

"Zed.. Jangan lama sangat bersidai kat luar ni.. Walaupun tempat ni terbuka.. Tetap tidak dipandang manis.. Mengundang fitnah kepada yang melihat.. Terutama jiran tetangga. "

"Baiklah ibu." Aku angguk akur.

Ibu memimpin Sara masuk kedalam rumah.Walaupun kata-kata ibu itu ditujukan kepadaku, aku dapat rasa ibu seolah-olah meminta Ann segera beredar. Aku dengar Ann mengeluh halus bila kelibat ibu hilang di balik pintu.

"Nampaknya kehadiran saya tidak dialu-alukan" Ann seolah-olah kecewa

"Jangan kata begitu, ibu saya tak kenal lagi siapa awak yang sebenar. Dia tak tahu, yang awak dah banyak tolong saya dalam tempoh seminggu ini." Aku cuba memujuknya.

"Habis.. Habislah saya.. First impression saya dah gagal..."

"Takpa.. Banyak lagi peluang ada.. Cuba lagi..Salah saya juga pergi tampar-tampar awak tadi. "

Cinta Versi KitaWhere stories live. Discover now