CvK 05 - Senjata Makan Tuan

169 17 23
                                    

Setelah selesai membaiki keretaku, aku terus pulang ke rumah yang terletak di Sri Petaling.
Dulu keluarga kami tinggal di Kampung Malaysia Raya. Tetapi sejak pembinaan TBS, tanah kami telah diambil dan dibayar pampasan oleh kerajaan.
Arwah Appa menggunakan duit pampasan itu dan sedikit simpanan membeli sebuah rumah di sini. Alhamdullilah rumah kami di Sri Petaling ini lebih luas dan selesa berbanding rumah lama di Kg. Malaysia Raya.

Aku tiba di rumah jam sudah 6.30..
"Assalamualaikum.. saya dah balik." Setiap kali balik ke rumah memang itu yang aku ucapkan. Sudah menjadi tabiatku. Aku masuk dan terus duduk di sofa ruang tamu itu. Sambil memicit pelipisku.. aduh penatnya...nasib baik kerja membaiki EK 9 siap sebelum tamat waktu kerja.. kalau tak.. comfirm tinggal aku seorang jela kat workshop tu..

Ehh..mana semua orang ni..senyap je.
Tiba- tiba hidungku menghidu satu bau yang sangat kuat.. Aku bangun dari sofa.. Langkahku panjangkan ke dapur rumah.

Di atas meja makan di dalam bekas plastik ku lihat sesuatu yang menjadi kepantanganku.... DURIAN !!! Ya aku memang pantang dengan durian..pantang lihat.. aku akan terkam.. apa lagi??!! Serbu!!

Segera aku mencuci tanganku ala kadar kemudian dengan laju ku mengambil seulas durian didalam bekas plastik itu.. bagaikan peluru aku menyuapkan durian ke mulutku..

Ya Allah nikmatnyaa.. sedapnyaa.. penuh berkrim... tidak terkata enaknya durian itu didalam mulutku..kalau ada syarikat nak buat iklan tv pasal makan durian aku sudi jadi modelnya.. dengan ekspressi mukaku yang penuh nikmat ketika makan durian itu..aku jamin durian yang masuk iklan tu tentu jadi rebutan...hiks..hiks...
Aku terus menikmati sehingga licin bijinya..kemudian ku buang kedalam tong sampah.. kemudian seulas lagi kucapai.. baru hendak ku suap.. telingaku di pulas seseorang...

"Ooi.. Hantu durian dah balik..!! Anak bertuah !!! Durian tu aku nak buat kuah durian tau tak..?!! " Rupanya ibuku yang memulas telingaku.

"Aduh..!! Ampun ibu..!! Ampun ibu..!!sakit bu!!.. Sakit.." Aku mengelupur merayu ibuku lepaskan telinga yang dipulas. Sebenarnya tak sakit mana pun... Saje je aku nak berdramatik petang petang macam ni.. Anakku yang bersama ibuku ketawa mengekek ngekek melihat mamanya kena pulas telinga dengan si opah... ceh kureng asam punya anak....gelakkan aku ye...nanti kau..

" Kamu dari mana ni..? Menyusup masuk macam pencuri..tak tau bagi salam ke? " Ibuku melepaskan telingaku sambil bercekak pinggang..

"Eh Zed dah bagi salam tadi ye... takde sape jawab pun." Aku membela diriku. Telinga yang kena pulas tadi aku gosok perlahan lahan... ok aku tipu... adala jugak sakitnya..

"Kami ke belakang tadi ambil daun pandan... nak buat kuah durian.. ni cucu aku ni nak makan roti jala cicah kuah durian." Terang ibuku menunjukkan daun pandan ditangannya

"Sara nak makan roti jala cicah kuah durian ?" Tanya aku kepada Aleya Maisara anak daraku yang baru berusia 7 tahun itu.. dia hanya anggukkan kepala sahaja.

" Sejak bila Sara pandai makan bercicah-cicah ni.." Tanya aku ingin tahu. Aku duduk di kerusi meja makan itu. Ibuku mula sibuk memerah santan kelapa yang akan dijadikan kuah durian itu

" Hari tu Sara makan Aimi punya bekal.. mak die buat roti jala dengan kuah durian...sedaaap mamaaa" petah dia menjawab.

"Sara makan bekal Aimi..? Aimi tahu tak..?" Tanya ku.. curiga jika anakku mencuri makan bekal kawannya.

"Aimi tahu la mama.. Kami makan sama-sama time rehat.. die bagi Sara makan sikit."

"Ok la.. tapi lain kali Sara pulak kena belanja Aimi tau.. barula fair.." Kataku kepadanya.. Aku sedar kawan Sara bernama Aimi tu anak orang susah.. Bapanya hanya pencari barang-barang lusuh. Sebab itu dia selalu bawak bekal.. Sedangkan anakku.. Aku bagi duit belanja untuk dibawa ke sekolah.

Cinta Versi KitaWhere stories live. Discover now