CvK 25 - Reporter

285 19 16
                                    

"Terima kasih. Sila datang lagi ya.." Waheeda senyum sambil menghulurkan resit kepada seorang pelanggan lelaki.

"Sama-sama. InsyaAllah saya datang  kalau kereta saya rosak lagi la..Kalau tak rosak takde la saya datang." Pelanggan lelaki itu berlulucon dengan Waheeda. Waheeda hanya senyum tidak membalas.

Sebaik sahaja pelanggan lelaki itu keluar, pintu pejabat sekali lagi diketuk.

"Masuk!" pekik Waheeda.

Pintu terkuak dan seorang pekerja  syarikat penghantaran masuk kedalam ruang pejabat. Macam mana aku tahu dia pekerja syarikat penghantaran..Tentulah dari seragam yang dipakainya dan parcel yang dijinjingnya tu.

"Assalamualaikum..Tumpang tanya sini Cahaya Emas Auto ke?" Tanya lelaki itu kepada Waheeda

"Waalaikumsalam.Ye..Sinilah tempatnya." Balas Waheeda. Aku hanya diam melihat komunikasi antara mereka. 

Lelaki itu meletakkan parcel yang dipegangnya dihadapan meja Waheeda "Tahu. Saja nak double comfirm..Ni ada kiriman..Tolong sign dan setempek( stampad ) dekat sini." Kata dia sambil menunjukkan borang yang perlu dicop oleh Waheeda. 

Waheeda melakukan apa yang dipinta oleh encik kurier  itu.

"Terima kasih cik." Ujar dia setelah urusannya selesai.Dia pun keluar dari pejabat itu.

"Sapa kirim Wahid?" Tanya aku tidak sabar.

"Filem Negara." Jawab Waheeda ringkas. Dia lantas mengoyakkan envelope itu lalu memeriksa isi kandungannya "Bos..Kita dapat  payment."

"Bila punya claim ni." Tanya aku. 

"Tiga bulan lepas bos..RM 20000.00" Jawab Waheeda

"Alhamdulillah. Rezeki" Ucapku ikhlas sambil meraut. wajahku tanda syukur. Tiga bulan baru dapat payment..Tapi takpalah..Biasalah claim kerajaan. Kadang cepat kadang lambat.

"Alhamdulillah..Masuk yang ni dah dua claim kita dapat hari ni." Lapor Waheeda.Aku terkejut mendengar katanya.

"Dua.? Satu lagi sapa bayar? Bila dapat?" Tanya aku kepadanya.

"MSN..RM 7000.00..Dapat pukul 10.00 tadi diorang hantar." Terang dia

"Aik..Aku tak tahu pun..Aku pergi mana tadi.?"

"Ler..Bos lupa ke..Kan bos keluar sekejap tadi pergi kedai spare part..Masa tu la diorang hantar." Jelas Waheeda. Lantas aku teringat..Memang betul tadi aku ada keluar sekejap berjumpa dengan Randy untuk memesan alat ganti kereta pelanggan.

"A..ah..Aku lupa..Sory..Takpalah..Err Wahid..nanti Kau tolong aku  bank in  cek-cek ni semua."Pinta aku kepadanya. 

"Bos percaya saya ke?" Waheeda sengih

"Hek eleh poyo la kau ni..Selalu kalau dapat payment memang kerja kau kan yang bank in? Dah terlambat pun kalau aku tidak percaya kat engkau ni."

"Tahu saja nak test bos je..Okaylah time lunch karang saya bankin."

"Ok. Tapi hati-hati." Pesan aku kepadanya.

"Ok..Patik menjunjung perintah tuanku" Waheeda mengusikku

"Eh..eh dia ni melebih nampaknya..Aku siku karang sia-sia je." Aku menangkat siku. Pecah ketawa Waheeda.

"Rilek bos..gurau-gurau je.." Katanya.

"Nak gurau pergi Kuala Kurau sana."

"Ha..Kuala Kurau? kat mana tu bos? Ada ke nama tempat camtu?"

"Adalah..Hish buta geografi betul la kau ni...Kuala Kurau pun tak tahu kat mana."

"Ler..dah memang tak tahu pun..nak buat camne..tempat tu tak glamer..Kuala Kurau..Lain la kalau bos tanya saya..Kuala Terengganu ke..Kuala Selangor ke.. Kuala Perlis...Kuala Kedah..Kuala Negeri Sembilan ke.. Saya tahu la.."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 03, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cinta Versi KitaWhere stories live. Discover now