Part 60. Saya

43.5K 1.7K 16
                                    


Ding! Bunyi pintu lif terbuka.

Zariel di dalam segera keluar dan kaki panjangnya melangkah laju ke wad yang Faozan maklumkan.

Sementara itu... Darius menjawab panggilan telefonnya.

"Saya kena balik ke set? Tapi Luna--,"

"Sesi ni tak libatkan pelakon wanita jadi kamu kena kembali sekarang," potong pengarah di sebalik talian.

Darius tak ada pilihan selain daripada terpaksa akur. Panggilan terputus.

Faozan pandang Darius dengan pengharapan yang Darius akan beredar kerana ada hal. Darius tayang wajah berbelah bagi.

"Faozan, I need to go back to shooting set. Anything call me okay," pesan Darius dengan serius. Dia prihatin sangat pasal keadaan Luna.

"Okay no prob!," dengan senang dan lega Faozan jawab.

Faozan mengosok dadanya yang berdebar tadi. Alhamdulillah... Faozan lega gila.

Darius melangkah dari tempat menunggu dan beredar. Di koridor menghala ke wad Luna... Darius berselisih dengan Zariel.

Zariel menghiraukan Darius. Dengan wajah serius dan sombong, Zariel teruskan langkah. Bahu mereka hampir berlanggaran kalau tak sebab Darius mengelak dan beri laluan kepada Zariel. Darius hanya mampu terpinga.

Luth Zariel ada masalah ke dengan dia?

Aura kurang senang Zariel terhadap dia jelas sangat. Darius hanya mampu cuak. Padahal mereka hanya berselisih tapi kenapa Darius sampai dapat rasa apa yang Zariel rasa? Apa salah dia?

'Luth Zariel kenal pun tak dengan aku... tapi kenapa dia macam tak suka aku? Ke dengan semua orang dia macam tu? Macam pelik je. Kalau dia bukan Luth Zariel, mesti aku pun tak kenal mamat yang pandang aku macam aku dah culik awek dia. Hahaha!,' Darius lucu dengan lawak sendiri.

Culik awek Luth Zariel? Cari nahas!

Darius geleng kepala sebelum buang semua yang dia fikir tadi.

"Jap! Kenapa Luth Zariel ada kat sini?," soalnya sendiri.

Soalan Darius dibiarkan dibawa angin.





Faozan menghampiri Zariel.

Wajah risau Zariel, Faozan perasan walaupun Zariel cuba sembunyikan.

"Apa yang dah jadi? Kenapa Luna boleh pengsan?," soal Zariel.

Faozan rasa meremang bulu roma bila aura kemarahan Zariel berlega di udara. Bila alami situasi macam ni sendiri, baru Faozan betul-betul faham kenapa Luth Zariel dihormati dan digeruni ramai.

Luth Zariel ada satu aura semula jadi yang dapat buat orang tunduk akur pada dia.

Aura seorang yang megah dan kuat.

Faozan tunduk.

Zariel tanya sekali lagi.

"Apa yang jadi?,"

Zariel pandang Faozan tajam. Faozan tahu... jangan buat Zariel tanya sekali lagi. Untuk tanya benda yang sama dua kali pun dah kira sabar Zariel tinggi. Hanya demi Luna.

"Arman, anak Dato' Anas--,"

"Arman?," potong Zariel.

Faozan mengangguk.

"Dia datang jumpa Luna dan nak cakap dengan Luna pasal something. Luna tak nak cakap kat tempat lain walaupun Arman ajak pergi tempat lain. Dia orang bergaduh dan Arman hilang sabar. Dia tampar Luna. Dan Luna pengsan," cerita Faozan.

The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now