Part 62. Dato' Qair

43K 1.5K 84
                                    

Luna teresak kecil.

Bila ingat tentang Dato' Qair... Luna jadi sebak. Luna rindukan ayahnya.

Zariel yang keluar tadi masuk semula kerana mendengar suara Luna yang tersendu-sedan. Zariel tak sangka Luna menangis. Cepat-cepat dia dekati Luna di katil.

"Kenapa?," soal Zariel.

Zariel pandang Que.

Cepat-cepat Que menggeleng tanda dia tak bersalah.

"A--aku,"

Que cuak dan Zariel risau.

Esakan Luna makin kuat. Bahu Luna dipeluk lembut. Zariel duduk di sisi Luna.

"Kenapa, honey?," soal Zariel prihatin.

Que tersenyap dengan cara layanan Zariel pada Luna. Que minta diri untuk keluar. Bagi ruang pada mereka berdua. Lagipun dia tak sanggup nak stay dalam tu.

"Hubby, honey rindu pa-papa," teresak-esak Luna.

"Janganlah nangis, Luna,"

Bila Zariel tak layan apa yang dia cakap, Luna makin sedih. Esakan dia makin menjadi-jadi! Zariel dah mula gosok tengkuk. Tak tahu nak buat apa.

"Luthfia terjaga nanti kalau bising honey nangis," nasihat Zariel.

Bila dia dikatakan bising, terus Luna bangun dari situ dan lepaskan tangan Zariel yang berlabuh di bahunya. Luna nak keluar dari bilik itu tapi Zariel menghalang. Tangan Luna ditarik lembut.

"Janganlah merajuk,"

"Saya bising kan?," soal Luna geram.

Basah pipi Luna dengan air matanya. Tapi Luna tetap nampak cantik di mata Zariel. Luna makin comel dengan mata berkaca. Tapi Zariel tak suka lihat air mata di wajah isterinya itu.

"Nanti hubby bawa honey,"

Mata Luna bersinar. Membulat. Tak percaya dengan apa yang dia dengar.

"Bawa ke mana? Jumpa papa?!," soal Luna teruja.

Zariel mengangguk perlahan. Wajah Zariel nampak agak kusut.

"Kejutkan Luthfia. Nak balik dah ni. Kejap lagi nak singgah kat satu tempat pula," kata Zariel.

Luna hanya akur dengan teruja. Isya dikejutkan lembut.

"Comel mama ni... bangun sayang,"

Isya menggeliat kecil. Mulut ditutup apabila dia menguap. Mata bulatnya digosok-gosok bagi menghilangkan mamai.

"Mamaaa,"

"Ya, Isya?," soal Luna penuh kasih.

Tiba-tiba Isya cakap sesuatu dalam mamainya.

"Tak nak!," tiba-tiba Isya membentak kecil.

Mukanya serius. Wajah Zariel dan Luna hanya terpinga.

"Apa yang Isya tak nak?," soal Luna pelik.

"Tak nak adik!," jawab Isya sambil menahan sebaknya.

Zariel tergelak. Luna hanya terdiam sambil buat muka hairan.

"Kenapa tiba-tiba je cakap pasal tak nak adik ni, sayang?," soal Luna kepada Isya dengan lembut.

Isya mengeleng-geleng. Tak nak betul adik gayanya. Zariel tergelak cuma.

"Anti adik comel agi ari Isya, papa mama tak ayang Isya agi ane?," soal Isya dalam sebak.
(Nanti adik lagi comel dari Isya, papa mama tak sayang Isya lagi macam mana?)

The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now