Part 32. Hi Que, Bye Zariel

45.8K 1.8K 66
                                    


Gelap. Luna cuba buka kelopak matanya yang terasa berat. Arh. Silau.

'Aku kat mana ni?,'

Luna cuba bangun. Namun badan dia terlalu lemah untuk gerakan itu.

"Jangan bangun, Luna," halang seseorang dari tepi katil.

Suara yang familiar itu buat Luna baring semula. Luna tak jadi nak duduk. Lagipun macam lah dia larat. Badan Luna terasa tak bermaya. Lembik.

Perlahan-lahan ingatan Luna mula stabil. Perkara terakhir yang Luna ingat ialah hangatnya sinaran matahari di luar bangunan SLR Holdings.

Luna memandang syiling di atas. Mm. Dia pengsan di tepi jalan.

Zariel.

Satu persatu ingatan mula muncul. Luna mula menangis sekali lagi apabila kata-kata yang dilemparkan Zariel terngiang-ngiang. Kata-kata kesat dan penghinaan yang dilemparkan Zariel tanpa memikirkan perasaan dia. Memang betul Zariel ada sakitkan Luna... tapi yang paling terluka adalah hati dia.

Baru Luna sedar... sesenang ni Zariel boleh buang dia sebab dia hanya menumpang dalam hidup Zariel.

Que sedikit tergamam melihat Luna mula teresak-esak.

"Luna, awak okay tak ni? Kenapa awak nangis? Dah. Dah. Jangan nangis. Jangan stres... tak baik untuk kesihatan dan kondisi awak sekarang," pujuk Que selembut mungkin.

Que tak nak tanya apa yang berlaku. Dia terkejut bila nampak Luna semalam. Luna sedang berjalan lemah di tepi jalan yang berdekatan dengan SLR Holdings.

Terus dia berhentikan kereta. Sebaik sahaja dia hampiri Luna, Luna terkulai tak sedarkan diri. Mujur takdir dia bawa dia melalui kawasan itu pada waktu itu. Kalau tak entah apa jadi pada Luna.

Luna baru tersedar sesuatu.

"Que?," Luna tak sangka Que boleh ada di sini.

Que tersenyum nipis sambil mengangguk. Luna terkelu. Macam mana Que--Kenapa Que ada di sini?

"Saya jumpa awak kat tepi jalan. Saya terus bawa awak ke hospital waktu awak pengsan,"

"Kenapa saya boleh pengsan...? Doktor cakap apa?," tanya Luna.

Que tersenyum nipis. Wajah Luna dipandang lama tanpa menjawab. Seperti cuba membaca fikiran Luna.

'Kenapa Que pandang aku macam tu?,' Luna jadi serba tak kena.

Lama Que senyap.

"Awak hampir... keguguran. Awak alami pendarahan," jawab Que dengan nada tenang.

Bang!

Luna tergamam. Dia rasa macam ada orang tembak jantung dia saat itu.

Luna tersentak sebelum perlahan-lahan mengukir tersenyum pahit. Mata dipejam seketika untuk elakkan air mata semakin lebat. Luna tak tahu apa yang dia rasa sekarang.

Bahagia? Sedih? Atau kecewa? .

Perasaan Luna bercampur baur. 'Apa patut aku buat, Ya Allah?,'

"Sa-saya me-mengandung?," soal Luna lagi dengan rasa tak percaya.

Que mengangguk perlahan.

"Dah dua bulan lebih kata doktor," jawab Que.

Air mata makin Luna mengalir deras akhirnya.

"Apa patut saya buat? Saya dah tak ada apa-apa sekarang ni. Tempat bergantung, duit, rumah, keluarga, kerja... kosong! Saya dah tak ada apa-apa! Dan sekarang awak cakap saya mengandung?!," soal Luna dalam keadaan beremosi. Luna tertekan.

Luna tak sedar yang dia tengah luahkan perasaan stres dia pada Que. Luna menangis teresak-esak.

'Za-Zariel dah buang aku. Sekarang ni aku dah dibuang dari hidup dia bersama baby yang ada dalam kandungan aku ni. Macam mana hidup aku lepas ni? Dah lah Zariel tak tahu apa-apa pasal kandungan ni. Kalau dia tahu pun?,'

Luna tergelak pahit.

Que hanya biarkan Luna melayan perasaan. Dia bagi Luna ruang untuk lepaskan segala-galanya. Que tahu Luna perlu tenangkan diri. Dia hanya akan mendengar dengan setia. Mengharap hati Luna akan menjadi lebih tenang.

'Kalau dia tahu pun pasal ni mungkin dia akan makin bencikan aku. Apatah lagi baby ni. Dari dulu lagi Zariel tak suka budak-budak. Zariel memang tak ada plan nak ada anak. Kalau tak, tak adanya dia guna protection setiap kali--Di mana silapnya? Kalau Zariel tahu mesti keadaan jadi lebih teruk.

Aku tak mampu buat apa-apa sekarang. Merempat ke aku lepas ni? Apa nasib aku dan baby nanti?,' Luna berbicara pada diri sendiri dalam hati.

Tangan Luna menyentuh permukaan rahimnya yang berlapik baju. Dalam ni ada benih yang bernyawa.

Anugerah daripada Allah.

Hasil daripada hubungan mereka yang sah.

'Aku patut terima dia dengan rasa gembira dan teruja. Kan?,' Soal Luna sebak.

'Aku akan jadi seorang ibu.' fikir Luna masih tak percaya.

Walaupun tanpa dia...

Luth Zariel.




Que p.o.v.

Luna, saya nak sangat tahu segala-galanya.

Benih siapa yang awak kandungkan?

Apa yang dah jadi dalam hidup awak?

Kenapa awak cakap awak akan merempat?

Macam mana awak boleh alami pendarahan?

Apa yang awak buat kat jalan semalam dalam keadaan teruk macam tu?

Saya terluka dengan kenyataan yang awak mengandungkan zuriat lelaki yang saya sendiri tak kenal. Pelik kan? Saya tak tahu kenapa saya rasa macam ni. Tapi apa saya boleh buat?

Saya nak tahu... awak telah buat kesilapan besar dengan berzina ke? Kalau bukan kenapa reaksi awak macam sedih dan terluka dengam berita ni? Anak yang awak kandung ni anak luar nikah ke?

Atau... awak dah bersuami? Awak dah kahwin ke? Tapi kenapa awak kata awak berseorangan sekarang?Awak dah bercerai ke? Kalau ya kenapa?

Ahh. Saya dipenuhi dengan soalan nak tanya pada awak tapi saya tak boleh nak tanya dalam keadaan awak sekarang. Penyibuk betul rupanya saya ni. Sejak bila saya jadi macam ni? Kenapa pada awak je saya macam ni?

Apa tak kena dengan aku?

Emosi awak masih belum stabil. Lagipun kalau boleh saya tak nak buat awak lagi sedih atau tertekan. Saya pun tak nak terluka mendengar jawapan awak. Jadi lebih baik saya diam.

"Que... tolong saya. Tolong hapuskan rasa ni. Saya rasa macam tak mampu nak teruskan hidup dengan semua ni!," luah Luna.

Aku terus tersentak. Terkejut dengan apa yang Luna ujarkan. Tak! Luna tak boleh putus asa dalam hidup. Aku akan pastikan. Luna tak boleh putus ada.

"Luna... Awak sedar tak apa yang apa cakap ni? Dah. Jangan cakap macam tu. Tak baik. Jangan risau. Saya akan jaga awak," janji aku seikhlas hati. Dengan penuh serius.

Habis melayang topi ketenangan aku menghadap Luna. Luna ni siapa? Kenapa dia dapat buat aku jadi macam ni?

























The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now