Part 28. Dugaan 4.0

41.3K 1.6K 61
                                    


Zariel melangkah masuk ke dalam rumah. Seperti biasa, dia baru pulang dari pejabat. Tiba-tiba langkahnya terhenti bila sesuatu benda lembut terasa di kaki seluarnya.

Zariel memandang ke bawah. Ada seekor kucing putih sedang mengiau dan bergesel di kakinya. Spontan Zariel tersenyum kecil. Mood dia jadi sedikit baik. Kucing putih gebu berbulu lebat itu diangkat tinggi.

"Fluffy," sapa Zariel.

Nayla yang baru turun dari tingkat atas itu terus menuju ke arah Zariel. Nayla tersenyum lebar.

"Sorry kalau menyusahkan. I rindu sangat dengan Fluffy... tu yang I ambil dia dari hotel kucing. Boleh kan kalau I bela dia di sini?," tanya Nayla penuh mengharap.

Zariel diam sekejap lalu mengangguk. Nayla mengambil alih Fluffy dan kepala Fluffy diusap lembut sambil tersenyum manis.

"Teringat kenangan kita dulu setiap kali I tengok Fluffy. You kan yang beri dia sempena hari jadi I. Kita sama-sama minat kucing. Sweet betul memori lama kita waktu bercinta dulu. Rindu sangat-sangat. Fluffy dah macam tanda cinta you pada I. How sweet?," ucap Nayla perlahan.

Zariel hanya diam. Dia teringat semuanya bila Nayla cakap macam tu. Bukanlah romantik mana pun Zariel dulu. Lagi romantik dia dengan Luna. Zariel dah lupakan kisah dia dengan Nayla sebab semua tu tak penting bagi Zariel. Fluffy ini hanya kucing di tempat perlindungan haiwan yang dia nak selamatkan waktu itu.

"Dah jadi sejarah. Kau sendiri kata kenangan. Dulu. Dah berlaku," kata Zariel lalu terus tinggalkan Nayla di situ.

Dia menaiki tangga untuk ke tingkat atas.

"Zariel!," panggil Nayla.

Zariel menoleh.

"Ya, kita dah tak ada apa-apa. Tapi you masih sayangkan Fluffy kan?," tanya Nayla sedikit berdebar.

"Mestilah," jawab Zariel sepatah lalu teruskan langkah menaiki tangga.

Nayla tarik nafas lega. Harapan masih ada. Puas hati dia bila Zariel masih sayangkan tanda cinta mereka. Bagi Nayla itu tanda Zariel masih sayang dia. Nayla akan gunakan Fluffy untuk ungkit balik hubungan mereka.

Di bilik...

Zariel buka WhatsApp. Tak sempat dia nak periksa apa-apa pesanan yang ada. Dah ada pesanan baru yang masuk dari Luna. Luna chat untuk maklumkan yang dia balik agak lewat hari ni. Balik lewat lagi. Hampir setiap hari macam ni.

Zariel mengerutkan dahi. Luna terus dihubungi. Lambat betul panggilan hendak bersambung. Akhirnya Luna mengangkat, Zariel terus menerpa dengan soalan.

"Tak nak balik lagi ke?," soal Zariel.

"Cepatlah oder dulu, Luna. Airis kau pun,"

Kedengaran satu suara lelaki.

'Arif,' fikir Zariel.

"Awal lagi lah. Belum puas melepak ni," jawab Luna selamba.

Ayat macam orang bujang kan? Luna buat rolling eye. 'Biar Nayla tu jadi bini Zariel. Dia kan beria sangat terhegeh-hegeh.' Luna memerli.

Nasib lah. Selagi Nayla tinggal dalam rumah tu, susahlah Zariel nak nampak muka Luna. 'Padan muka. Nak sangat kan,' fikir Luna bengang.

"Rumah awak tu kan ada penghuni lain. Malas nak balik awal-awal. Kalau saya tak ada lagi senang hati agaknya orang rumah awak. Awak kan pentingkan sangat si Nayla tu. Saya beri kerjasama yang sangat baik. Bagus kan saya?," duga Luna sinis.

The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now