CvK 14 - Jadi Besan Mama

138 22 22
                                    

Skreet..!!!! Bunyi tayar terseret semakin menghampiriku..Aku hanya memejam mata menunggu nasib..Mungkin inilah pengakhiran bagiku... Selepas ini mungkin NurZarin Binti Abdullah hanya akan tinggal nama sahaja.. Selamat tinggal dunia.. Mati itu pasti hidup InsyaAllah.

************************************

Suasana yang kelam-kabut menjadi hening seketika. Bau getah terbakar begitu menusuk hidungku. Aku memberanikan diri membuka mataku. Tayar hadapan sebuah kereta betul-betul hampir menyentuh mukaku.

Aku segera bangun walaupun dalam kepayahan. Pendengaranku seolah-olah menjadi tuli.. Yang aku dengar hanya bunyi degupan jantungku sendiri dan hembusan nafasku. Aku menarik budak lelaki itu bangun.

Orang ramai mula mengerumuni kami. Aku lihat ramai yang bersuara bertanyakan itu dan ini.. namun deria pendengaranku seolah-olah tidak bekerjasama dengan minda. Terlalu banyak input untuk diproses dalam satu masa. Dalam keadaan riuh rendah itu aku kebingungan.

"Fariz..!! Ya Allah anak aku !! Fariz !! Apa dah jadi ni?!" Seorang wanita tiba-tiba merangkul budak lelaki yang aku selamatkan tadi. Teriakan histeria wanita itu mengembalikan aku ke alam realiti.

Alhamdullilah..Allah masih mahu memanjangkan umurku dan budak lelaki itu.. Aku bersyukur. Aku lihat ibu budak itu masih memeluk anaknya. Mereka berdua menangis.. Mungkin budak itu menangis kerana terkejut.. dan ibunya pula menangis kerana gembira anaknya selamat dalam situasi hidup atau mati tadi. Aku bergerak sedikit menjauhi mereka.

Kumpulan orang ramai juga berpecah dua. Satu mengerumuniku dan satu kumpulan lagi mengerumuni budak yang aku selamatkan tadi bersama ibunya.

"Cik..!!cik tak apa-apa.?!" Tanya seorang lelaki.

"Maafkan saya cik..saya hampir melanggar cik tadi.." kata seorang pemuda lelaki..rupa-rupanya pemilik kereta yang terbabit dengan insiden itu tadi.

"Tu la..bawak kereta laju sangat" kata orang pertama.

"Tak tahu ke ni kawasan sekolah" tambah orang kedua.

"Entahnya.. nasib tak jadi apa-apa." Aku mendengar komen-komen dari orang sekelilingku. Tidak sempat aku menjawab seorang wanita berusia pula menghampiriku

"Anak..ok tak..? ada sakit mana-mana" tanya seorang wanita pula sambil memegang bahuku. Spontan aku terus memeriksa tubuh badan sambil mengibas butiran pasir yang terlekat di pakaianku. Tidak. Aku tidak rasa sakit..rasanya semua sendi-sendi masih bersambung. Tulang-tulang pun tiada yang patah.. Cuma ada rasa pedih sedikit dilutut kaki kanan dan siku tangan kiriku.. Ohh patutla..ada luka. Sampai koyak sedikit seluar jeans yang aku pakai dibahagian lutut.

"Saya tak apa-apa..luka sikit je." Kata aku kepada wanita tadi.

"Syukurla.. Makcik nampak semuanya tadi. Anak betul-betul jadi hero hari ni.. kalau anak tidak bertindak tadi mesti budak tu sudah kena langgar dengan kereta tu" Puji wanita itu. Orang ramai masih mengerumuniku. Mereka ingin tahu apa yang terjadi.

"Takdela makcik..kebetulan saya yang paling hampir..jadi saya rasa saya bertanggujawab untuk selamatkannya." Jawabku. Aku lihat ada diantara mereka yang mengganguk-angukkan kepala. Mungkin mereka kagum dengan keberanianku barangkali.

"Anak buat apa disini? Tunggu adik balik sekolah ke?" Tanya makcik itu lagi.

"Bukan. Saya tunggu anak saya.. Sara." Baru aku teringatkan anakku. Aku terus mencari-cari Sara di tengah kelibat orang ramai.

"Sara..! Sara! " Aku berjalan keluar dari kerumunan itu sambil memanggil nama anakku... Aku hampir diserang panik. Perhatian orang ramai membuatkan aku panik. Orang ramai seakan memberi ruang untukku berjalan mencari anakku. Pandangan mereka tidak aku hiraukan.

Cinta Versi KitaWhere stories live. Discover now