CvK 18 - Ngauman VTEC

155 20 84
                                    

"Ini kereta kurang-kurang mau lagi sepuluh hari baru boleh siap." Kata Ah Meng sambil memegang kereta BMW biru Ann itu. Dia menyentuh dan memeriksa bahagian yang kemik itu. Aku sempat menjeling wajah Ann yang nampak kurang berpuas hati dengan jawapan Ah Meng itu.

"Ala Meng.. Lu tak boleh kasi cepat sikit ke? Member gua nak guna ini kereta..Dia takda transport lain." Aku terpaksa menggunakan alasan itu walaupun aku tahu Ann ada kenderaan lain yang boleh digunakannya.

Ann hanya mengangguk-angguk kepalanya kerana dia menyerahkan kepada aku untuk aku berurusan dengan Ah Pek, taukeh bengkel ketuk dan cat kereta itu.

"Tak boleh la Jed..( Apek ni tak boleh sebut huruf Z. Lidah pendek ) lu tak da tengok ka.. Gua punya bengkel sudah ada banyak job.. Gua takda cukup staf mau bikin ini kereta cepat." Jawab Ah Meng. Aku melihat kawasan bengkel itu. Memang betul pun katanya. Ada banyak kereta yang sedang atau menunggu untuk dibaiki. Bagi aku tempoh sepuluh hari yang diberi oleh Ah Meng memang sudah cukup cepat. Tapi tak taula Ann ni macam mana.. Aku berpaling kepada Ann.

"So..Ann.. Macam mana? Sepuluh hari.. Boleh ke? " Tanya aku kepadanya. Dia tidak terus menjawab sebaliknya menarik tanganku menjauhi Ah Meng.. Ehh main tarik-tarik tangan aku pulak mamat ni.. Ni kalau nampak dek ibu aku, mau bernanah telinga kena ceramah..

"Kenapa awak ni? Main tarik-tarik tangan pulak.. Saya tak suka la." Aku mendengus tidak puas hati.

"Sory.. Sory saya tak sengaja.. Tapi saya tak mau apek tu dengar saya nak bincang dengan awak ni. " Dia beralasan.
Ye lah tu.. Lelaki semuanya sama.. Suka ambil kesempatan.

"Nak bincang apanya.?" Tanya aku masih dengan nada tidak berpuas hati.

"Kenapa awak bawak saya sampai bengkel kat Kajang ni..dekat-dekat dengan bengkel awak takda bengkel ketuk dan cat ke.. Dekat Tasik Selatan takde ke?" Tanya dia dengan separuh berbisik.
Ala dia ni.. Dah jauh dari Ah Meng pun masih nak berbisik. Macam la si Ah Meng tu boleh dengar kalau cakap secara normal.

"Kalau awak nak tahu.. Bengkel ni.. Memang champion hal restoration kereta-kereta eksiden ni.. Awak tengok.. Banyak customer hantar kereta kat dia. Tu sebab saya rekemen kereta awak ni repair kat sini." Terang aku.

"Saya ingat bengkel awak boleh repair kereta saya ni.. Sekali awak recommend bengkel lain pulak.. Dah la jauh pulak tu.." Sungut dia. Aku tergelak kecil melihat  wajah cemberut dia.

"Bengkel saya tak buat ketuk dan cat Ann.. Kita orang cuma boleh repair mechanical part je.. Bab-bab ketuk dan cat ni bukan semua orang boleh buat. Macam kerja seni jugak tau.. Kena teliti dan cermat...lagipun apa awak nak risau.. ? Kan saya dah kata saya nak belanja awak.. I have to pay my debt to you right..? Dont wory about it.. Leave it to me." Terang aku cuba meyakinkan dia.

"Money not the issue here.. Saya tak minta pun awak belanja..Saya sendiri pun boleh bayar..saya tolong awak ikhlas tak harapkan apa-apa balasan." Kata Ann sambil membuka jurus renungan matanya..
Ala.. Time-time macam ni la awak nak bawak keluar jurus tu pulak Ann.. Awak tau tak saya lemah sendi lutut kalau awak renung saya macam tu..

"Habis tu macam mana sekarang ni.. Nak letak ke tak kereta awak kat sini.?" Tanya aku sambil memandang ke arah keretanya. Cuba mengelak pandangan matanya.

"Betul hasil kerja bengkel ni tip top?" Pertanyaan aku di balas pertanyaan juga.

"Betul. Saya jamin seratus peratus."Aku memberi jaminan.

"Ok. I follow your recommendation.. But with one condition..I ll pay all the cost."

"Betul ni awak tak nak saya tanggung.. Betul awak tolong saya tu ikhlas..tak mengharapkan apa-apa balasan?" Tanya aku pulak kepadanya.

Cinta Versi KitaWhere stories live. Discover now