Part 48. Kisah Luna Dibuka

48.6K 1.8K 160
                                    


Sampai di luar pagar rumah...

Luna keluar dari kereta. Zariel turunkan tingkap belah pemandu.

"Luna,"

Luna menoleh. Tingkap dihampiri. Zariel tersenyum nipis sambil menghulurkan tangan. Dan Luna menyambutnya dengan senyuman manis. Tangan suaminya disalam. Rindu terlakar di wajah masing-masing sebelum riak biasa ditayang semula.

"Assalamualaikum, honey. Bye," kata Zariel perlahan.

Luna menjawab salam sebelum menghadiahkan senyuman dan masuk ke dalam kawasan pagar rumah yang terbuka.

Kereta Zariel terus meluncur laju beredar dari situ. Luna tak mampu tahan senyuman yang terlakar di bibir manisnya.


"LUNA!," panggil Riana kelam kabut sebaik sahaja figura Luna memasuki rumah.

Luna terpinga. Baru masuk rumah dah kena terjah. Apa cer?

"Tu siapa yang hantar kau? Bukan kereta Faozan kan? Tak silap aku kereta Faozan lain. Gila buta kalau aku tak dapat bezakan kereta Faozan dengan kereta mahal tadi tu. Siapa hantar kau balik?," soal Riana serius. Hairan.

Luna rasa semuanya dah perlu dihuraikan.

"Tak lama lagi, aku rasa... Aku akan pindah dengan Isya dari sini," kata Luna.

Bulat mata Riana tak sangka. Terkejut dengan kenyataan tiba-tiba ini.

"A-apa kau cakap? Maksud kau?," soal Riana meminta kepastian.

"Tak perlu dah kau lepak sini jaga Isya kalau aku kerja. Lepas ni kau tak payah susah-susah dah. Seronok lah kau," gurau Luna sambil tergelak hambar.

Luna dah lama duduk sini jadi dia sedih juga nak tinggalkan semua ni. Riana mengeleng perlahan.

"Apa yang susahnya? Aku sayang Isya macam anak aku. Apa lah kau ni. Apa maksud kau sebenarnya?," soal Riana geram.

Dia tahu Luna gelak sedih bukan berjenaka ceria seperti biasa. Luna duduk di atas sofa. Riana yang terjah Luna tadi ikut Luna duduk di ruang tamu. Nakkan penjelasan.

"Aku ada suami,"

Akhirnya Luna membongkarkan hidup dia.

"Aku dah kahwin," tambah Luna.

Wajah terkejut dan tergamam Riana tak dihiraukan.

"Isya tak berbintikan Abdullah macam yang kau fikir," terang Luna.

Riana hanya terkelu tak mampu nak komen. Tetapi sekurang-kurangnya dia bersyukur sebab Isya ada bapa kandung. Riana lega. Anggapannya yang Luna seorang perempuan yang baik juga betul.

"Dan sekarang papa Isya nak aku kembali pada dia," sambung Luna.

Riana hanya mampu diam.

"Si-siapa suami kau?," soal Riana.

"Suami aku tu...,"

"Siapa?," potong Riana tak sabar.

"Luth Zariel," jawab Luna perlahan.

Reaksi Riana sudah dijangka. Riana melopong dan merjerit tak sangka. Jujur Riana tak boleh hadam perkara yang paling dia tak sangka.

"Ma-cam mana?," soal Riana hilang kata.

Luth Zariel yang itu? Luth Zariel yang kaya raya, rupa macam movie star, badan macam model, dingin dan tak pernah senyum tu? Businessman terkenal yang private gila pasal life dia tu?

"Tiga tahun lepas... kami ada salah faham. Dia mengamuk dan aku hampir keguguran. Lepas tu dia buang aku dari hidup dia. Waktu tu aku dan Zariel tak tahu yang Isya wujud dalam rahim aku," cerita Luna ringkas.

The Unexpected LifeTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon