Part 39. Luthfia Amisya Binti Luth Zariel

51.3K 1.9K 192
                                    

Semua terdiam.

Tergamam apabila mendengar permintaan Isya yang satu itu. Terbukti Isya memang anak kecil yang pintar.

Semua dewasa di situ terkedu kerana bicara si kecil. Tak menduga itu yang Isya minta. Que pandang Luna untuk melihat reaksi dia.

Luna hanya diam. Airis dan Arif memandang Luna dengan pandangan serba tak kena.

"Luna..," panggil Arif teragak-agak.

"No," balas Luna sepatah. Hanya perkataan itu keluar daripada mulut Luna. Nada Luna tegas.

Sekali lagi suasana sunyi. Selain Arif dan Airis, tak ada sesiapa tahu tentang hubungan Luth Zariel dengan Luna.

Arif memandang Luna dengan pandangan kecewa. Dia tidak setuju dengan keputusan Luna ini. Luna yang sedar tidak terjejas. Dia terlalu dikawal perasaan.

"Jangan harap, Arif. Never!," kata Luna dingin. Nekad dan serius.

Arif terus terdiam. Belum sempat dia nak cakap apa-apa lagi Luna dah tutup mulut dia. Arif tahu Luna tak nak lelaki itu tahu kewujudan Isya. Arif faham. Tapi pada pandangan Arif, Zariel berhak tahu.

Tapi Arif tak berani nak ujarkan sekarang. Tengok saja perubahan ketara Luna bila sebut pasal perkara ni. Belum sebut nama pun dia dah naik angin.

Mereka yang tak tahu apa-apa cuma boleh agak Arif tahu identiti misteri papa kandung Isya. Dan jelas Luna tak nak papa Isya jumpa Isya. Tapi mereka tak tahu kenapa. Siapa? Sebab apa? Mereka yang lain tak tahu... Dan mereka membuak dengan rasa nak tahu!

"Mama... Isya nak papa," rayu Isya sayu.

Luna buat-buat tak dengar apa yang Isya pinta. Luna gendong dan peluk anaknya itu dengan penuh kasih. Luna tidak bencikan Zariel tetapi dia benci dan marah pada perbuatan Zariel.

Itu yang buat dia jadi kejam.

"Papa Isya takkan mampu sayang Isya. Papa tak baik. Isya nak ke kawan dengan orang macam tu?," soal Luna lembut.

Terkedu semua. Lagi-lagi Arif. Wajah Arif berubah.

"Arluna!," tegur Arif keras.

"Kenapa?," soal Luna sambil tayang wajah tak bersalah.

Arif mengeleng kepala kesal. Tak sangka Luna boleh jadi seorang yang kejam sampai macam ni sebab Zariel.

"Tak baik kau cakap macam tu pada budak kecil. Tak baik kau burukkan papa dia. Papa Isya tak seteruk tu untuk kau burukkan dia depan anak dia sendiri. Lagipun papa Isya tu--,"

"Arif,"

Luna memberi amaran kecil tanda jangan teruskan. Que dan yang lain nak tahu sambungan ayat Arif tapi mereka hanya mendapat kehampaan.

"Mama...," panggil Isya teresak-esak.

Tersentak Luna. Terus perasaan bersalah menerpa.

"Papa Isya jahat ke mama?," soal Isya polos. Sedih.

"Tak, Isya. Papa Isya baik. Hebat. Nanti Uncle Arif bawa Isya jumpa papa Isya," pujuk Arif lembut.

Betul apa dia cakap. Sekurang-kurangnya Zariel tak suruh Rezo belasah dia dulu walaupun Zariel cemburu dan marah pada dia. Luna hanya diam sambil mengusap rambut Isya dalam dukungannya. Terus saja Isya tersenyum nipis mendengar jawapan Arif.

"Isya sayang Uncle Arif!,"

Wajah Isya jadi ceria semula. Semua yang ada di situ mula tersenyum lega. Luna turut tersenyum melihat wajah Isya semula. Kesedihan Isya boleh bunuh hati dia dari dalam. Pedih. Sakit yang tak mampu dia tahan.






The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now