Part 36. Kerjaya Baru

44.7K 1.7K 135
                                    

Sebulan kemudian...

Que tekan loceng rumah. Tersenyum Que melihat Luna dengan perut bulatnya buka pintu untuk dia. Terlalu comel pemandangan ini.

"Riana mana? Kenapa awak yang bukakan pintu? Awak tu dah sarat. Beberapa minggu je lagi nak due," tegur Que risau.

"Tak apa. Saya mana boleh duduk diam je. Kena bergerak juga. Kira exercise lah," balas Luna sambil tersengih.

Que hanya boleh mengalah bila degil Luna datang. Luna mengeleng kepala tengok barang yang dibeli Que. Pakaian Luna dan baby. Keperluan, mainan, dan pelbagai lagi. Susah kalau kaya sangat rupanya. Over betul bab membeli ni.

"Que... hari tu kan awak dah beli? Buat apa banyak-banyak? Awak ingat saya mengandung anak kembar empat ke?," bebel Luna sambil menggeleng perlahan.

Bilik khas untuk bayi dah penuh dengan barang-barang. Setiap kali datang mesti penuh tangan dengan beg shopping mall, macam perempuan. Kuat sangat membeli.

"Hadiah dari uncle Que dia. Biarlah," balas Que selamba. Ayat yang sama setiap kali kena bebel.

"Macamlah awak tahu perempuan ke lelaki baby nanti," kata Luna.

"Don't worry. Beli je dua-dua senang," jawab Que mudah.

Luna hanya diam mengalah. Dia segan sebenarnya tapi Que acah tak faham. Akhirnya Luna redha je. Duit Que, bukan duit dia. Ikut Que lah nak buat apa.

Que angkut semua barang-barang tu masuk. Luna mengikut di belakang. Kemudian Riana muncul di ruang tamu. Tersengih lucu Riana. Gelagat yang sama je Luna dan Que ni tayang setiap hari.

Riana tolong Que bawa barang-barang bayi itu ke bilik bayi. Setelah selesai, mereka bertiga lepak di taman mini di luar. Rian ada di rumah sebelah. Riana baru je datang tadi.

"Luna, saya dah ada job untuk awak. Tarikh sesuai. Lepas awak habis pantang baru mula shooting," maklum Que.

"Cerita apa? Besar ke?," tanya Luna teruja dalam cuak.

"Drama. Slot Akasia. Watak utama," jawab Que tanpa rasa bersalah.

Terlopong Luna. Riana terjerit tak percaya dengan perangai gila Que. Muncul dah perangai gila dia. Ada ke patut pertama kali Luna dia suruh berlakon watak besar macam tu. Kalau tak jadi lakonan Luna malu je. Tapi Que dah fikir panjang. Dia takkan bertindak melulu sebab dia dah fikir habis-habis. Que tahu tahap mana potensi Luna.

"Jangan risaulah. Anggap je batu loncatan untuk awak cepat terkenal. Drama ni memang akan jadi big hit sebab pelakon lelaki utama drama ni terkenal. Ramai akan tonton drama ni. Jadi ramai orang akan terus kenal awak. Luna, you can do it!," pujuk Que.

"Pressure lah," keluh Luna.

"Awak boleh buat, Luna! Saya yakin," sokong Riana.

Luna tersenyum. 'Ya. Dengan sokongan kau orang aku boleh,' Luna cuba yakinkan diri sendiri.

"Kalau cerita ni berjalan lancar. Luna... awak boleh jadi viral dan sebutan ramai dalam sekelip mata. Mesti lepas ni awak akan dapat tawaran berlakon tanpa bantuan saya dah," kata Que lagi.

Luna hanya mengangguk perlahan.







....


































Tiga tahun kemudian...

Suasana petang di taman bunga ini sangat nyaman.

Luna beriringan dengan seorang jejaka kacak yang memakai t-shirt polo berwarna hitam dan seluar jeans biru gelap.

The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now