Part 4. Permulaan

58.3K 2.2K 44
                                    

Zariel hanya tersenyum sinis apabila terdapat seorang wanita di dalam bilik hotelnya sebaik sahaja dia selesai mandi.

Hari ni Zariel ada urusan di syarikat berdekatan jadi dia terus check-in hotel sebab malas pulang ke rumah.

Namun... malam yang tenang untuk berehat di sini dikacau.

Ini antara situasi yang paling Zariel menyampah. Maybe lelaki lain takkan lepaskan peluang. Kucing takkan pejam mata apabila ada hidangan yang tersedia untuk dia.

Apatah lagi ikan... bukan? Alim mana pun kucing, dalam situasi ni... mungkin melayang juga iman.

Tapi bukan untuk kucing jantan seekor ini.

Luth Zariel doesn't gives a damn care about girls.

Perempuan yang sedang berdiri itu dikerling sekilas.

Zariel tahu perempuan ini agak berbeza. Dari segi cara pemakaian dan aura memang bukan seperti perempuan-perempuan yang cuba menggodanya sebelum ini. Zariel tahu mereka semua diupah oleh musuh-musuh perniagaan yang mahu menjatuhkan dia.

Bukankah kelemahan lelaki ialah wanita? Entah betul ke tak...

Tapi mereka tersilap. Tak mungkin dia akan tunduk pada wanita. Nafsu tak mampu kalahkan ego sendiri. Ego Zariel umpama runtuh kalau dia kalah pada godaan wanita. Honey trap takkan berguna pada dia.

Semua cubaan sebelum ini gagal. Lagipun tiada siapa yang mampu menggetarkan jiwanya. Semuanya murah dan tiada harga diri! Mereka tak mampu hampiri level dia.

Perempuan kotor.

Jadi...

Zariel agak hairan dengan pakaian perempuan ini yang bergaya dan tidak terlalu seksi. Aura perempuan ini juga tidak seperti seorang betina murahan. Kalau wanita ini tidak dihantar untuk mengoda dia macam mana perempuan ni boleh tersesat masuk bilik dia? Kan...?

Zariel mula bosan.

"Keluar," arah Zariel dengan nada perlahan namun cukup dingin dan tegas.

Luna tergamam. Dia tak tahu apa yang dia perlu lakukan sekarang. Luna masih tidak berganjak. Arahan Zariel menakutkan Luna tapi dia tak mampu turuti. Terpesona dengan rupa dan figura seorang Luth Zariel itu normal tetapi perasaan yang Luna rasa sekarang ni tidak.

Zariel jadi panas hati bila arahannya diambil remeh. Siapa yang berani sangat ni?

"Baik kau keluar sendiri sebelum aku heret kau," kata Zariel dengan nada tegang.

Luna sekali lagi mengabaikan arahan Zariel. Dia tak ada masa nak dengar apa yang Zariel cakap. Luna rasa panas. Tekaknya haus.

"Encik, tolong saya...," nada suara Luna sayu dan mendayu.

Zariel mengeluh. Permainan apakah ini?

"Aku tak rasa kau tak kenal siapa aku jadi baik kau berambus sekarang," ugut Zariel apabila mula bosan.

Pandangan mata Luna berkaca. Zariel dapat buat kesimpulan bahawa Luna bukan calang-calang orang. Auranya menawan dan menarik. Wajah dan figuranya cantik sempurna.

Bagai seorang puteri.

Zariel yakin untuk mana-mana lelaki menolak seorang wanita seperti Luna amatlah susah. 'Pihak yang hantar perempuan ni bukan calang-calang orang,' rumus Zariel.

Zariel tidak jadi berkeras. Agak terkesan dengan pesona Luna. Dia juga tidak terkecuali; terjejas dengan pesona Luna. Dengan wajah tanpa perasaan Zariel menyoal...

"Apa yang kau nak?," tanya Zariel.

Arluna menarik nafas lega.

"Air. Saya nak air," jawab Luna dengan nada terdesak.

Luna rasa sangat panas. Luna harap segelas air mampu hilangkan bahang yang dia rasa. Tapi Luna silap, dia perlukan sesuatu yang dia tak tahu apa.

Zariel menghulurkan gelas yang berada dimeja bersebelahan dengan katilnya. Dengan pantas Luna menyambut dan meneguk air mineral yang ada.

Malangnya... rasa panas yang dirasainya belum hilang.

Tanpa berfikir panjang, Luna menanggalkan gaun putih yang dipakainya.

Zariel tergamam.

Luna bagaikan hilang kawalan. Dia sendiri tidak tahu apa yang dia lakukan. Dia bagaikan hilang pertimbangan. Ini bukan kehendak dan pilihan dia sendiri.

Sebaik sahaja gaun itu menyentuh lantai...

Saat itu juga Zariel tahu yang dia dah kalah. Bau wangian lembut Luna buat Zariel terbuai. Aura Arluna Aisyah mendominasi ruangan ini. Luna mendekati Zariel dengan senyuman. Zariel masih terdiam. Luna menolak lembut bahu Zariel dan Zariel terjatuh dengan mudah ke atas katil.

Luna tahu Zariel menyerah.

Tanpa dapat ditahan... Zariel menarik tangan Luna dan kali ini Luna yang terbaring.

Arluna tersenyum sambil memandang wajah Zariel dihadapannya dan untuk pertama kalinya...

Zariel kalah pada aura seorang gadis.













The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now