CvK 04 - Orang Minyak

213 20 20
                                    


Aku dan Joe Labu tiba di workshop Cahaya Emas Auto hampir 3 petang. Kami sempat makan tengah hari bersama di sebuah restoran makanan Indonesia di pekan Sungai Besi.
Semasa aku turun dari tow truck Joe aku didatangi oleh kembar Jalal dan Jalil. Mereka ni student dari Politeknik Ungku Omar Ipoh yang sedang menjalani latihan industri di workshop aku.

" Akak kenapa dengan kereta akak ni....?" Tanya salah seorang dari mereka bila melihat EK 9 di tarik Tow Truck

" Who's asking?" Aku bertanya kembali kepada mereka. Hampir 5 bulan mereka disini.. sehingga sekarang aku masih tak kenal mana satu Jalal mana satu Jalil.. aku pelik la macam mana mak bapak diorang boleh cam diorang ni.

" Jalal la kak.. apa la akak ni.. tak cam lagi ke kiteorang ni." Kata Jalal. Jalil ku lihat hanya sengih.

" Memang aku tak cam..aku tak nampak beza pun.. sama je aku tengok."

" Saya Jalal hensem sikit dari si Jalil ni.. apa yang susah nak camnye." Kata Jalal itu mengundang tamparan di belakang kepalanya oleh si Jalil.. Aku hanya ketawa melihat ulah si kembar.

"Ah sudah sudah.. korang berdua ni takda kerja nak buat ke?" Aku bertanya. Bukan apa aku taknak diorang makan gaji buta. Walaupun diorang student praktikal aku bayar kot duit alaun..

"Takde kerja la ni cari akak.. tengok EK 9 ni begitu menggoda untuk di operate..rosak ye kak..? Bagi kami la yang setel" kata Jalil pula

"Ohh no.. no...no.. korang belum sampai level nak pegang EK 9 ni.. level korang Proton dan Perodua je.." Kata aku sambil melambai jari telunjukku dihadapan mereka.

"Ala bile masenye kami nak expertnye. Asyik layan kereta yang sama je" kata salah seorang dari mereka. Aku terlupa sekali lagi mana satu Jalal mana satu Jalil.. dah la pakai uniform sama mana nak kenal.

"Oh nak expert ye... boleh.. sekarang korang tolong unhook kereta dari tow truck ni pastu tolak pergi ke two post lift sana.. Dah expert yang tu baru aku bagi blajar yang lain."

" Ala akak ni tak sporting la" Kata mereka serentak..Heran aku macam mane diorang boleh choreograph percakapan tu serentak..betul la kata orang naluri kembar ni kuat antara satu sama lain.

"Sporting morting..! Pergi buat ape yang aku suruh kalau tak..aku tak nak sign buku L.I korang." Ugut aku. Serentak itu mencicit mereka pergi melaksanakan arahan. Aku mengeleng kepala melihat telatah mereka. Terhibur.. seronokkan kalau aku ada anak kembar.. erkk.. melalut dah aku ni..celah mana nak datang anaknya.. aku pun tak tau.

"Bang.. aku naik dulu ye.. Zuhur blom lagi ni. Nanti upah tarik kereta ni macam biasa masuk bil"

Joe Labu yang sedang sibuk menurunkan keretaku dari tow trucknya hanya membuat sign ok dengan jarinya.

Aku segera naik ke ruang pejabat yang terletak di tingkat atas bengkel. Tiba di beranda aku meninjau sebentar suasana di workshopku tu. Dari situ aku boleh melihat mekanik mekanik ku sedang bekerja. Hmm banyak juga job yang masuk.. Alhamdulillah rezeki. Selain dari kontrak kontrak kerajaan bengkel ini juga menerima kereta persendirian untuk di baiki.

 Selain dari kontrak kontrak kerajaan bengkel ini juga menerima kereta persendirian untuk di baiki

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Cinta Versi KitaWhere stories live. Discover now