CvK 15 - Bright Red Colour

149 23 28
                                    

Aku mengerut muka menahan pedih. Anakku duduk di sofa sebelah tergelak-gelak melihat telatahku yang sedang dirawat ibu.

"Aduh...pedih Ibu.. slow-slow sikit" Kata aku bila melihat ibu mahu menenyeh lukaku dengan anticeptic. Aku menarik-narik lututku cuba mengelak.

" Menipu je pedih..kena pun belum lagi..cer duduk diam-diam kaki tu Zed.." Marah ibu.

"Pedihla ibu.."

"Memangla pedih..tahan la sikit..takkan matinya la.." Ibu terus menenyeh lukaku tanpa amaran.

"Aduh!!!" Aku menjerit kuat.

"Oh Mak kau.!!" Ibu melatah...Pap!! Ibu terus menampar peha kanan ku..Atas sikit dari tempat luka

"Ha tu ubat dia.! Menjerit macam ntah ke apa lagi.. Terkejut aku dibuatnya la.!...Nak kena lagi?" Ibu menjegilkan mata.

"Taknak..taknak..ok sory..sory" Jawab aku pantas..Sakit dowh kena tampar kat peha..

"Kamu tu dah jadi mak budak tapi perangai..macam budak-budak...Cer semenggah sikit perangai tu Zed..Buat malu je kat Sara tu." Ibu terus membebel sambil menyapu ubat ditempat luka. Aku hanya mencebik. Sara pulak hanya diam tidak menyampuk..Mana nak menyampuk mata tu tengah asyik tengok TV. Layan kartun.

"Ala orang nak manja-manja je dengan Ibu..itupun tak boleh."

"Banyak la kamu nak manja-manja...kamu tu takda penyakit pergi cari penyakit buat apa..Ha sekarang tanggungla sendiri...sampai berlubang kat lutut dengan siku"

"Ish ibu ni mana ada sampai berlubang pun.. luka sikit je ni..macam melecet je.."

"Seluar dengan Tshirt kamu." Jawab ibu selamba..

"Amboi..ibu ni loyar buruk tak ingat." Balasku. Ibuku hanya tersengih.

"Petang ni nak masuk kerja tak?" Tanya ibu

"Rasanya tak kot..Zed nak rehat jela.. Lagipun badan dah mula rasa sengal-sengal ni."

"Tu la nak jadi hero sangat..tak padan dengan awak tu perempuan." Bebel ibu lagi

"Ala sekali-sekala ibu..Anak ibu ni nak merasa jadi hero..fefeling jadi Captain America"

"Captain la sangat..baru sapu ubat udah terpekik terlolong...Lepas makan karang.. telan panadol extend tu..pastu rehat.."

"Ala malas la makan panadol."

"Kenapa pulak..dah tadi kamu kata sengal-sengal..Elokla makan panadol extend tu."

"Zed tengah peot(period) ni..karang makan panadol Zed lagi tambah sakit..Takpa la ibu kejap lagi Zed sapu yoko-yoko je" Jawabku. Tidak menjadi amalanku makan ubat tahan sakit jika sedang datang bulan. Kalau aku mengalami period pain, sakitku akan bertambah kuat dan kitaran haid aku akan terus berhenti oleh itu aku akan mengelak untuk mengambil sebarang jenis ubat tahan sakit.

"Ikut suka kamu la..Ha ni sorang lagi..Balik sekolah je tengok TV..asal balik je tengok TV!" Ibu berpaling pada Sara...Haih nasibla Sara hari ni.. hari bebel opah..Tadah jela telinga tu.

"Sudah!! Bangun Sara.. pergi..mandi..tukar baju..makan.. kejap lagi nak pergi sekolah agama pulak."Suruh ibuku kepada cucunya. Malas- malas Sara bangun dari sofa itu. Aku memerhati langkah Sara menaiki tangga menuju biliknya.

"Ibu masak apa hari ni.?" Tanya aku. Ibuku masih ralit mencuci luka di lututku.

" Ikan patin masak gulai asam tempoyak." Jawab ibuku. Terus kecur air liurku. Aku memang suka betul masakan gulai asam tempoyak...Tapi..

"Ikan patin kolam ke sungai ibu?." Tanya aku lagi. Aku tidak suka ikan patin kolam sebab rasa dia tawar dan lebih hanyir berbanding patin sungai..

"Patin sungai la. Temerloh mari...Cik Mah sebelah rumah tu bagi..Adik dia kan pengusaha patin sangkar. Baru ni adik dia datang sini ziarah.. tu yang di bawak sekali patin.. Cik Mah pulak sedekah kat kita dua ekor.." Terang ibuku. Lega aku mendengarnya. Kalau patin kolam tadi aku rela tak makan gulai tempoyak yang menggoda itu. Aku terus bangun dari sofa.

Cinta Versi KitaWhere stories live. Discover now