Part 2. Hipokrit

58K 2.1K 193
                                    

Beberapa minit kemudian...

Arman muncul di ruang hospital tersebut. Tanpa berlengah, Arman terus meluru ke arah Luna dan memeluk gadis itu. Arluna semakin sebak bila berada di dalam dakapan Arman. Arman pula cuba menenangkan kekasihnya itu.

"Jom, sayang. I bawa you ke satu tempat. I hope you boleh relax a bit," kata Arman.

"You fikir I boleh relax dalam keadaan sekarang?," balas Luna dengan riak bengang. Dia tertekan dan terlalu beremosi ketika ini.

Arman mengeluh dalam diam. Arman tahu dia perlu bersabar demi misinya. Sifat degil Luna harus ditandingi dengan kesabaran supaya dia dapat perolehi apa yang dia inginkan.

"Luna, I faham keadaan you. Tapi you tahu kan I pun sedih kalau you sedih. You tak rasa kesian pada I ke? I sedih sangat bila lihat keadaan you macam ni,"

Arman cuba pancing simpati Luna. Dan cara Arman berjaya apabila Luna dihurung rasa bersalah. Luna sedar yang dia baru sahaja melepaskan tekanannya pada Arman.

"Sorry, Arman," kata Luna perlahan.

Arman hanya tersenyum manis dan menggeleng 'no hal'.

"Dahlah tu, sayang. Jangan sedih-sedih. Sekarang ni jom ikut I. Lagipun BFF you dah tunggu kita untuk tenangkan hati you kat tempat yang I cakap tadi. Lama dia tunggu. Sara tu... you pun kenal dengan dia kan? Tak menyabar," kata Arman sambil mengeluh.

Arman cuba menceriakan keadaan.

"Okay," balas Luna dengan senyuman yang terpaksa diukirkan.
















DI Cafe Blue Hotel...

Sara segera menerpa ke arah Luna dan Arman yang beriringan masuk ke ruangan khas VIP tersebut.

Sara menayangkan wajah simpati.

"Luna!," sapa Sara dengan nada prihatin.

Mereka berdua berpelukan.

Luna sayang akan Sara, kawan baiknya yang sentiasa ceria. Manakala Sara tersenyum sinis sewaktu berpelukan tadi tanpa Luna sedar. Malangnya... Luna belum sedar akan satu kenyataan bahawa dia sebenarnya seorang yang polos.

Arman tergelak kecil dengan gelagat mereka.

"Duduk dulu," arah Arman lucu.

Mereka berdua tersenyum dan duduk. Segelas jus oren dihulurkan kepada Luna. Dan Luna menyambut huluran daripada Arman itu tanpa berfikir panjang.

"Minum dulu ya, sayang. Tenangkan diri," pesan Arman dengan lembut.

Gelas berisi jus oren itu di bawa ke mulut dan Luna minum jus tersebut sehingga habis. Serta merta senyuman Arman mekar. Senyuman sinis yang tidak terlihat oleh Luna.

Nasib baik Sara sedar akan senyuman Arman yang mempunyai niat buruk itu. Serta merta Sara rasa serba tak kena.

'Tak boleh jadi ni!,' fikir Sara. Geram.

Sara mahir sorokkan eksprasi serba tak kenanya. Dia berkalih ke arah Luna dan wajah prihatin mula ditayang lagi.

"You sabar ya. Semuanya akan kembali normal," pujuk Sara.

Luna hanya mengangguk perlahan. Tak lama kemudian, Luna mula rasa lain macam. Kepalanya memberat. Dia rasa bagaikan kepalanya berpusing. Arman yang sedar akan keadaan Luna mula menyoal dengan nada prihatin.

"You okay?,"

"Hm... I rasa peninglah. I nak balik," jawab Luna dengan nada perlahan.

Arman memandang ke arah Sara.

"Sara... I bawa Luna balik. You baliklah dulu. Okay, darling?," tanya Arman dengan nada manis.

Luna tidak dapat berfikir dengan tepat.

'Arman panggil Sara darling? Takkan lah,' rumus Luna. Pandangannya agar berpinar. Luna juga rasa telinganya ada masalah.

Arman memapah Luna bangun kemudian Sara juga bangun. Sara tersenyum manis kepada Arman. Arman menghampiri Sara dan mengucup pipinya.

Wajah Luna berkerut.

'Did they just kiss?' soal Luna separuh sedar. Luna bagaikan keliru dengan pandangan sendiri.

"I hantar this girl dulu nanti I jumpa you balik okay," kata Arman kepada Sara.

"Okay," balas Sara ringkas. Hatinya yang penuh gundah cuba disembunyikan.

Sara menggalas beg tangannya sebelum meninggalkan Arman dengan Luna.

Sebaik sahaja Sara keluar dari bilik VIP cafe itu, Arman tersenyum. Arman tidak brrniat untuk menghantar Luna pulang sebaliknya Luna dipapah dan dibawa ke tingkat atas.

Salah satu bilik hotel yang biasa ditempahnya Arman...

Luna dibawa masuk ke bilik tersebut. Pintu ditutup. Luna yang sedikit terhuyung-hayang didudukkan diatas katil. Sebaik sahaja tiada sesiapa selain mereka berdua... Belang sebenar Arman munculkan.

"Kau perempuan yang menyusahkan! Kalau papa tak suruh aku buat baik dengan kau jangan harap aku nak layan perangai keras kepala, degil, dan ego kau! Menyusahkan. Dah la aku nak pegang sikit pun dah melenting! Bosan! Kau tak macam kawan kau tu. Dia tu mudah. Aku suka Sara sebab dia tak macam kau! Tapi tak apa...," luah Arman dengan nada sinis.

Wajah Luna dipandang dengan pandangan yang menjijikan. Luna yang duduk diatas katil itu dihampiri langkah demi langkah.

"Hari ni aku akan dapatkan apa yang aku nak daripada kau," kata Arman sambil ketawa besar.








The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now