Saja2 Je Ni Nombor 3

116 13 4
                                    

WARNING!!!
Entry aku kali ni ada unsur-unsur poyo yang sangat melampau.. Jadi sesiapa yang alegik dengan kepoyoan sila tinggalkan bacaan korang DI SINI sebelum korang muntah hijau...hehehe.

Assalamualaikum semua.. Ni bukan update.. Saje je aku nak membebel.

Kali ni aku nak bersembang tentang aku dengan dunia oren.. Tahu Dunia oren tu apa..? Website wattpad ni la..

Penglibatan aku dengan dunia oren ni bermula secara tak sengaja semasa aku tengah dating dengan bf aku..masa tu kite orang tgh tunggu nk masuk dlm cinema.. Layan movie Black Panther..

Masa tengah duk tunggu tu..aku tgk.. Bf aku ni tengah asyik dok membelek telefon bijaknya sambil tersengih-sengih dan tersenyum-senyum.. Aku pulak rasa sebal dibiarkannya tidak dilayan dengan popcorn dan soft drink yg penuh ditangan..

Sebagai wanita yg mempunyai rasa inferior compleks dah tentu aku bimbang takut bf aku tgh whatsaping atau wechating dgn pompuan lain.. Takut kena caras.

Jadi aku mengambil langkah yang drastik merampas hp bf aku..tujuan untuk mencari bukti kecurangan.. Dlm proses itu dapat la aku barang sekati dua kata2 makian dari bf terchenta..

Aku pun membelek hp bf aku.. Aku tak jumpa apa2 bukti yg mencurigakan sebaliknya aku lihat skrin hp bf aku tgh memaparkan novel wattpad.. Oo bf aku tgh baca novel rupanya.. Tak silap aku cerita Aiden, The Son of Legend karya @JejakaMerah ...

Start dari hari tu aku mula terjebak dlm dunia ni.. Aku pulak jenis manusia yg suka membaca tapi tak suka keluar duit nak beli novel..Jadi secara tak langsung wattpad ni platform yang baik untuk aku membaca novel..

28/2/2018 merupakan tarikh aku join secara rasmi dlm dunia oren ni.. Sejak hari tu juga banyak la novel2 aku dah baca.. yang lucu..yang membuai perasaan.. yang sedih... yang menyentapkan.. yang memberi pengajaran...malah yang memberahikan pun ada..

Pendek kata banyak la konsep2 novel yg aku baca.. Aku pun terus membaca.. Dan baca.. Kalau dulu time nk tunggu masuk cinema aku yg pegang pop corn segala.. Sekarang ni tugas itu telah diserahkan secara rasmi kepada bf aku.. Sebab aku pulak sibuk nk baca novel wattpad... Hahahha..

Sampai satu peringkat.. Aku rasa aku nak menyumbangkan sesuatu dlm dunia oren ni.. Maka pada tarikh 15/07/2018 entry pertama Cinta Versi Kita karya aku, telah berlegar di dalam dunia oren ni..

Semasa aku menulis atau lebih tepatnya menaip, aku takde niat selain dari mencabar diriku untuk menulis.. Takde niat lain.. Bukan nk kejar populariti..bukan nak kejar follower... bukan nk kejar anugerah... Niat nak menunjukkan bakat pun takde juga.. Sebab aku memang takde bakat dalam penulisan.. Aku sedar tu..

Jadi bila wattpad hantar benda ni kat aku untuk cerita CVK..

👇👇

Aku buat donno jelah selama ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku buat donno jelah selama ni.. I dont feel its a big deal pun.. Sampaila aku baca entry senior2 aku yg turut dapat benda ini.. Baru aku tahu.. Susah juga nk dapat rupanya. ... Bayangkan,ada senior aku yg banyak karyanya dipublish tapi satu pun tak terpilih..

Ada beribu entry didalam dunia oren ni.. Tetapi CVK terpilih dlm 500 yg awal.. Alhamdulillah.. ini pun satu pencapaian jugakkan.. Tak harap menang pun...

So...
Terima kasih kepada pihak juri2 Wattys yang recognize CVK ini.. Terima kasih kepada yang membaca karya yang tak seberapa ini.. Yang voting.. Yang komen.. Tqtqtq.. Terima kasih juga kepada senior @hannawtk yang sudi memberi tips berguna tentang penulisan.. Aku sgt2 hargainya...terima kasih kepada supporter2 aku didunia realiti.. Last but not least to my bf.. Tq b.. sebab kenal kan ney dengan dunia oren ni.. Pasni takyah jeles2 tau kalau tgk ney typing kat hp.. Sebab ney tgh bekarya.. bukan chat dengan laki lain... Hehehe..
Korang nak muntah dulu ke.? Ok fine.. dipersilakan..


Ibu aku pesan kita kena selalu berterima kasih. Samada kecil atau besar jasa orang pada kita.. Kita kena apreciate selalu.. Kena ucapkan terima kasih selalu... So inilah yang aku buat..

Okla. That all for now folks.. Jumpa lagi bila aku update..

@zedd1996ida... Chalo betey..
Assalamualaikum.

 Assalamualaikum

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Thank You

Cinta Versi KitaWhere stories live. Discover now