Part 55. Happy Family 2.0

48K 1.7K 8
                                    

Sebulan kemudian...


"Papa!," jerit Isya seronok.

Zariel sudah pulang dari pejabat. Isya terus menerpa ke kaki Zariel. Papanya yang tinggi dipandang dari bawah. Zariel angkat anak kecilnya itu dan bawa ke pangkuan. Pipi Isya dicubit perlahan.

"How's your day today, Luthfia?," tanya Zariel mesra.

Sejak kebelakangan ini, Zariel dah lain sikit dari sebelum ni. Apatah lagi bila dengan Isya. Dia jadi lebih baik dan penyayang.

Zariel selalu tanya soalan yang sama jadi Isya sudah faham apa yang papanya tanya.

"Okay," jawab Isya ceria.

"Mama mana, sayang?," tanya Zariel.

Isya yang didukung dibawa ke dapur. Kelibat Luna dicari. Hari-hari mereka memang macam ni.

'Mana Luna?,'

"Zariel," panggil Luna dari belakang.

Luna tersenyum di depan pintu dapur melihat Isya didukung Zariel. Mereka berdua yang seiras memang macam bapak borek anak rintik. Pemandangan yang comel kerana Zariel yang sebelum ini Luna tak rasa ada langsung ciri father material buktikan Luna salah.

Zariel hampiri Luna. Luna tolong cabutkan tali leher yang dipakai Zariel. Tangan Luna dikucup Zariel sementara itu. Tanda dia menghargai apa yang Luna buat.

"Tadi honey dapat call tau," kata Luna dalam serba salah.

Zariel hanya beriak biasa. Isya diserahkan kepada Luna pula.

"Faozan call nak inform yang movie honey berlakon nanti dah nak mula shooting next week," maklum Luna.

Zariel mengangguk faham.

"Okay," balas Zariel.

Zariel sedar yang dia dah tinggalkan Luna selama tiga tahun dan dalam tiga tahun ni Luna dah bina hidup dia sendiri. Zariel kena hormat juga hidup isterinya, jadi dia akan terima kerjaya Luna. Walaupun cemburu atau tak suka, nasiblah.

"I will respect your life," kata Zariel sambil tersenyum nipis.

"But...," tambah Zariel dengan nada meleret.

Pipi Isya dalam dukungan Luna dicium dan pipi Luna dicubit lembut. Perkara yang orang selalu buat pada Isya. Luna rasa dibudak-kecilkan oleh Zariel.

"Jangan buat hubby cemburu sangat tau. I won't be much of a good guy if you're too close with other guys," pesan Zariel.

Luna tergelak. Memang dia tak rapat sangat dengan sesiapa sahaja yang jadi watak lelaki utama.

"So, Luth Zariel is a jealousy type?," usik Luna bersahaja.

"Mana ada," laju saja Zariel jawab. Zariel menidakkan keras.

"Betul apa? Anda adalah seorang yang kuat cemburu, adakah salah kenyataan patik?," ejek Luna.

"Kan Isya?," tanya Luna.

Isya dalam dukungan Luna hanya mengangguk polos. Luna tergelak mengejek. Zariel tetap mengeleng kecil.

Malu agaknya nak runtuhkan ego dia.

Or easy to say... This is still not the perfect time yet.











Dalam bilik tidur...

"Luthfia dah tidur?," tanya Zariel apabila Luna menarik selimut dan berbaring di sebelahnya.

The Unexpected LifeWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu