Part 41. Cuitan

47.2K 1.9K 77
                                    

Luna mula gelabah dengar soalan Riana. Apa dia nak jawab?

"Riana, aku peninglah tiba-tiba. Aku naik atas dulu eh. Kau lepaklah seorang tengok TV," kata Luna dengan nada kalut lalu terus bangun dan menuju ke tingkat atas tanpa menunggu reaksi Riana.

Riana terdiam melihat reaksi Luna. Walaupun bakat berlakon Luna tak dapat dinafi tetapi Luna sangat tak reti menipu. Kalau Luna cuba sekali pun orang yang rapat dengannya akan dapat kesan.

'Apa sebenarnya rahsia hidup kau, Luna?,' soal Riana sendiri.

Luna ditingkat atas hanya mampu mengeluh kecil. Dia duduk lemah di atas katil biliknya.

"Sampai bila hidup aku akan macam ni?," soalnya sendiri.

Luna tak sabar nak tunggu pengakhiran kisah serabut dia ni. Luna nak hidup tenang. Dia tertanya-tanya apa yang akan jadi di akhir semuanya.

Dan sekarang yang dia risaukan ialah...

"Apa aku nak buat dengan gosip aku dengan Zariel ni?," fikir Luna risau.

Serabut dia dengan hal ni.







Que membaca artikal berkenaan kisah Luna itu dengan tenang. Kisah dia, Zariel, dan Luna. Que tersenyum nipis. Senyuman yang menyembunyikan perasaan sedih dia. Tiada orang tahu apa yang dia rasa.

Telefonnya di meja berbunyi. Panggilan itu dijawab.

"Waalaikumussalam," salam dijawab.

"Ya. Saya dah tahu pasal gosip itu. Jangan risau. Petang ni kita bincang,"

Kemudian talian diputuskan oleh pemanggil. Que tersenyum nipis.

'Tak ada sesiapa pelik ke kenapa baru sekarang gosip pasal Zariel muncul? Dah lah gosip dunia hiburan pula tu. Zariel takkan biarkan kalau dia tak nak semua ni heboh. Syarikat dan wartawan tiba-tiba berani buat cerita pasal dia. Mesti sebab satu je... Zariel bagi kebenaran,' Que buat kesimpulan mudah.



Petang itu...

Di rumah Luna...

Isya tepuk tangan dan bersorak gembira bila Uncle Que dia datang. Pintu dibuka luas. Que tersenyum pada Isya. Luna hanya mengeleng melihat gelagat mereka. Que masuk ke dalam. Luna hanya akan bagi dia masuk kalau Riana ada.

Que duduk di atas sofa. Isya berjalan terkedek-kedek ke sofa yang diduduki Que. Que angkat Isya dan didudukkan di sebelahnya. Luna duduk berhadapan dengan mereka berdua.

"Jadi?,"

"Boleh awak hapuskan semua gosip tu?," soal Luna mengharap.

Terus pada topik. Que diam. Que selalu diam sebelum buat apa-apa keputusan. Ini sebab semua keputusan dia bernas dan terbaik.

"Kalau pasal gosip kita berdua, tak ada masalah. Tapi... kalau gosip awak dengan Luth Zariel, saya tak boleh tolong. Gosip ni dah tersebar luas dan dah jadi buah mulut orang. Tapi awak jangan bimbang--,"

Luna dah mula potong.

"Sebab?," tanya Luna tak sabar.

"Zariel boleh hapuskan gosip ni sendiri. Orang-orang dia boleh diharap. Kalau dia nak... jangan risau," jawab Que tenang.

"Kalau tak?," soal Luna menduga.

Padahal dia pun yakin Zariel akan buat macam tu. Lainlah kalau Zariel nak cari pasal dengan dia. Jap! Luna mula sangsi. Kalau ya Zariel saja?

"Luth Zariel adalah Luth Zariel. Dia bukan orang yang saya dapat jangka. Kalau ikut rentak biasa dia... dia akan padam gosip ni. Tapi Zariel tetap Zariel... sukar diduga. Saya pun tak mampu nak agak apa dia fikir," jawab Que.

The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now