CvK 17 - Lanchang

143 23 28
                                    

Aku membelek wajahku dicermin bilik air itu.  Sisa-sisa air dimuka, aku lap dengan tuala. Aku baru lepas mencuci muka dan gosok gigi. Bersedia untuk tidur. Semasa aku keluar dari bilik air jam didinding bilik tidur menunjukkan pukul 12 malam. Aku menyangkut tuala ku di tempat penyidai. 

Baru sahaja aku mahu merebahkan badan ku telefon pintar ku berbunyi menandakan mesej whats app masuk.. Sapa pulak yang mesej aku tengah-tengah malam ni. Aku terus berbaring sambil tanganku mencapai telefon itu..

Aku membuka aplikasi whats app.

Unknown number:

Akum.. NurZarin Abdullah ke tu.

Ah sudah.. Sape pulak ni.. Nak balas ke tak.. Ah abaikan je la. Aku letakkan kembali telefonku di sebelah bantalku.  Aku cuba memejam mataku.

Tit..tit.. Bunyi mesej masuk lagi.  Mata ku celik kembali. Aku mengambil telefonku sekali lagi.

Unknown number:
Zed.. Adam ni.. Maaf ganggu.. Dah tdor ke?

Aku membaca mesej itu. Aku cuba recall dikalangan kenalanku yang bernama Adam.. Takda.. Takda seorang pun yang bernama Adam.. Tapi dia panggil aku Zed.. Maknanya dia kenal aku la kan?  Aku cepat-cepat menaip.

Aku:
Sapa ni?  Sori tak kenal la org nama Adam.

Unknown number:
serius tak kenal? Saya hero awak la.. Tak ingat.? Sampai hati awak tak ingat lelaki yang telah menyelamatkan awak beberapa kali.

Aku:
Ann..Awk ke ni?

Unknown Number:
Ye la.. Saya la ni.. Ingat pun..

Aku:
Whats with Adam? Nak menyamar ke apa? 

Unknown number:
Menyamar apa pulak. Nama ikut mykad saya Adam Nazri Bin Nasrolhaq. So acronym jadi A.N.N..Ann.. Gottit?

Aku.
Banyakla awak punya acronym..btw.. Mana dpt. No phone saya ni?

Aku segera membuka senarai kenalan didalam telefon aku. Aku memasukkan nombor Ann kedalam senarai itu. Aku savekan juga namanya. Aku tersenyum sendiri melihat nama yang aku save untuk nombor telefonnya itu.. Lantaknya kau disitu.. Hehehe..
Tidak lama kemudian mesej whatsApp masuk lagi.  Aku terus membuka aplikasi itu. Mesej dari Ann.

Anntu👻👻:
Adala cara saya dapatkannya.

Macam mana dia ni dapatkan nombor telefon aku. Seingat aku, aku tak pernah beri nombor telefon untuk talian ini..
Jangan-jangan dia hack telefon aku semasa dia mendapatkan telefon ini dari Zamri.

Aku:
Awk godek2 phone sy ni ke? .. Oo mentang2 la awk yg dptkan phone sy dr Zamri tu..sesuka hati awak je nk godek2 phone sy.?😠😠😠

Anntu👻👻:
Oi cik kak.. Ckp tu baik sikit..😤😤 Phone canggih awk tu nk bukak kena guna fingerprint.. Ce crite sikit.. Celah mana sy nk godeknya?😠😠

Aku terus menepuk dahi aku.. Haah la aku lupa.. Telefon pintar aku ni kalau nak buka kena guna fingerprint aku...
Adoi kantoi-kantoi.. Kantoi aku menuduh dia bukan-bukan.
Tit.. Tit.. Tit.. Bunyi mesej masuk lagi. Aku membaca mesej yang dihantar, terus mataku membuntang.

Cinta Versi KitaWhere stories live. Discover now