CvK 21 - Aina Samira

164 20 27
                                    

SEBULAN BERLALU : 

Rumah Taman Sri Endah, Sri Petaling,

"Ibu cukup ke cili ni?" Tanya aku was-was.

"Cukup la tu..kang pedas sangat, berulang ke tandas pulak korang."

"Ala bubuh 3 biji lagi ok kut..baru la umph." Jawab aku sambil mencampakkan tiga butir cili padi hijau kedalam blender. Suis blender itu aku tekan. Semua bahan-bahan untuk masak patin tempoyak dikisar sebati.

"Kamu ni nak jamu orang ke nak jamu tekak sendiri.?"

"Ala sekali la ibu..takkan la Ann yang sikit punya sado tu tak tahan pedas..baik simpan aje kesadorannya itu." Jawab aku tersengih.

"Lantak kamula..karang tercirit budak tu, kamu punya pasal." Ibu tak kuasa lagi melayan kedegilanku..Mana nak kuasa orang tua tu, bila aku minta dia ajar aku masak aku tak nak dengar pulak ajarannya..hehehehe

Hari ini, hari Ahad. Program utama hari ini adalah untuk menjamu Encik Adam Nazri Nasrulhaq a.k.a Ann,  makan tengah hari dirumahku..Ini semua idea ibu la ni.. beria sangat mengajak Ann tu makan kat sini konon-konon nak balas budi sangat..Bagi aku pulak, mengabihkan boreh den yo..

Yang mamat tu pulak satu hal .. bersungguh aku mengajak dia sejak sebulan yang lalu, tetapi dia mencipta pelbagai alasan untuk tidak menghadirkan diri...Sibuk la..outstation la.. demam la.. ada konvoi motor la..main futsal la...macam-macamla..menyampah aku dibuatnya..aku suruh datang makan je bukan pergi berperang..itu pun payah..

Yang ibu kat rumah ni pulak..asyik push-push aku suruh panggil Ann datang rumah..makan tengah hari..tak boleh makan tengah hari.. datang pagi, sarapan... tak boleh datang pagi..datang malam..diner...nasib baik tak suruh datang tengah malam untuk supper..hish naik pening aku dibuatnya.

Last-last malam tadi setelah aku mengajak untuk kesekian kalinya, akhirnya Ann bersetuju untuk datang makan tengah hari...Lega la aku dapat tunaikan permintaan ibu tapi datang pulak masalah baru, Ann nak aku sendiri yang masak..kalau tidak dia tak nak datang.. Jadi inilah yang aku sekarang tengah bersilat kat dapur ni.. 

"Woi..menung apa..? cepat masukkan kan bahan-bahan tu dalam periuk." Sergah ibu..Ibu aku ni pun tak kasi can langsung aku nak mengelamun sekejap . Cepat-cepat aku masukkan bahan-bahan yang diblender tadi kedalam periuk yang mengandungi air. Api dapur dihidupkan.

Setelah mendidih kuah tersebut, aku masukkan ikan patin yang sudah siap dibersihkan kedalam periuk. Ikan patin macam biasa ditaja oleh mak cik Mah sebelah rumah.
Aku masukkan juga bunga kantan dan beberapa keping asam gelugur kedalam periuk.

Tidak berapa lama kemudian gulai patin tempoyak aku pun siap. Aku menceduk kuah gulai dan beberapa ketul ikan kedalam mangkuk lalu aku hidangkan diatas meja.

Diatas meja makan itu sudah terhidang beberapa menu lain antaranya sotong goreng kunyit Ayam masak merah,  Kacang buncis goreng tiram dan puding jagung sebagai hidangan pencuci mulut. Kesemuanya adalah hasil air tangan aku.. Apa..? Ingat mekanik tak boleh jadi chef ke? See the leg la..

"Ok ibu.. Siap dah.. Amacam terer tak Zed masak? Ada macam chef tak?" Tanya aku sambil mengangkat-angkat kening ku. Niat untuk berbangga diri.

"Setakat masak simple-simple camni tak payah nak acah-acah chef la."Ibu mencebik bibirnya

"Simple-simple dah la.. Bukan nak menjamu putera raja..Ibu ni pun."

"Ini kalau ibu yang masak,  tak main la lauk-lauk macam ni.. Kurang-kurang beriani kambing ke..nasi ayam hainan..ke mee rebus daging ke..baru la special."

"Nak buat camne.. Si Ann tu mengada-mengada suruh Zed masak.. Ikutkan Zed..nak masak cekodok pisang je..bagi dia makan...biar padan muka dia." Jawab aku.

Cinta Versi KitaWhere stories live. Discover now