CvK 06 - Do You Want Build A Snowman

127 20 4
                                    

"Ha..ha..ha...Lawak siot!!" Adik ku Sayeeda galak mengelakkan aku disesi panggilan video kami.

"Kuang ajo gelakkan aku.. nasib la kau jauh.. kalo dekat aku sekeh kau" Kataku

"Ye la...benda memang lawak..aku gelakla.. takkan nak nangis pulak." Balas adikku. Aku pun gelak sama.. bukan gelakkan diri ku. Tapi seronok lihat dia gelak... Pagi ni ketika aku sedang meninjau kerja tunning Panamera di workshopku tiba tiba sahaja dia menghubungi aku menerusi panggilan video. Terpaksa aku naik ke pejabat untuk menjawab panggilan itu bagi mendapatkan privasi.
Katanya dia baru menghubungi ibu di rumah. Setelah ibuku menceritakan kejadian anak aku mengenakan aku semalam terus sahaja dia hubungi aku... nak membahan aku la apalagi..

"Eee..kau ni dik.. kau vc aku pagi-pagi semata nak membahan aku je.. bukan la nak cakap kau rindu aku ke.. kau sayang aku ke.." Aku pura pura merajuk.

" Hek ala kau ni kak... dah sah sah la aku rindukan kau yang sengal ni.. tu la sebabnya aku call ni.. harapkan kau contact aku...? harem.. Namanya je tokey...tapi kedekut taik idung masin..kredit pun berkira" Kutuknya tanpa belas kesian

"Kau lagi sengal.. ni kredit yang kau call aku ni datang duit dari celah mana.. ? Bukan aku ke bank in tiap-tiap bulan...? Aku postpone duit alaun kau bulan ni baru tau" Balas aku pula.

"Ok..ok..eleh kau ni pun.. nak seloroh sikit pun tak boleh dah sekarang ni..semedang je nak marahnya "

"Sapa kata aku marah..?! aku bukannya marah..! nasihat!" Aku mengajuk dialog P.Ramlee dalam filem Madu Tiga..Pecah ketawa adikku lagi

"Ee..Bongok la dia ni " katanya sambil gelak.

"Dik.. kat sana winter kan sekarang?"

"Aah.. tengah peek winter season dah skarang.. Kalau kau tengok... jap..eh aku tunjuk kat kau." Aku lihat dia mengambil handphonenya.. imej di skrin menjadi kelam kabut.. kejap tegak..kejap terbalik... apebenda minah ni buat ni..berjalan kot..

"Ha kau tengok ni..aku nak tunjuk pemandangan kawasan neighbourhood aku ni" Dia memusingkan phonenya.. Aku lihat kawasan kejiranan yang di tunjukkannya.. melalui tingkap balkoni aku lihat kawasan yang memutih.. aku juga dapat lihat partikel salji turun dari langit.

 aku juga dapat lihat partikel salji turun dari langit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Wah.!! Ada snow.... bestnya..!!" Aku berasa teruja.

"Best?... its freezing like hell u know....Masa winter ni la time kebanyakan orang benci tau... satu aktiviti pun tak boleh buat.."

"Eh.. kenapa pulak..? Best la.. bleh buat snowman...macam movie Frozen tu... do you want build a snowman?" Aku mengajuk nyanyian macam dalam filem Frozen..

"Hahaha... Sengal la kau ni kak... terpengaruh lebih la ni.."

"Mau tak terpengaruh.. asal bukak tv je Frozen...asal bukak je Frozen..dah takda criter lain nak tengok...sampai naik beku otak aku...tu anak aku punya hal la...tapi serius weh.. best la tengok snow.." kata Aku.

Cinta Versi KitaWhere stories live. Discover now