CvK 11 -Hatiku Masih Panas

121 20 21
                                    

Aku meneguk air kosong yang sejuk itu untuk kesekalian kalinya. Ibu masih duduk dihadapanku tidak berganjak. Dapatku lihat dia mengetapkan giginya tanda marah.
"Jahanam punya jantan..!! berani dia buat kurang ajar kat anak aku.!!"
Ibu menghamburkan kemarahannya. Aku hanya menunduk. Tidak berani aku menatap wajahnya ketika itu.

Sebaik sahaja aku pulang ke rumah aku dihujani dengan pelbagai soalan dari ibu. Aku menceritakan apa yang terjadi padaku tanpa meninggalkan sedikit pun. Ternyata dia betul-betul marah kerana aku dianiaya namun dia tetap bersyukur aku sempat diselamatkan.

"Ibu tak sangka dia sanggup buat anak ibu macam tu sekali...kerana nafsu sanggup dia mencemar nama baik tempat dia berkerja..nasib baik tak jadi apa- apa. Kalau jadi apa-apa pada Zed.. sampai ke lubang cacing Ibu akan cari dia.. Ibu akan ajar dia cukup-cukup." bebel ibuku penuh marah

"Ntah la ibu. Zed pun tak tau nak cakap apa lagi. Zed lagi tak sangka.. kalau Zed boleh baca apa dalam otak dia, mati hidup balik Zed takkan pergi jumpa dia malam tadi."

"Zed..sapa dia sebenarnya lelaki yang selamatkan Zed semalam tu." tanya Ibu.

"Zed kenal nama dia Ann je Ibu. Zed kenal dia pun sebab dia pernah tolong Zed masa kereta Zed breakdown hari tu."

"Budak Ann tu apa kerjanya?" tanya ibu lagi..Aku terdiam sebentar. Haah eh..apa kerja mamat tu..sampai sekarang aku tak tahu dia kerja apa. Tengokkan gaya macam orang ado-ado je..kereta sampai dua. BM sebiji. Audi sebiji. Superbike pun aku ada nampak parking kat depan rumah dia tadi.

"Oi!!budak ni mengelamun pulak. Ibu tanya ni budak Ann tu kerja apa?"

"Err.. Ntah Zed pun tak tahu ibu." Jawabku sambil menggaru kepala yang tidak gatal

"Pulak dah. Macam mana boleh tak tahu."

"Ler..logik la ibu.. Zed pun baru jumpa dia dua kali.. mana dan nak temuramah bagai."

"Ok.. keluarga dia macam mana? Mak bapak dia?" Ah sudah ibu ni.. sampai keluarga dia pun nak tahu semua. Dah kenapa.?

"Lagi Zed tak tahu ibu. Tadi masa Zed kat rumah dia.. sorang manusia pun tak nampak selain dia.. Zed pun malas nak tanya lebih-lebih. Dah la kita menumpang je time tu." Terang aku.

"Zed berdua je dengan lelaki tu dalam rumah..?" Aku lihat mulut Ibu terlopong sedikit.

"A'ah." Jawabku ringkas. Ibu lantas menepuk dahinya sendiri

"Ini pun bala jugak sayang oii.. nasib tak jadi apa-apa.. lepas dari mulut rimau masuk mulut buaya..nak jadi macam tu ke?"

"Ish takda la Ibu..Zed tak rasa Ann pun macam si Zamri setan tu.. di.. dia lelaki budiman." Aku berdehem sedikit menyedapkan hatiku sendiri. Awak lelaki budimankan Ann..kan? Kan?

"Budiman la sangat. Belum dapat boleh la cakap."

"Ish ibu ni. Tak baik buruk sangka. Dia dah selamatkan Zed ibu.. lagipun kalau dia nak buat apa-apa..dari semalam lagi time Zed tak sedar dia boleh buat macam-macam."

"Habis ni baju yang Zed pakai ni baju sapa? Ibu tak pernah tengok Zed pakai baju ni sebelum ni."

"Oh yang ni Zed pinjam dari Ann.. Ann cakap ni baju adik dia.." Kataku sambil memegang kain baju kurung itu.

"Adik dia punya ke bini dia punya.?"

"Ntah la Ibu.. kalau bini dia punya pun Zed takda apa-apa..Zed pinjam je. Nanti Zed pulang la balik." Kata aku.

"Errm.. Ibu rasa ibu nak ajak dia mari sini la."

"Ha..nak buat apa ibu...? Tak payah la." Aku bangkang

Cinta Versi KitaWhere stories live. Discover now